Ni barulah buffet namo eh!

PG yang dah tak sabar nak keluar poie jalan-jalan sampai sanggup pakai selipar uMMi

Selopeh kurang berpueh hati dengan kemakanan coklat kek Beryl's maso ari Jumaat, kitorang ambik keputusan untuk repeat satu kali lagi. Lagipun uMMi berhasrat nak boli skit. Jadi maso hari Ahad potang lopeh poie Tesco Kajang, kitorang singgah la kek kilang coklat tu.

Nampak macam ghamai oghang jugak tapi dapek gak parking kek dopan pintu gate tu. Yes! Tak ghamai orang. Kali ni siap ado guard jago dan siap ado ghantai mo kek situ. Kaunter bukak duo kek tongah. Baghu la lapang sikit. Tibo-tibo nampak satu kelibat yang familiar. Sharif rupo eh dan Dik Dah pun ado kek situ. Dioghang pun baru sampai jugak.

Memandangkan tak do oghang, so tak yah beratur lah. Cokelat pun main tunjuk yo mano yang nak. Nak itu, itu dan itu. Yang nih tak nak. Tak nak oghang cakap, tak yah la bagi. Ha ha ha. Pueh hati makan cokelat walaupun ado budak kilang den tak nak datang sobab dio cakap Bangla buek cokelat pakai kaki. Tapi tak do plak nampak kek situ.

Dah pueh makan cokelat, masuk pulak ke dalam kodai eh. Ghambang mato. Den tak tahu nak pilih yang mano satu nak boli. Sumo pun uMMi yang pilih termasuk cokelat kentang goreng, cokelat durian dan cokelat love yang ado isik dalam eh. Sebolum tu memang dah dapek ghaso kek kaunter tu. Yang reject agak eh. Sebonar eh aghi Ahad punyo cokelat lagi banyak pilihan eh dari aghi Jumaat aritu.

Padan la tak do yang potong barisan, diorang lotak gangster jago kaunter. Mamat ni ado kemungkinan hangin sobab den tak nak terimo cokelat yang dio nak bagi kek den. Tak pun dio kono layan den sampai lapan boleh kali sobab nak makan cokelat. Lantak kao la. Ekao bukan tokeh pun kan?




Ni la gambar kek dalam kodai cokelat tu

King of Soccer Champ

Gambar nih diambik kek Burger King Alamanda maso 11 Mei aghitu. Dah lamo uMMi nak makan Burger King [BK] ghaso eh sojak Pria Ganteng [PG] dalam poghut laie. Al maklumlah kek Paka dulu mano ado BK nih. Bilo balik KL pun tak sompek nak poie makan burger kek BK. Kek lombah Klang nih pun bukan sonang nak carik BK nih. Yang kitorang tau kek area Masjid Jamek kek tongah KL tu. Leceh nak poi. Jem. Ghupo eh kek Alamanda ado satu. Tapi dah setahun duduk kek Bangi nih baru la ado peluang poie makan kek BK Alamanda. Bukan apo, kodai eh bolah ke Parkson sanun. Kitorang pulak kalau parking kek Alamanda biaso eh kek bolah tongah. Jadi yang ado kek situ McD, A&W, KFC dan lain-lain. Lopeh tu tak poie pulak ke Parkson tu. Biaso poie ke Carrefour yoh. Jadi dengan berjayo eh makan kek BK nih terlangsai la sudah hajat uMMi.

IKLAN: Jawatan kosong


We are a well established Japanese Corporation with an international track record in the manufacture and sale of disposable medical devices and healthcare products. Our manufacturing plant in the Bangi Industrial Area is seeking for suitable qualified Malaysians to apply for the following positions :-

HUMAN RESOURCE OFFICER

Requirements :

• SPM / STPM with credits in English and Mathemathics.
• Diploma / Degree in Human Resource Management or related field with minimum 2 years experience in a manufacturing environment
• Familiar with ISO 9001:2000, ISO 14001 and OHSAS 18001
• Computer literate with good working knowledge in Human Resource Information System,
• Excellent interpersonal and communication skills in Bahasa Malaysia and English
• Energetic, self-starter with integrity and dedication
• Fresh graduates are encourage to apply.
• Must possess valid driving license and own transport.

