Jamuan perpisahan dan sambutan hari lahir

Tadi sebolum semayang Jumaat, telah berlangsung satu majlis simple di Anje Beriani Gam Johor di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Tujuan eh adalah berlaku duo pekagho.

1. Majlis perpisahan Puan Fadzilah (Kerani Jabatan Sumber Manusia) yang akan menamatkan perkhidmatannya di kilang nih dan bekojo kek tompek lain. Last day eh Selasa minggu dopan.
2. Sambutan hari lahir Cik Siti (Receptionist tersohor kilang No.1) yang menyambut kelahiran eh yang ke-3x hari ini.

Den mewakili famili-famili den, (famili 1 - uMMi & Pria Ganteng dan famili 2 - para pekojo Jabatan Sumber Manusia kilang den) mengucap an selamat maju jayo kek Puan Fadzilah. Dan jugak selamat menyambut hari lahir kek Cik Siti dengan ucapan semogo panjang umur dan dicopek an jodoh. Dah ado oghang ngusha aghi-aghi tu apo tak dilayan yoh.

Kehadiran majlis (selain yang dirai) - den, Boss, Haji L, Ain, Kak L, Azza, Zura, Bang Din dan Yani
 

Jangan copek melatah, siasat dulu boto² yoh!

Bukan la niat den nak menghasut atau memburuk-burukkan mano-mano pihak tapi den ghaso nak tulih pasal nih. Umum tahu yang kisah budak lelaki berumur 15 tahun mati kono tembak kek kepalo oleh pegawai kerajaan yang bersenjata api kek Shah Alam.
Ado macam-macam versi ceghito pasal ini. Ado yang cakap arwah ngan kawan eh penjenayah yang merompak dan dijumpai parang. Ado ceghito lain cakap diorang nih bergesel dengan keto mewah dan lopeh tu kono kojar plak dengan pegawai kerajaan yang bersenjata api dengan motosikal. Keto eh terbabas selopeh kono tembak tayar eh dan arwah plak kono tembak kek kepalo eh.
Den bukan nak salah an sesapo skang ni. Samo ado arwah atau yang penembak. Cumo den harap perkagho nih diambik serius oleh pihak yang bertanggung jawab. Bukan apo, nyawo manusio bukan ado ganti eh. Kalau dalam hudud kono Qisas dah. Nyawo ganti ngan nyawo. Sanggup? Pegawai kerajaan yang bersenjata api ni la harapan rakyat untuk menjago keamanan kito jadi bilo jadi cam ni cemano pulak perasaan rakyat marhaen ni. Ado pepatah Melayu cakap 'harapkan pagar, pagar makan padi' tapi kalau dalam kes cam ni buleh jadi 'harapkan pagar, pagar tak leh diharap'.
Harapan den dan mungkin harapan semuo orang supayo kes ini dapek diselosaikan dengan sebaik-baik eh. Sapo yang salah kono bertanggung jawab. Kepado keluargo arwah diharap banyak-banyak bersabar dugaan Allah ni. Kalau boto arwah seorang yang baik sepoti mano yang diperkatokan, mako Allah sayang kek dio dan tak nak dio terus bergelumang dengan dunio yang ponoh doso ni. al-Fatihah buat adik Aminulrashid.

Kembali ke Bagan Lalang setelah 2 tahun (agak eh)

Sebona eh poie Bagan Lalang dulu baru poie melawat umah Dang Anum. Bagan Lalang nih poie maso aghi Ahad lopeh pertandingan memancing peringkat kilang aritu. Baru ari nih ado maso nak update.

Lamo dah tak poie Bagan Lalang. Ghaso eh last poie maso sebolum den pindah ke Paka dulu. Dan maso Pria Ganteng (PG) masih di Loh Mahfuz pun ghaso eh pun tak do yo datang sanun. Dulu maso selalu poie pun tak ghamai pun oghang. Tapi kali ni poie humang ghamai eh. Keto bersusun sampai parking topi jalan yo. Nak berselisih pun susah. Teringat dulu2 tak do keto sanggup datang naik muto nak tengok sunset. Sayang gambar tu sumo dah ilang kek dalam hard disk yang PG kotuk sampai kemek tu.

