Memaparkan catatan dengan label Cuti Hujung Minggu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti Hujung Minggu. Papar semua catatan

Masak-masak ujung minggu

Ujung minggu aritu, kebotulan memang tak do aktiviti terancang. Lagi pun keto bukan eh ado nak poie berjalan. Fairlady Z tu tak dapek den nak bayar down payment eh. Jadi dok kek ghumah yo den pun kluar poie pasar boli la ikan kerapu, ikan kombung, sotong (bukan sedaro Paul), ayam ngan brokoli. Plan nak masak bakar-bakar yo. uMMi masak la ikan kerapu ngan sotong bakar peh tu ayam masak topung dan resipi yang lazat - brokoli masak topung. Osah sodap eh. Den plak nak buek cili makan ngan tempoyak tu dengan cili koghing. Kesudah eh sampai ke ari ni (Selasa) pun bolum yo elok 100% poghut den nih.

Menu of the day - Brokoli masak topung.

Aktiviti minggu lopeh-lopeh (lamo dah ni)

Nih awal bulan Julai punyo aktiviti nih. Ujung minggu tu Pak Long kek Pria Ganteng (PG) ajak makan ikan siakap yang dio tangkap maso mancing. Jadi den pun pinjam la keto Red Knight ex-boss den yang merangkap jiran den - Haji Rose Ady. Terimo kasih la Haji. Asal eh nak pinjam ari Ahad yo tapi ari Sabtu tu den bawak uMMi ngan PG poie ke Alamanda boli barang dapur sekali ngan Opah dan Mak Su Dek.


Ghambang mato PG nak pilih bola mano satu. Kitorang boli yang kek telingo kanan PG tu.

Balik dari Alamanda singgah kek pasar malam Fasa 1, boli ikan kombung den mintak uMMi masak ala ikan bakar tu. Kono pulak teringat kek sotong bakar Jalan Bellamy, den mintak uMMi bakar sotong yang tak do kono mengono ngan Paul sekali. Best.



Esok eh tu aghi Ahad, kitorang poie kek umah Mak Sue Dek yang mano ado duo ekor ikan siakap yang Mak Sue Dek ngan Opah PG masak. Satu masak tigo ghaso dan sekor lagi masak stim. Pak Long Mat sekeluargo ngan Pak Da Ad pun ada tapi maso nak makan tu Mak Ngah Timah dah gi kojo. Den la tukang settlekan ikan tu untuk bagi sonang diorang nak basuh pinggan.

Red Knight ROCK!!!

Dalam gambar pun dah sodap nampak eh. Bolum makan laie tu.

Ni barulah buffet namo eh!

PG yang dah tak sabar nak keluar poie jalan-jalan sampai sanggup pakai selipar uMMi

Selopeh kurang berpueh hati dengan kemakanan coklat kek Beryl's maso ari Jumaat, kitorang ambik keputusan untuk repeat satu kali lagi. Lagipun uMMi berhasrat nak boli skit. Jadi maso hari Ahad potang lopeh poie Tesco Kajang, kitorang singgah la kek kilang coklat tu.

Nampak macam ghamai oghang jugak tapi dapek gak parking kek dopan pintu gate tu. Yes! Tak ghamai orang. Kali ni siap ado guard jago dan siap ado ghantai mo kek situ. Kaunter bukak duo kek tongah. Baghu la lapang sikit. Tibo-tibo nampak satu kelibat yang familiar. Sharif rupo eh dan Dik Dah pun ado kek situ. Dioghang pun baru sampai jugak.

Memandangkan tak do oghang, so tak yah beratur lah. Cokelat pun main tunjuk yo mano yang nak. Nak itu, itu dan itu. Yang nih tak nak. Tak nak oghang cakap, tak yah la bagi. Ha ha ha. Pueh hati makan cokelat walaupun ado budak kilang den tak nak datang sobab dio cakap Bangla buek cokelat pakai kaki. Tapi tak do plak nampak kek situ.