IT OFFICER

• Diploma / Degree in Computer Science with minimum 2 years experience in IT management.
• Familiar with C++ Programming / .Net and Networking
• Possess MCSE certification will be an added advantage
• Excellent interpersonal and communication skills
• Independant, disipline and able to work extra hours
• Below 30 years of age

ACCOUNTS ASSISTANT / OFFICER

Requirements :

• Minimum Diploma in Accounting or LCCI or equivalent with at least 1 year working experience in a manufacturing environment
• Knowledge of QAD’s Systems will be given preference (Cash book & General Ledger)
• Resourceful, motivated and self-starter with integrity and dedication
• Excellent interpersonal and communication skills
• Below 35 years of age

HUMAN RESOURCE CLERK

Requirements :

• SPM / STPM with credits in English and Mathemathics.
• Knowledge of activities related to Human Resource and Administration
• Familiar with ISO 9001:2000, ISO 14001 and OHSAS 18001
• Good exposure to the manufacturing environment
• Computer literate with good working knowledge in Miscrosoft Office
• Excellent interpersonal and communication skills in Bahasa Malaysia and English
• Female, below 30 years of age

TECHNICIANS – PRODUCTION & MAINTENANCE

Requirements :

• Diploma in Mechanical / Electrical / Mechatronic Engineering with at least 2 years experience in a manufacturing environment
• Experience and knowledge of process engineering / device maintenance program will be an added advantage.
• Excellent interpersonal and communication skills in Bahasa Malaysia and English
• Independent and self-motivated with good interpersonal skills.
• Male, 25 – 30 years of age

PRODUCTION OPERATOR

Requirements :

• Minimum SPM with some experience in a manufacturing environment.
• Excellent interprsonal and communication skills in Bahasa Malaysia
• Independent, disipline and able to work on syif basis.
• Female, 18 – 33 years of age

Interested candidates are invited to submit their applications with full personal resume including details of working experience, contact telephone number and a recent photograph (n.r) to :

Human Resource Manager
MEDITOP CORPORATION (M) SDN.BHD (Co.No. 183811X)
Lot 1, Jalan P/1B, Kawasan Perindustrian Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi. Selangor Darul Ehsan.
e-mail : hr@meditop.com.my

Closing date : 20th June 2010

Only shortlisted candidates will be notified.

Nota: Untuk jawatan operator, tak payah buek resume tapi datang kek kilang tu untuk 'walk in interview' setiap hari (Isnin-Jumaat) dari pukol 8.00 - 9.30 pagi. Datang lambek tak kono layan. Jangan lupo bawak sijil SPM sekali maso datang interview tu.

Turkish GP - McLaren 1-2 lagi


Lewis Hamilton menjuarai GP Turki sementara rakan sepasukan Jenson Button di tempat kedua. Kemenangan dramatik ini hadir setelah pelumba Red Bull, Vettel berlanggar dengan rakan sepasukan, Mark Webber yang menyebabkan Vettel terkeluar dari saingan dan Webber yang mendahului jatuh ke tempat ketiga. Walau bagaimana pun, insiden yang hampir sama hampir berulang di tempat yang sama apabila Button memotong Hamilton. Namun Hamilton berjaya memotong semula dan terus mendahului sehingga tamat perlumbaan.

Pria Ganteng Day Out - Zoo Negara

Sompek posing sebolum masuk zoo

Semalam tibo-tibo uMMi tanyo den ado nak poie mano tak ari Sabtu. Den cakap tak do sobab den ingat nak lepak berkomeh kek ghumah. uMMi cakap dio nak bawak Pria Ganteng [PG] gi tengok gajah kek Zoo Negara. Den tak do masalah lagi pun ado la dalam 20 tahun den tak poie kek Zoo Negara atau mano-mano zoo kek dunio ni. Tahun 2003 ado can nak poie maso Bett menganjurkan rancangan Lawatan Encik Badol dengan bebudak Melayu.Com (MDC) tapi den poie NS Wanderers tour to Perak.

