Poie bulan madu laie sekali

Bukan la den tak nak bawak Pria Ganteng tu, tapi polisi kilang tak boghi budak umur bawah tigo (3) tahun untuk ikut. Lain la kalau naik kapal teghobang. Tapi kos eh pulak tak dapek nak tanggung. Jadi bawak uMMi yo lah. Kesian uMMi, dio nak sangat bawak Pria Ganteng. Den pun nak bawak dio jugak.

Tapi tak po la. Kali gi bagi can la plak kek nak beduo-duoan kek sinun. Kompem tak kono tangkap basah punyo. Tak po la Adam, nanti-nanti ado joki kito gi jalan kek tompek lain pulak yeh. Ni poie naik bas, nanti Adam tak seleso pulak. Macam dulu anak Am sampai warded la kek lotih eh naik bas antagho KL-Kodah-KL.

Ok lah, ni pun tongah bersiap la ni. Jap laie nak goghak gi kilang pulak. Lopeh tu naik bas gi Hatyai....

Tak de mood nak kerja aghi ni...

Bukan la sobab den nak gi Hatyai malam nih, Tapi sobab ado kemungkinan den kono tembak ngan boss den aghi nih. Bukan satu bondo tapi buleh jadi sampai duo (2) bondo berkaitan dengan kojo. Adus... hilang toghuih mood den nak kojo aghi nih. Ini sumo mulo daghi panggilan telefon finance manager semalam.

Baghu yo cakap, ni boss den dah telefon. Nasib baik la dio tanyo pasal kes nak poie Jabatan Tenaga Kerja (dulu dikenali dengan nama Jabatan Buruh) atau omputeh cakap - Labour Department. Pukol sepuluh nih ada meeting kek JTK Bandar Baru Bangi. Ni nak buek final discussion kek Plant1. (den kojo kek Plant2)

Kembali ke Opis selepas seminggu

Tu tajuk pendek. Kalau tajuk panjang - Kembali buek kojo kek opis dari pagi sampai potang selopeh seminggu. Bukan lah kilang den cuti lamo bona. Ompek (4) aghi yo cuti ghayo Cino aghi tu. Tapi aghi tu den MC sobab cabut gigi. Lopeh tu duo (2) aghi poie training kek MEF. Hujung minggu tak kojo. Jadi eh, baghu aghi ni la den masuk opis dan bekojo secagho ponoh (masuk pagi balik potang).

Sepoti mano kebiasaan oghang, masuk opis check email dulu. Lopeh tu baghu la congak nak buek apo. Pepagi dah dikojutkan ngan budak yang kono buang 10 aghi lopeh datang nak bagi sughat rayuan ngan nak jumpo Inose-san. Inose-san cakap tak nak jumpo. Jadi den mintak la guard escort budak tu keluar. Tapi ghupo eh jumpo jugak. Syukur tak do kejadian yang tak diingini berlaku.

Dokek tongah aghi, staff baghu den sampai. Sebona eh tak do la baghu mano cumo dio ni dipindahkan daghi MT1 (kilang no.1) ke MT2 (kilang no.2) Jadi skang nih den ado duo (2) pekojo kek opis tak termasuk receptionist ngan uniform coordinator. Cumo yang tak best eh aghi ni, Inose-san ngan Yoshinori-san mintak den kontrol pekojo bawak masuk hand phone ke dalam kawasan cleanroom (production). Den cakap, kalau pihak production sendighi tak kontrol, cemano plak HR nak kontrol. HOD jabatan memasing pun selambo yo bawak hand phone kek dalam siap tayang kek anak buah. Cemano la operator tak ngikut.

Potang skit, hujan plak. Den sungkup kepalo ngan plastik bosar, ghodah hujan. Nasib baik la tak loncun.

Ulang Tahun Kelahiran Pria Ganteng Yang Pertama

Sambutan eh sederhano yoh, tapi dibuek dalam duo (2) sesi. Sesi pertamo potang dengan team Johol dan malam dengan team Rungkup. Yang ado dalam sumo sesi, Birthday Boy, Abie, uMMi dan Opah.