Dah pueh makan cokelat, masuk pulak ke dalam kodai eh. Ghambang mato. Den tak tahu nak pilih yang mano satu nak boli. Sumo pun uMMi yang pilih termasuk cokelat kentang goreng, cokelat durian dan cokelat love yang ado isik dalam eh. Sebolum tu memang dah dapek ghaso kek kaunter tu. Yang reject agak eh. Sebonar eh aghi Ahad punyo cokelat lagi banyak pilihan eh dari aghi Jumaat aritu.

Padan la tak do yang potong barisan, diorang lotak gangster jago kaunter. Mamat ni ado kemungkinan hangin sobab den tak nak terimo cokelat yang dio nak bagi kek den. Tak pun dio kono layan den sampai lapan boleh kali sobab nak makan cokelat. Lantak kao la. Ekao bukan tokeh pun kan?




Ni la gambar kek dalam kodai cokelat tu

Pria Ganteng Day Out - Zoo Negara

Sompek posing sebolum masuk zoo

Semalam tibo-tibo uMMi tanyo den ado nak poie mano tak ari Sabtu. Den cakap tak do sobab den ingat nak lepak berkomeh kek ghumah. uMMi cakap dio nak bawak Pria Ganteng [PG] gi tengok gajah kek Zoo Negara. Den tak do masalah lagi pun ado la dalam 20 tahun den tak poie kek Zoo Negara atau mano-mano zoo kek dunio ni. Tahun 2003 ado can nak poie maso Bett menganjurkan rancangan Lawatan Encik Badol dengan bebudak Melayu.Com (MDC) tapi den poie NS Wanderers tour to Perak.

Adam nak gi tengok bangau la uMMi...

Keluar rumah pun agak lambek skit dalam pukul semilan (9) sobab PG tongah berselero nak makan. Poie plak sarapan dulu kek Asam Pedas. Cadangan asal memang nak makan tak berapo boghek tapi den makan nasik gak tapi dalam kuantiti yang tak banyak la. Nasib baik la minyak dah isik malam tadi ngan angin tayar sekali jadi lopeh siap makan toghuih yo ke zoo takdo menyinggah memano sampaikan bateri untuk kamera pun lupo nak boli tapi nasib baik tak pakai flash banyak jadi bateri yang sedio ado dapek jugak amik dalam 160 gambar.

PG: uMMi, Adam nak lepak ngan bangau tu bole?
uMMi: Tak bole la Adam. Nanti basah kat dalam air tu.

Lopeh uMMi boli teket, kitorang masuk dan poi boli teket tram pulak. Drebar tram tu tak bagi naik. Dio suruh poi tengok 'Persembahan haiwan' dulu. Jadi eh kitorang pun poi la kek tompek yang dio cakap tu dan show dah start kitorang duduk dopan sekali. Ado pertunjukkan burung, anjing laut dan singo laut. Yang kelakar maso burung kakak tua amik duit kek penonton. Orang bosar yo buleh budak kocik tak buleh. Ado pulak yang cakap, "Singapore boleh apesal sini tak boleh?"

Kek kandang badak sumbu tido. Ni lori yang ditinggal kek situ. Main panjek yoh.

So lopeh abih show kitorang naik tram pusing kandang binatang. Sampai kek stesen nombor ompek kitorang turun dan tengok harimau, singo, tapir dan PG berehat sekojap lopeh tengok bangau terobang kek kolam tu. Binatang kek sini sumo melepak yo tak best langsung. Puma tido, cheetah tido, singo lepak kek belakang pokok, tapir pun tido, badak sumbu tido tapi harimau bolang tak tido tapi dio mundar mandir dalam keadaan kebosanan. Maso tu pun dah tongah hari den dah maleh nak berjalan jadi naik tram balik pusing bolah ateh pulak. Tengok unto pun dari ateh tram yo lah dan balik semulo kek pintu dopan.

PG: Takot la dengan binatang pelik nih.
Den: Ni zirafah bukan dari planet Zargus da

Dah sampai kek pintu dopan tu, uMMi ajak ke kandang zirafah ngan gajah. Binatang duo jenis ni yo yang berbaloi ditengok sobab diorang nih aktif skit. Lagi pun buleh diboghi makan yang disediokan oleh petugas zoo tapi kono bayar la dulu yoh. Zirafah diboghi makan daun pokok. Gajah pulak diboghi makan pisang. RM3 sahajo. Maso nih PG dah lotih agak eh tak pun dio takut tengok binatang yang bosar-bosar. Biaso tengok kucing yo kek ghumah kek zoo plak kucing eh bosar dan berbolang-bolang pulak tu.