Adam nak gi tengok bangau la uMMi...

Keluar rumah pun agak lambek skit dalam pukul semilan (9) sobab PG tongah berselero nak makan. Poie plak sarapan dulu kek Asam Pedas. Cadangan asal memang nak makan tak berapo boghek tapi den makan nasik gak tapi dalam kuantiti yang tak banyak la. Nasib baik la minyak dah isik malam tadi ngan angin tayar sekali jadi lopeh siap makan toghuih yo ke zoo takdo menyinggah memano sampaikan bateri untuk kamera pun lupo nak boli tapi nasib baik tak pakai flash banyak jadi bateri yang sedio ado dapek jugak amik dalam 160 gambar.

PG: uMMi, Adam nak lepak ngan bangau tu bole?
uMMi: Tak bole la Adam. Nanti basah kat dalam air tu.

Lopeh uMMi boli teket, kitorang masuk dan poi boli teket tram pulak. Drebar tram tu tak bagi naik. Dio suruh poi tengok 'Persembahan haiwan' dulu. Jadi eh kitorang pun poi la kek tompek yang dio cakap tu dan show dah start kitorang duduk dopan sekali. Ado pertunjukkan burung, anjing laut dan singo laut. Yang kelakar maso burung kakak tua amik duit kek penonton. Orang bosar yo buleh budak kocik tak buleh. Ado pulak yang cakap, "Singapore boleh apesal sini tak boleh?"

Kek kandang badak sumbu tido. Ni lori yang ditinggal kek situ. Main panjek yoh.

So lopeh abih show kitorang naik tram pusing kandang binatang. Sampai kek stesen nombor ompek kitorang turun dan tengok harimau, singo, tapir dan PG berehat sekojap lopeh tengok bangau terobang kek kolam tu. Binatang kek sini sumo melepak yo tak best langsung. Puma tido, cheetah tido, singo lepak kek belakang pokok, tapir pun tido, badak sumbu tido tapi harimau bolang tak tido tapi dio mundar mandir dalam keadaan kebosanan. Maso tu pun dah tongah hari den dah maleh nak berjalan jadi naik tram balik pusing bolah ateh pulak. Tengok unto pun dari ateh tram yo lah dan balik semulo kek pintu dopan.

PG: Takot la dengan binatang pelik nih.
Den: Ni zirafah bukan dari planet Zargus da

Dah sampai kek pintu dopan tu, uMMi ajak ke kandang zirafah ngan gajah. Binatang duo jenis ni yo yang berbaloi ditengok sobab diorang nih aktif skit. Lagi pun buleh diboghi makan yang disediokan oleh petugas zoo tapi kono bayar la dulu yoh. Zirafah diboghi makan daun pokok. Gajah pulak diboghi makan pisang. RM3 sahajo. Maso nih PG dah lotih agak eh tak pun dio takut tengok binatang yang bosar-bosar. Biaso tengok kucing yo kek ghumah kek zoo plak kucing eh bosar dan berbolang-bolang pulak tu.

PG: uMMi, nak naik kek leher dio buleh tak?
uMMi: Budak bertuah! Gi panjat sendiri. Tinggi tu!

Lopeh layan gajah ngan zirafah kitorang pun keluar. PG nak amik gambar ngan patung gajah pun dia takut. Jadi banyak gak binatang lain tak dapat tengok. Bahagian seranggo ngan reptilia tak sompek nak masuk. Kesimpulan eh duo-tigo jam memang tak cukup kalau nak pusing semuo tompek. Kalau bawak budak kocik memang kono bawak stroller kalau tak lotih la nak dukung terutamo budak 10kg++ nih. Cumo den dapek la togur Dato Ismail Hutson yang sodang melawat kandang ghimau. Dulu tengok dio berlakon drama yoh.