Pra sambutan, haghi Sabtu tu sumo eh poie shopping kek Tesco Kajang ngan tompah kek (cake) kek area ghumah ni yoh. uMMi nak belanjo sumo oghang makan nasik beriyani gam Anje, Seksyen 15, BB Bangi.

Jadi aghi Ahad tu sumo sibuk bekomeh termasuk la Birthday Boy. Dio pun samo sibuk. Oghang ke dopan dio ke dopan. Oghang ke dapur dio pun samo. Sampai ke bilik air pun dio ngikut nak tolong poghah mop. Last-last Opah bawak dio tido kek ateh, baghu la sonang skit kojo. Tu pun dah terlambek nak poie boli nasik beriyani tu. Ghamai dah oghang beghatur tapi nasib baik kodai tu memang cokap pekojo eh.

Kehadiran sesi petamo - Atok, Uwan, Onyang, Pak Wan, Mak Num, Mak Dah dan Pak Lom. Mulo makan, peh tu Birthday Boy tido. Lopeh Atok balik daghi jumpo kawan eh baghu la potong kek.

Kehadiran sesi keduo - Pak Long, Mak Long, Abang Daus, Syahadah, Mak Ngah dan Mak Su. Takdo berenti rehat untuk Birthday Boy tido.

Hadiah dari uMMi - sehari sebelum dah pasang dan dah pakai


Hadiah dari Pak Udo - Jersi N9 untuk budak lahir kek Terengganu

Sesi tunjuk skil berjalan kek Uwan dengan kasut hadiah dari famili Tok

Rehat untuk sesi pertama


Sesi potong kek Upin & Ipin


Kek Upin & Ipin untuk sesi keduo


Suko eh dapek hadiah banyak

Beg mainan hadiah dari Mak Ngah ngan Mak Su

Hadiah dari Mak Ngah ngan Mak Su jugak

Sebonar eh ado banyak laie gambar yang comel-comel. Tapi tak buleh nak ditayang kek sini. Hanyo famili yo buleh tengok. Aurat kono jago gak.

HAPPY BIRTHDAY PRIA GANTENG


Hari ini merupakan hari ulang tahun pertama untuk Pria Ganteng ku yang bernama Adam Danial. Lahir pada 21 Februari 2009 pada pukul 1.23 tengah hari ketika Azan Zuhur berkumandang di Hospital Dungun. Lahir dengan berat 3.15kg dan kini telah mencecah 9kg tapi skang dah susut sikit sebab agak tak nak makan. Opah dia cakap nak ringankan badan sebab nak perbetulkan berjalan.

Kepada Adam Danial, Abie dan uMMi ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang pertama, semoga panjang umur, dipermudahkan rezeki dan semoga menjadi seorang genius yang soleh. Amin.

Confirmed By Default

Training: Termination of Employment
Trainer: Mr. Vivek
Venue: MEF (Malaysian Employer Federation)
Date: 18th & 19th February

Intro dah cakap omputeh tu. Jangan comeh yo. Everything is under control. Ni adalah kali ketigo atau keompek den datang training kek MEF ni. Tapi kali keduo dengan Mr. Vivek. Tak sangko dio cam laie den walaupun last time den training dalam bulan 7 tahun lopeh. Kuek gak ingatan oghang tuo tu.

Mr. Vivek ni memang antagho oghang yang otai dalam bidang akta macam Akta Kerja dan Akta Perhubungan Perindustrian. Duo akta yang ponting kepada semuo oghang yang bekojo kek Malaysia nih tak kigho la samo ado jagi pekojo atau pun jadi bos.

Tapi apo yang menaghik eh, dio plak yang pinjam den punyo frasa untuk diguno pakai dalam training dio yang akan datang. Frasa tersobut adalah - 'CONFIRMED BY DEFAULT' Merujuk kepada satu kes mahkamah berkenaan probationer (orang yang dalam percubaan) yang dah onam (6) bulan kojo di satu firma guaman kek Ipoh, Perak. Lopeh onam bulan dio tak dapek apo-apo sughat pemberitahuan samo ado confirm atau sambung probation. Kendian dio mintak cuti tahunan dan diluluskan. Tapi lopeh-lopeh tu dio diberontikan kojo. So bilo fight kek mahkamah perindustrian, hakim memutuskan - walaupun tak do sughat yang mengatokan dio dah confirm tapi dengan pemboghian cuti tahunan itu menunjukkan dio dah confirm.