PG: uMMi, nak naik kek leher dio buleh tak?
uMMi: Budak bertuah! Gi panjat sendiri. Tinggi tu!

Lopeh layan gajah ngan zirafah kitorang pun keluar. PG nak amik gambar ngan patung gajah pun dia takut. Jadi banyak gak binatang lain tak dapat tengok. Bahagian seranggo ngan reptilia tak sompek nak masuk. Kesimpulan eh duo-tigo jam memang tak cukup kalau nak pusing semuo tompek. Kalau bawak budak kocik memang kono bawak stroller kalau tak lotih la nak dukung terutamo budak 10kg++ nih. Cumo den dapek la togur Dato Ismail Hutson yang sodang melawat kandang ghimau. Dulu tengok dio berlakon drama yoh.

PG: Lari! Binatang hidung panjang nak makan Adam!
Den: Ni gajah la Adam. Dio tak makan orang da.

Keluar dari zoo dan terus gerak. Tiba-tiba PG meragam pulak nak duduk kek den yang tongah drive. Toghuih carik stesen minyak dan parking. Lapar ghupo eh. Suap an bubur. Lopeh tu dah ok skit, gorak balik dan singgah boli cendol sodap tapi sikit yo cendol eh. Yang banyak eh ais yo. Dio dah lolap dalam keto. Lamo gak dio tido kek ghumah tapi maso dio bangun tu dio menangih teresak-esak. Pueh pujuk tak maun berghonti sampai terbatuk-batuk baghu la dio nak beghonti. Mimpi kono makan ngan gajah agak eh.

PG: Dah nak balik? Horei!!!

Kembali ke Bagan Lalang setelah 2 tahun (agak eh)

Sebona eh poie Bagan Lalang dulu baru poie melawat umah Dang Anum. Bagan Lalang nih poie maso aghi Ahad lopeh pertandingan memancing peringkat kilang aritu. Baru ari nih ado maso nak update.

Lamo dah tak poie Bagan Lalang. Ghaso eh last poie maso sebolum den pindah ke Paka dulu. Dan maso Pria Ganteng (PG) masih di Loh Mahfuz pun ghaso eh pun tak do yo datang sanun. Dulu maso selalu poie pun tak ghamai pun oghang. Tapi kali ni poie humang ghamai eh. Keto bersusun sampai parking topi jalan yo. Nak berselisih pun susah. Teringat dulu2 tak do keto sanggup datang naik muto nak tengok sunset. Sayang gambar tu sumo dah ilang kek dalam hard disk yang PG kotuk sampai kemek tu.

Ahad tu seperti biaso melingkar kek tilam ngan PG yang aktif main. Tetibo uMMi tanyo, "ada nak gi memana tak ari nih? Rasa macam nak gi suatu tempat la." Den dah buleh baco pemikiran eh dan dah agak dio nak gi Bagan Lalang. Maso tu masih tongahari. Jadi tunggu la ghodup skit baru gorak. Sampai kek sanun time Asar so lopeh Asar minum jap tunggu ghodup skit laie baru turun ke pantai. Maso tu air jauh kek tongah dan maso kitorang turun tu air baru nak pasang.

Dah lotih main kek pantai, PG sambung main kek playground plak. Main gelongsor la deh dan jugak sompek tengok lombu yang ado kek situ. Tunggu Maghrib jap dan lopeh tu makan sea food kek tompek biaso. Balik dah la malam esok eh nak kojo. Lotih la jugak tapi tak po pengalaman tu.

Makan dulu sebolum bermain kek pantai

Proses penyesuaian dengan pasir pantai

Ekspresi muko budak 10kg++ yang tongah excited poie pantai

Air dah start pasang

Sekali pandang PG buek gayo macam Sinchan


uMMi tongah buli PG


Ceria main kek playground

Yati Ayam Percik


1st time den datang maso majlis farewell budak praktikal kek HR minggu lopeh. Jadi eh tadi den bawak plak uMMi ngan Pria Ganteng makan kek sini. Namo kodai nih Yati Ayam Percik. Dikhabarkan asal eh kodai nih kek Kelantan. Kigho eh nih cawangan la nih. Walaupun namo eh ayam percik tapi daging pun ado jugak. Menu yang ado - nasik kerabu, nasik lomak dan nasik goreng yang dipadankan dengan pilihan ayam percik dan daging. Hargo set tak sampai RM9.00 dan buleh pilih ayam eh bosar mano kito nak. Lokasi eh kek deretan kodai yang baru bukak kek Bandar Baru Bangi berdopan dengan deretan Secret Recipe.