Ahad tu seperti biaso melingkar kek tilam ngan PG yang aktif main. Tetibo uMMi tanyo, "ada nak gi memana tak ari nih? Rasa macam nak gi suatu tempat la." Den dah buleh baco pemikiran eh dan dah agak dio nak gi Bagan Lalang. Maso tu masih tongahari. Jadi tunggu la ghodup skit baru gorak. Sampai kek sanun time Asar so lopeh Asar minum jap tunggu ghodup skit laie baru turun ke pantai. Maso tu air jauh kek tongah dan maso kitorang turun tu air baru nak pasang.

Dah lotih main kek pantai, PG sambung main kek playground plak. Main gelongsor la deh dan jugak sompek tengok lombu yang ado kek situ. Tunggu Maghrib jap dan lopeh tu makan sea food kek tompek biaso. Balik dah la malam esok eh nak kojo. Lotih la jugak tapi tak po pengalaman tu.

Makan dulu sebolum bermain kek pantai

Proses penyesuaian dengan pasir pantai

Ekspresi muko budak 10kg++ yang tongah excited poie pantai

Air dah start pasang

Sekali pandang PG buek gayo macam Sinchan


uMMi tongah buli PG


Ceria main kek playground

Namo yo Bandar tapi ampess...

Pepahal pun, diharap kepado adik den yang bernamo Dang Anum tak amik ati dari posting kali nih. Takdo niat den nak mengato dio lagi pun bukan salah dio bandar tu jadi hampeh. Tapi sememang eh bandar tu memang hampeh.

Minggu lopeh tolah berlangsung 2 perjalanan epik kek dunio nih. Satu eh perjalanan skuad The Reds dari Liverpool naik bas, keretapi dan kapal terobang ke Madrid dan satu laie perjalanan den, uMMi dan Pria Ganteng (PG) dari Bangi ke Rungkup melalui Rawang dan balik semulo ke Bangi. Mulo daghi Jumaat malam sampai la ke potang Ahad. Osah lotih eh sampai PG berjayo tido lamo maso kek umah Tok eh tadi.

Bandar yang den maksud an nih Bandar Tasik Puteri (BTP) kek Rawang. Dang Anum boli ghumah kek situ dan dengan bijak eh dio pindah ghumah maso tongah hari Jumaat. Mungkin niat eh ikhlas tak nak nyusahkan adik beradik yang lain datang tolong angkek barang sobab tak dapek nak cuti. Jadi eh den pun amik keputusan la nak datang ghumah eh malam tu.

Bilo dah ado anak nih, macam-macam bondo nak kono sedio an. Kono pulak dengan budak cargas (PG) nih yang susah nak duduk diam jadi eh kojo nak bekomeh tu makin susah dan lambek la. Kesudah eh lambek la siap yang Dang Anum eh pulak tak abih-abih tanyo pukul berapo nak gorak la tunggu kek opis eh la 30 minit sampai KL la. Den plak tak leh nak cakap apo selagi tak siap, selagi tu tak jalan. Dah tu nak singgah makan la boli barang la jadi eh tak leh nak janji la kan.

Bebokalkan maps.google yang den usha siang eh tu dan juga direction dari Azrifahmi, den pun dengan konfiden memandu keto pinjam (Viva cik Adek) masuk highway NKVE kek Damansara dan menuju ke exit Rawang. Abah ado cakap masuk kiri lopeh keluar tol sobab dio pun dah sosek masuk kanan sampai ke pokan Rawang. Jadi den pun memandu secaro berhemah sambil perati an sign board sampai la nampak sign board ke BTP. Ghupo eh tu la jalan last yang lurus lopeh pado tu nompuh hutan dengan selekoh tajam la jawap eh.

Bilo dah masuk ke jalan BTP tu den pun mulo la perati signboard yang lain pulak untuk carik jalan ke kawasan jalan 6. Sampai ke hujung jalan nak masuk dalam hutan pun tak jumpo signboard. Jalan patut duo lane pun jadi satu lane. Bandar apo cam ni. Pusing sanun pusing sini tak jumpo pun kawasan jalan 6. Den dah hangin Dang Anum telipon pun den tak layan. Bukan apo, dio tanyo den kek mano peh tu bilo den jawab dio pun tak tahu tompek yang den sosek tu kek mano. Jadi eh buek apo den nak tanyo jalan kek dio. Nak tak nak kono la den carik sendiri.