Den pun cakaplah 'Confirmed by Default'. Den ingat an Mr. Vivek pun pakai term tu. Ghupo eh dio tak peghonah pakai lagi. So dio cakap (lebih kurang) "Walaupun saya mengajar, tapi saya tetap belajar. Hari ini saya belajar satu benda baru dari Encik Radzif - Confirmed by Default". Sampai maso nak bagi sijil pun disobut eh laie bondo tu - Confirmed by Default.

Banggo pulak ai den semalam. Tapi den ghaso macam den dapek frasa tu daghi oghang lain maso den poie training kek tompek lain. Tapi tak po la. At least den ado bondo nak dibanggo kan. Jangan terlalu banggo dighi sudah.

Pra ulang tahun pertama si Pria Ganteng

Desa Water Park, 15 Februari 2010 bersamaan Rayo Cino yang ke-2. Seriously unplanned properly. Memang uMMi ado cadang nak gi DWP bawak Adam main air tapi tak sangko pulak pagi tu main rodah yo. Sampaikan patah balik ghumah amik pelampung Adam yang tertinggal. Nasib baik la sodar maso sarapan kek kodai mamak.

Pagi tu siap-siap ala kadar dan sms kek Mak Num ngan Mak Dah. Mak Dah ajak gi mano tak dalam hutan. (Mano la buleh bawak budak kocik masuk utan...) Mak Num pulak as usual, tido sampai ke tongah hari. Time oghang dah nak balik baghu la nak reply sms. Too late.

Maso baghu berkenalan dengan air. Tongah nak biasokan dighi.

Tongah teruja la nih.

Dah mulo lotih la nih. Gayo menangih 2 saat.

Air masuk telingo la uMMi. 

Osah lotih eh. Lotak yo toghuih lolap.

Cabut gigi

Gigi geraham den nih memang dah berlubang lamo dah. Sojak tahun 2006 laie. Ni sumo sobab den suko ratah tulang ayam la ni. Dulu dah peghonah nak cabut maso tahun 2007 tapi doktor tu suruh datang kendian sobab bongkak. Lopeh tu den maleh nak datang. Kok kono time sakit - menahan yo lah. Gigi tu pun dah tinggal separuh dah pun.

Rayo Cino kali ni gigi tu sakit la balik. Dah duo (2) haghi sakit tak ilang, den pun amik keputusan untuk cabut. Malam tadi gi survey klinik kek Bangi ni. Mulo gi Al-Haj (panel kilang den) tapi appointment eh ponoh. Lopeh tu den poie la tengok kek Sekysen 8 ado la satu klinik ni namo eh Lisa Alis. Den tengok dio bukak pukol 9.00 pagi. So tak do la lambek bona. Malam tadi ado la sejam sekali den terjago. Sakit agak eh. Sampai termimpi-mimpi.

Pagi den masuk opis dulu. Lopeh tu dalam 8.45 baru kuar gi sarapan dulu takut kalau jadi cabut karang kok lapar plak kan. Sampai kek klinik Lita Alis tu ado la dalam tigo (3) orang menunggu. So den daftar dan balik ke ghumah sekojap. Gosok gigi dulu bagi wangi skit doktor nak check.

Bilo sampai balik kek klinik tu den tunggu la sekojap ado duo (2) oghang masuk dan den pon masuk. Bilik rawatan nombor 2. Doktor Cino. (tak sompek plak tanyo namo eh) Dio tanyo nak buek apo. Den cakap la nak cabut gigi geraham tu. Dio plak tunjuk la gigi lain yang berlubang skit. Dio tanyo nak tampal tak. Den cakap lain kali. Maso tu den ado la bawak duit dalam RM125. Bajet memang cukup la sobab ado budak cakap kek situ cabut gigi dalam RM85 yo.