 
Den pilih nasik lomak dan sayap ayam 3 ketul (set) secara ala carte. Tapi kelihatan di pinggan itu adalah lauk uMMi. Pria Ganteng makan keropok je. Cawan tu rasa nak rembat yo.

Naik bilun & Belon Udara Paneh

Seawal 5.45 pagi den ngan uMMi dah bangun nak siap-siap supayo buleh gorak antar Mak Kak sesudah solat subuh. Tapi tenyato tak berapo berjayo sobab Uwan Pria Ganteng dah siapkan pulut dengan sambal potai. Feberet tu. Nak tak nak kono makan dulu tak cukup takat jamah yo doh. Jadi eh kek pukul 6.45 jugak la jalan.

Kali ni den ikut Tampin sobab den raso jalan eh torang skit dan lebar skit berbanding kalau lalu ikut jalan Inas-Kampung Batu. Masuk PLUS ikut Simpang Ampat. Sebolum tu ado la skit aksi potong memotong dongan sebijik Gen-2 CamPro. Masuk yo PLUS den potong balik. Lopeh tu dio potong balik. Laju gak keto eh. Den maintain cucuk keto tu sampai RNR Seremban. Den raso average speed ado dalam 150-160.

Beronti kek RNR Seremban tu sobab Mak Kak eh nak singgah toilet pulak. Oghang nak koja time ni. Nasib baik la sompek sampai kek LCCT dalam pukul 8.00 pagi. Tu pon dah ramai orang beratur kek kaunter Air Asia nak ke Kota Kinabalu. Sementaro tu Pria Ganteng buek tawaf LCCT. Mak Num pun datang jugak.

Lopeh Mak Kak masuk, kitorang toman Mak Num makan McD LCCT yang mahal eh sampai lobih tigo hinggit (RM3) dari tompek lain. Mak Num cakap ghumah yang dio boli kek Rawang dah dapek kunci. Murah dio boli semi-D pun tak sampai RM200k.

Dah settle kek LCCT tu kitorang poie plak ke Putrajaya nak tengok belon udagho paneh. Pueh den perati an tak do pon nampak belon berterbangan kek langit Putrajaya. Rupo eh time tu sumo ado kek tapak karnival sahajo. Berpusing-pusing la nak carik tompek eh tapi nasib menyebelahi kitorang sobab dapek parking dokek dengan khemah jual makanan tu.

Mulo-mulo tengok helikopter kontrol tu. Lopeh tu Pria Ganteng dok sibuk tunjuk belon udara ringan tu je. Jadi boli la satu yang Spiderman punyo. Tapi dio asyik tengok oghang lain punyo jugak. Apo yang dapek den tengok kek sini, ghamai botul oghang dok usung kamera DSLR kulu kilir. Ado satu group tu pompuan yo pulak. Ni yang buek den nak boli gak ni. Lopeh tu tengok la belon udagho paneh tu dok turun naik bawak orang. Tak do pulak nampak belon Darth Vader tu. Pusing-pusing gerai jap dapek la boli baju Adidas solai.

Oleh kerana kelotihan, kitorang toghuih yo balik ghumah. Projek nak ke Mid Valley terbatal secagho automatik.


Meh la Abie dukung Adam pulak...



Maso nih dio cubo meniru ghoman sepupu eh - Abang Daus



Mak Num cubo nak godo Pria Ganteng.



Ala takat tinggi tu yo. Baik naik helikopter.



Ado ompek (4) yo. Satu tongah pam angin.



Adam: Tate tete tate ta (Abie, nak naik belon)
Abie: Meh sini seploh hinggit Abie tolong naikkan untuk Adam.



Senyum la skit Bro...