Den patah balik, masuk jalan bosa lalu kek kodai lalu kek sekolah. Masuk kanan masuk kiri baru la nampak kawasan semi-D. Jadi eh menggagau pulak carik jalan ghumah eh dan akhir eh berjayo gak sampai. PG yang tido dalam keto telah dipakso untuk bangun dan layan sumo oghang. Atuk ado, Uwan ado, Mak Num dan jugak Mak Mah. Jauh botul dari Bangi dah buleh nak buek semayang jamak dah.

Pemandangan waktu syuruk dari master bedroom umah Dang Anum. Lawa tak? Sapo kato bandar nih tak best? Kan best ni....

Umah Dang Anum di waktu siang. Keto pinjam yang kaler putih tu.


PG aka Mamat 10kg++ sibuk tengok kasut eh. Tak sabar nak ukur keluasan porch umah Mak Num.

Chocolate Volcano (Pizza Hut) - sekali ghaso, tak nak ghaso dah...


Pertamo kali den nampak bondo nih kek dalam menu Pizza Hut maso awal Januari tahun nih. Maso tu Pizza Hut tongah 'tukar imej' dengan macam-macam menu yang baru termasuklah buku menu yang baru. Hati den toghuih terminat kek menu baru ni dan order la kek mamat yang amik order tu. Den ghaso mamat nih budak baghu lopeh SPM yang tongah mencari pengalaman dan sedikit wang saku sementagho nak sambung belajar. Lopeh amik order dio pun toghuih berlalu.
Kitorang (den, uMMi & Pria Ganteng) makan la pizza ngan spageti (malam tu mamat 10kg tu muntah spageti tu dalam keto) sampai abish. Lopeh abish tunggu la Chocolate Volcano tu tapi tak datang-datang. Jadi den panggil la pelayan datang nak tanyo mano order tak sampai-sampai. Ghupo eh mamat yang amik order tu tak masuk an order Chocolate Volcano tu. Ampesss sungguh. Tapi sobab dah lamo lepak kek situ dan maleh nak tunggu laie, kitorang pun blah.

Sampai la bulan April ni tergoghak ati nak makan pizza lopeh tengok iklan pizza yang kek bawah nih:
 
Memang feveret den la pizza ni. Den memang minat. uMMi pun suko sobab dio abishkan belen (balance) yang kitorang tapau tu.
 
Dalam pado tu, den pun order la Chocolate Volcano yang sekian lamo terkempunan. Apo yang pasti, realiti dan gambar iklan memang berbezo. Dalam iklan, gunung eh nampak berkilat dengan coklat aiskrim eh bersoghi-soghi nonggok kek ateh tu. Tapi hakikat eh, sudah semestilah tak sehebat gambar. Ghupo eh gunung eh tu kek (cake) yang sebolum ini den ingat an coklat. Kek tu pun tak do sodap sangat. Sodap laie kek buatan King's Confectionery kalau pun tak sesedap kek buatan Secret Recipe.

Den pandang kek uMMi dan cakap, "Pas ni tak order dah Chocolate Volcano nih".

Pertandingan memancing peringkat kilang den

Sabtu, 17 April telah berlangsung pertandingan memancing peringkat kilang yang dibuek kek Kolam Air Masin Semonyih (Semenyih). Pertandingan ini terbukak kepado pekojo kilang dan ahli keluarga. Banyak yang dapek ikan siakap. Den seporti biaso la, datang nengok yo. Bukan ghoti mancing nih. Tapi ado yo elok eh tak ghoti mancing nih kuk dah ketagih susah yo dibuek eh. Sampai ke tongah malam, tongah laut dan tongah apo yang buleh laie kemaghuk nak mancing. Maun muncung uMMi kek den. Ni ado la sikit gambar buek tatapan sumo.

Ni antagho ikan terawal yang ditangkap. Godang tak?


Aksi pemancing handalan. Ni cawangan kilang No.2

Anak comel 10kg++ ni pun ado. Elok yo duduk kek Nek Lah. Gambar kanan tu adalah pemancing wakil dari Jopun. Yang pakai cap hijau dapek gak ikan godang. Yang sonyum tu tak dapek apo.
Ikan ni den tengok orang tu ngahik. Sonang yo gayo eh. Tahun dopan den masuk pulak lah.