Dio pun mulo bius. Sakit gak kono jarum tu. Tapi den layan cerito kek TV. Lopeh dah kobeh tu dio mulo cabut. Longkung-longkang. Di tenyeh-tenyeh eh gigi tu. Ditokan-tokan eh. Den tahan la kan. Doktor tu cakap jangan keraskan badan! Tak kogheh an cemano dah ekao dok tokan-tokan gusi den. Kuek pulak tu. Lamo gak la bertarung sampai dapek cabut sumo eh. Takdo la sakit bona. Tapi kalau nak cabut gigi haghi-haghi - tak do la doh. Sebolum kluar tu den cakap terima kasih kek doktor tu. - Thanks doctor. (cakap London gitu)

Kek kaunter pekojo klinik tu bagitau pasal ubat yang nak kono makan. Dio tanyo nak MC tak. Den cakap nak. Dio tanyo beghapo haghi. Den cakap la beghapo haghi yang buleh. Duo (2) ko tigo (3) haghi pun den tak do hal. Sekali kawan eh tu cakap - Sehari aje la mana boleh beri dua hari. Cheh! Ghogo cabut gigi tu - RM110!!! Humangai... Kalaulah den suruh doktor tadi tu tampal, malu den tak cukup duit. Kono plak poie ATM seboghang jalan. Maso nak blah dari kaunter tu ado satu minah bawak anak ngan bibik eh togur - Macam kenal aje. Den peghati balik. Tak cam langsung. Sapo dek eh. Dio salah oghang tu.

So den pun balik la ke ghumah. uMMi suruh tido. Tapi sampai skang pun den tak tido laie. Lapar nih. Tapi tak leh nak makan. Daghah banyak lagi nih. Makan Ghuti dulu la cam nih.

Posting yang pertama

Salam semuo...

Agak eh ado la dokek setahun den tak menaip atau meng'upload' sebarang penulisan yang disobut oghang sebagai 'blog' nih. Sebolum nih ado jugak den try buek 'blog' nih. Antagho 'blog' yang peghonah den buek:

1. Blog Liverpool - (http://padang-anfield.blogspot.com/) - last post 20/3/2009
2. Blog Pria Ganteng - (http://putra-adamdanial.blogspot.com/) - last post 10/3/2009

Maso tu den bekojo kek Paka, Terengganu. Memang releks kojo kek situ. Haghi2 nengok laut yang membiru dan menghijau. Tak yah gi jauh, pantai kek dopan opis den pun dah cukup lawa dah.

Lopeh yo lahir Pria Ganteng den tu, maso makin mencemburui den. Yo lah kan, oghang dah ado anak, kono la lobihkan perhatian kek anak tu. Kang kok maghah plak uMMi eh. Kendian, bulan 5/2009 den pindah plak kojo kek Bandar Baru Bangi. Laie la sibuk ngalahkan wakil rakyat. (Den agak yo lah yang wakil rakyat tu sibuk. Sibuk apo tu den tak tau la.)

Sekaghang dah bulan 2/2010. Pria Ganteng den pon dah nak masuk setahun. Lasak eh bukan main. Tapi 'maso' tu kigho dah OK skit la. Ado la 'free' eh skit. Budok kechek (Budak kocik - Nurse kek Paka panggil dio) tu pun dah pandai bawak diri sendighi dah. Cubo la biar an, sekojap tu kaghang dah nak manjek tanggo. Ponah la sekali maso dio dalam umur 8-9 bulan manjek tanggo kek ghumah nih secara solo. Tau-tau yo dah sampai deh kek ateh, ditulak eh pintu bilik air. Den maso tu tongah nak mandi. Buleh dio 'slammed' ateh lantai bilik air tu sobab nak main air. Botuah boto! Menjoghit den panggil uMMi eh. Syukur tak do apo.

So kali ni den nak buek 'blog' yang oghang puteh cakap - 'general' kalau orang kito cakap - 'umum' kalau tv cakap 'U' dan kalau den cakap - 'open - tanpa sebarang pengkhususan'. So sapo nak baco buleh baco, sapo tak nak layan tak po, den tak pakso. Tapi kalau nak togur buleh la tulih komen yoh. Membino atau tak tu terpulang la. Kalau nak kutuk pun, den bukan buleh laghang ekao punyo kehondak dan kemahuan.

Selamat....