Den tak tahu keputusan ponoh eh. Tapi den tahu Samsudin dari Warehouse Plant 1 monang ikan eh boghek 4kg++. Dah la duo minggu lopeh monang main bowling minggu lopeh pulak monang mancing. Kigho eh kek kilang den nih dah tak do bulan April dah. Lopeh ni kito pakai namo bulan Samsudin pulak.

Konspirasi Bola Sepak?

Ini merupakan satu forwarded email yang den dapek....

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.
Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.

Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t. Dan sedarkah anda sepanjang anda menyokong, memuja mereka anda telah memuja syaitan dan telah menduakan Allah?

Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:
Bukankah muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka Baphomet dan pentagram tersebut? Lihat bagaimana ‘dia’ tersenyum kepada kita yg menyokong dia.
Bagaimana pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan? Adakah ini singa jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana singa jantan mempunyai ‘mahkota’ iaitu rambutnya dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :Ini adalah Firaun ‘singa betina’ Tefnut. Inilah apa yg diletakkan didada kita sebenarnya. Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.
Checkered floor:
Masonic/Kabalistic Moon and Star:
Fleur-de-lis, symbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya Perancis dan juga symbol kpd Priory of Sion:

priory of sion:

Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah):


Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-40

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Muhammad Bin Abdullah

Fikirkan semula!

Pria Ganteng yang mengejutkan

Sepanjang minggu nih memang Pria Ganteng nih buat macam-macam hal. Yang paling nampak adalah tak nak makan di samping air liur yang meleleh-leleh. Walaupun lapar, dio tak nak makan tapi banyak minum susu.. Nestum pun tak nak. Jadi alternatif uMMi adalah dengan buek susu campur dengan nestum. 

Lopeh hari Jumaat, barulah Tok eh cakap yang dio dah nak makan balik. Dan bilo dipekso (periksa) terbuktilah yang dio tak nak makan sebolum nih adalah disobabkan gigi eh yang nak tumbuh. Jadi bilo dah kuar gigi tu, tak do la banyak na air liur eh meleleh. Jadi potang Jumaat tu den yang dalam kelaparan bawak la diorang ni gi makan kek Nuin Cafe - Little Perak kek Bangi - belakang al-Ikhsan Factory outlet. Maso nih la mamat 10kg ni tunjuk skill eh minum air pakai straw. 

Seingat den, den ngan uMMi tak peronah ajar dio minum pakai straw tapi sekali dimasuk an straw tu teghuih disodut eh air belimbing uMMi. Tak peronah den jumpo baby pandai minum pakai straw biaso eh diorang akan hombuih angin dulu. Tapi den tak nak 'up'kan sangat perkaro nih, Jadi den anggap an yang Tok eh dah peronah ajar dio agak eh.


Ujung minggu plak dio nih tunjuk lagi satu perangai eh iaitu bosan duduk rumah sampai satu-satu tahap. Hari Sabtu den bawak dio poie tengok pertandingan memancing peringkat kilang den kek Semonyih. Den ingat nak stay lamo tapi dio dah ngantuk bona jadi den bawak dio tido dalam keto sambil tunggu uMMi balik kojo. Lopeh maghrib den cakap kek uMMi nak makan pizza sobab nak meraso 'chocolate volcano' dan lopeh tu Pria Ganteng ni plak yang macam tak keruan. Macam ado yo yang tak kono. Tapi lopeh dio nampak den dah bersiap nak kuar. Happy eh bukan main siap berjoget-joget. Lopeh makan pizza kek Warta, den bawak diorang nih jenjalan tengok rumah kek Bukit Mahkota, Seri Putra dan Impian Putra tapi mamat ni tido yo dalam keto.

Potang Ahad pun samo. Dio buek perangai bosan dok umah eh tu. Bilo dah bersiap nak kuar poie Bagan Lalang yo, happy semacam la deh. memang bertuah punyo budak nih.

F1 Chinese GP - McLaren 1-2


Setolah sekian lamo tak do McLaren 1-2, akhirnya kek Shanghai berlaku jugak. Dulu naik muak tengok Ferrari 1-2 kali jomput tengok yo Jenson Button monang dan Lewis Hamilton numbor duo. Apo yang pasti, den tak tengok pun race tu secaro live sobab uMMi ajak gi Bagan Lalang. So den ber'F1' kek higway sekojap tadi maso on the way balik sobab line clear - uMMi ngan Pria Ganteng tido. Ni kek #813 ado ulangan eh tapi den tongah kosentret update blog. Tapi apo yang pasti, hujan telah membawa tuah kepado pasukan McLaren.

Driver Standings

1. Jenson Button (McLaren) 60
2. Nico Rosberg (Mercedes) 50
3. Fernando Alonso (Ferrari) 49


Team Standings
1. McLaren 109
2. Ferrari  90
3. Red Bull  73

Forum ProtonCoupe - nasib baik...

Nih sumo nak ado shoutbox la konon. Buleh chat la kunun. Dah ado forum, berforum yo lah. Nih sibuk nak chatting pulak. Kalau nak chatting gak pakai la messenger ko AOL ko ICQ ko google talk ko. Nih dah sibuk install lopeh tu error. Ni den dah try re-install balik tapi pun error jugak. Tak tahu nak cakap apo dah nih. Kalau kono register baru, buek la baru. Mesej yang kek bawah nih buek den poning. Nampak simple tapi bab data base nih den tak paham. Ekau try la tanyo sesapo yang tau. Lain kali kalau nak chat, masuk MiRC. ASL please.....

The installer has detected another version of SMF already installed with the specified information. If you are trying to upgrade, you should use the upgrader, not the installer.

Otherwise, you may wish to use different information, or create a backup and then delete the data currently in the database.

Tapi akhirnya dapat jugak diselamatkan...

BIAA – HSE (BHSE) inaugural meeting

Bangi Industrial Administrative Association (BIAA) telah selamat membukak lagi satu sub-committeenya yang terbaru iaitu BIAA – Health, Safety & Environment yang disingkatkan dengan nama BHSE. Jadi eh, Encik Devan (Hitachi Electronic) telah memanggil satu meeting di antara pengamal HSE di dalam kelompok BIAA yang dilangsungkan di HEPM. Turut hadir adalah pengerusi BIAA – Encik Azman (Hosiden).
Yang datang meeting tu ado dalam nambleh (16) orang yang mewakili tigobleh syarikat yang bernaung di bawah BIAA. Sebona eh ado jugak syarikat yang tak antar wakil. Den ngan Haji Latib wakil untuk kilang den. Tapi den datang lambek sobab pagi tu poie training kek PERKESO Petaling Jaya. Kigho eh maso den masuk meeting tu, diorang dah separuh jalan dah sampai den pun tak tahu apo bondo sangat.

Apo yang pasti meeting ini adalah peringkat permulaan dan tak disobut sebagai meeting yang pertamo pon. Meeting yang pertamo-tamo akan berlangsung bulan dopan kek Denso pado 18 Mei. Tarikh yang samo untuk den cukup setahun kojo kek kilang den skang nih. Sebona eh, tahun lopeh den ado email kek Encik Azman (Pengerusi BIAA) tu pasal nak tubuhkan HSE committee peringkat BIAA ni tapi macam tak do feedback yang den harapkan. Jadi den pun diam yo la. Macam tajuk blog ni la kan. Sapo la den nih….

Bebudak kilang domam blog

Den memang dari dulu ado buek blog tapi dah lamo tak update. Tu pun yang den buek sebolum den masuk kojo kek kilang den skang nih. Domam blog kek kilang nih asal eh boss den yang bawak. Tu pon sobab dio kono buek blog ateh sobab tugasan subjek MIS untuk course MBA eh. Memulo tu den la tompek rujukan eh. Siap tanyo melalui telefon la sobab dio kek kilang no.1 dan den plak kek kilang no.2 tapi lopeh tu dio plak yang laie advance siap carik template untuk blog eh. Den dulu pakai template standard yoh.

Bebaru nih sorang laie kono jangkitan eh. Seporti yang den cakap kek entry sebolum nih, sorang engineer nih tongah bersemangat nak buek blog. Mulo eh pasal makanan buatan sendiri tapi kini dah melangkah lebih jauh untuk menjana pendapatan melalui blog. Osah hebat eh. Den pun tak peronah terpikir nak buek cam tu. Skang nih den ditugaskan untuk menerokai bidang ini.

Dalam diam-diam ado sorang laie sudah domam jugak. Best friend kek engineer tadik tu la. Tapi mamat yang sorang nih lebih bersifat penyayang ala-ala pencinta wanita gitu. Dio nak buek blog berasaskan penyatu paduan keluarga. Murni sungguh niat suci mamat nih. Sungguh den respek. Den dulu pun ada terpikir nak buek website/forum untuk famili uwan bolah omak den tapi bolum ado kesempatan laie.

Den nak tengok sapo laie pulak yang akan kono jangkitan ni. Nampak eh sumo yang kono nih kek kilang no.1 yo. Kilang no.2, internet eh limited. Setahu den ado duo orang yo ado access internet selain Jopun la. Dan jangan terkojut ado yang buek bisnes online lopeh nih. Hebat hebat.

Aktiviti kek kilang den

Dah duo kali Sabtu berlalu dalam bulan April nih dan dah duo kali kilang den menganjurkan aktiviti peringkat kilang. Sabtu pertamo tolah berlangsung eh pertandingan bowling peringkat kilang. Pertandingan ini anjuran oleh Kelab Sukan dan Rekreasi melalui oghang kuek eh, Fahmir. Den pun join jugak. Main kali ni kek Mines. Mulo dalam pukul 1 tongah hari sampai pukol limo gak eh. Ado duo sesi, den main sesi yang pertamo sampai pukol tigo (3) tapi sobab markah den terlalu rondah untuk keduo-duo game (77 & 77) den pun balik awal sobab dah tau tak kan monang punyo.


Sabtu yang baru-baru nih pulak telah dijadualkan majlis bergotong royong di kilang no.1. Walaupun den nih base kek kilang no.2 tapi boss den (yang berbaju putih) dan jugak boss Jopun kilang no.2 mengarahkan den untuk datang. Sebonar eh majlis ini atas dasar 'volunteer' sapo nak datang, datang. OT pun tak dibayar.

Pagi tu pulak dari pukol onam (6) pagi dah ujan kek Bangi nih. Jadi den pun datang la lambek skit sambil memboli nasik lomak dulu. Sampai yo kek kilang memang dah ramai orang lepak. Jopun-Jopun nih sumo lepak kek kantin. Den yang memang sememang eh nak makan poie la ke kantin. Kono togur dengan anak boss Jopun - 'You late 5 minutes ne!" Den jawab la "rain ne!" dan terus makan nasik lomak.

Ado sorang engineer mintak den tolong tunjuk caro buek blog. Jadi lepak la kek opis sambil update blog mamat tu. Mulo-mulo yo nak kono ajar lopeh tu pandai dah. Silap-silap lagi advance dari den lopeh nih. Yo la kan, engineer tu, mesti la otak power cam den gak. Hujan plak macam tak nak beronti. Jopun2 nih pun dah blah main golf agak eh. Kitorang pun turun dari opis dan ke kantin untuk makan jamuan yang telah disediakan.

Kesimpulan eh hujan telah menggagalkan aktiviti gotong royong kali ini. Nak tangguh Sabtu nih tak buleh sobab ado pertandingan memancing peringkat kilang. Jangan terkojut aaa, kilang den ado pertandingan memancing tu... Tahun nih buek kek Semonyeh (Semenyih) kek kolam air masin.

Yati Ayam Percik


1st time den datang maso majlis farewell budak praktikal kek HR minggu lopeh. Jadi eh tadi den bawak plak uMMi ngan Pria Ganteng makan kek sini. Namo kodai nih Yati Ayam Percik. Dikhabarkan asal eh kodai nih kek Kelantan. Kigho eh nih cawangan la nih. Walaupun namo eh ayam percik tapi daging pun ado jugak. Menu yang ado - nasik kerabu, nasik lomak dan nasik goreng yang dipadankan dengan pilihan ayam percik dan daging. Hargo set tak sampai RM9.00 dan buleh pilih ayam eh bosar mano kito nak. Lokasi eh kek deretan kodai yang baru bukak kek Bandar Baru Bangi berdopan dengan deretan Secret Recipe.

 
Den pilih nasik lomak dan sayap ayam 3 ketul (set) secara ala carte. Tapi kelihatan di pinggan itu adalah lauk uMMi. Pria Ganteng makan keropok je. Cawan tu rasa nak rembat yo.

Simpan kuku la konon


Dah la tak do live. Seri pulak tu. 0-0. Samo macam Man U jugak. Torres tak main langsung. Kek bench pun takdo. Striker harapkan Ngog de Ngok. Paling hampir nak gol pun percubaan Ryan Babel pada minit ke-62 tu pun kono tiang. Mungkin tak nak bagi injured si Torres tu nak lawan semi-final dengan Athletico Madrid nih. Kuk monang boleh masuk final. Kuk lagi best lawan Fulham balik.

NC Milan monang Pialo FA Malaysia....


Cakap banyak tak guno. Tengok gambar pun dah tau yang NC Milan monang pialo FA malam tadi selopeh monang penalti 5-4 akibat dari terikek 1-1 selopeh tambahan maso. Nak komen banyak pun tak leh sobab den tak tengok maso sepakan penalti tu sobab lampu dan tv kono tutup sobab ado sorang budak bertuah nak tido. Cumo yang den nampak Kodah main dengan baik tapi tolah tertulis di atas sana yang tahun nih Pialo FA akan duduk sebolah menyobolah dengan Pialo Malaysia kek Somban.

Alkisah Pria Ganteng sepanjang seminggu

Hari Senayan (Isnin) 5 April - Pria Ganteng sudah pun berusia 1 tahun, 1 bulan dan 15 hari tapi eh, baru la hari ni mamat nih nak di cucuk untuk 1 tahun punyo. Dah lewat sebulan setongah. Selambo yo. Cucuk kek Klinik Ummi Salihah macam biaso. Sompek timbang, dah 10.2kg dah budak bertuah nih. Tapi maso cucuk tu dio macam terkojut skit tapi nangih skit yo la. Yang paling ponting dio tak domam.

Hari Rabu Tok eh cakap dio tak tido siang. Maso makan malam, lotak la dio kek kusi eh. Tapi osah la lalok mamat ni. Buleh time dio mengunyah ayam tu dio tido duduk. Osah kelakar eh. Bilo den kojut dio tersodar dan tergolak. Dalam lalok tu buleh pulak dio golak. Tapi sekojap tu yo lah, lopeh tu dio tido balik sodang ayam ado dalam mulut eh. Toghuih la angkek dan lotak kek tilam. Sompek la rakam video eh. 

Jumaat malam Sabtu lopeh makan malam kek Warta, uMMi ajak poie Putrajaya. Dio nak bawak Pria Ganteng lepak kat Dataran Masjid Putra. Tapi tu la terlupo nak bawak kamera, amik gambar pakai kamera henpon yang tak canggih je la. Ghiang boto budak comel nih berlari-lari. Sampai nak dighobut eh mainan budak lain. 


Sabtu potang yang agak coghah kitorang kuar berjalan kek Bangi je. Lopeh makan kek Nasi Ayam Gemas uMMi ajak gi Manjaku untuk boli barang budak bertuah ni. Sementaro nak boli barang, bawak la dio ke tingkat ateh sambil main gelongsor. Seperti biaso la, tak bawak kamera. Yang clear, gambar dio main keto yo.


Ahad, pagi-pagi lagi dah pocahkan cawan. Maso tu den takdo kek tompek kejadian. Tapi uMMi cakap dio memang takut la. Ini bukan barang pertamo yang dio pocah an. Dulu dah pocah an tembikar yang Mak Num bagi dan jugak balang nescafe. Ari nih Pak Long Mamat eh ngan Opah datang. Sementaro tu den bawak la Pria Ganteng ni poie kodai nak boli ais. Buleh pulak kek kodai tu nak main kojar-kojar. Bertuah punyo budak. 

Cumo yang tak best eh minggu nih, budak comel nih tak nak makan kecuali biskut baby byte tu. Ghisau dan tension dibuek eh kek den ngan uMMi. Poning dibuek eh. Tak tahu nak bagi makan apo. Padahal sebolum nih membujur lalu melintang patah, sumo pun ditalo eh.