PG: Lari! Binatang hidung panjang nak makan Adam!
Den: Ni gajah la Adam. Dio tak makan orang da.

Keluar dari zoo dan terus gerak. Tiba-tiba PG meragam pulak nak duduk kek den yang tongah drive. Toghuih carik stesen minyak dan parking. Lapar ghupo eh. Suap an bubur. Lopeh tu dah ok skit, gorak balik dan singgah boli cendol sodap tapi sikit yo cendol eh. Yang banyak eh ais yo. Dio dah lolap dalam keto. Lamo gak dio tido kek ghumah tapi maso dio bangun tu dio menangih teresak-esak. Pueh pujuk tak maun berghonti sampai terbatuk-batuk baghu la dio nak beghonti. Mimpi kono makan ngan gajah agak eh.

PG: Dah nak balik? Horei!!!

Jualan murah di Manjaku

Dah makan coklat free di waktu siang, makan tak free tapi ada WiFi free kek Mattop Bariani di waktu malam acaro ari nih tamat di kodai baby Manjaku, Bandar Baru Bangi. Tak do la boli banyak cumo boli lampin pakai buang untuk Pria Ganteng [PG]. Cumo mamat PG ni aktif pusing-pusing kodai tu sambil bawak rago berodo. 
Kek gambar baby feveret eh


Ado nampak macam berkomunikasi tak?


Ni la deh ghoman eh rago berodo tu

Mattop Bariani yang mantop

Lopeh dari makan so called 'buffet chocolate' tu den tak makan sampai ke potang. Ado makan ghuti yo duo koping. Potang hujan pulak tu. Jadi bilo dah lapar, mulo la nak makan sodap-sodap. Den ajak uMMi makan western kek kodai western kek belakang Rimba Cafe tu. Apo tah namo eh D'one ko apo.

Sampai kek situ tengok ghamai orang. Awak dah lapar plak tu mano buleh nak tunggu. Kalau buleh mesti nak yang on the spot punyo. uMMi suggest poie western yang dokek dengan Red Wok tu. Austin ko apo namo eh. Tapi den agak ragu-ragu dengan namo eh tapi den pusing halo ke arah Seksyen 7. Sebolum sampai kek roundabout uMMi ajak gi kek Mohd Chan Abdullah kodai Cino Muslim yang baru bukak. Jadi pusing lagi satu kali. Tapi pun ponoh gak orang. Golo dibuek eh cam ni. Dah la lapar. Maso pusing kek Kompleks PKNS tu terperasan kodai Mattop ni. Memang dari dulu nak try. Tapi sobab den bukan la penggomar beriyani, jadi tak do la sampai lagi kek situ.

Sampai kek kodai Mattop Bariyani tu sodang elok tak ghamai orang. Den pilih mejo nombor 11 dan duduk mengadap tv. Den pilih nasik beriyani ayam goreng dan uMMi plak nasik beriyani masak udang. Den punyo sampai dulu sobab dah ready made cumo udang uMMi dio goreng baru. uMMi cakap sodap udang masak beriyani tu. Den pun setuju. Sebolum nih den biaso makan kek Anje Seksyen 15 yang terkonal kalau nak makan kono beratur tu. Tapi bagi den Mattop Beriyani pun tak kurang hebat sodap eh.

Maso nak bayar kek kaunter tu den terperasan diorang nih ado blog. Sompek la den togur orang tu pasal blog diorang ni selalu update ko. Dio cakap memang update selalu. Ni den baru check memang up to date blog diorang ni. Kalau nak tengok buleh masuk ke http://mattopbariani.blogspot.com/

Nasik 2nd round. Amik uMMi punya skit.



Walaupun nampak macam tak de orang tapi sebenarnya orang duduk kat luar.

Koba buffet, tapi....

.... sorang sebijik yo. Ado budak cakap:
Ini bukan buffet! Ini kudap-kudap aje!
Tak lain dan tak bukan, ini adalah cerito pasal den poie kilang coklat kek dopan kilang den tu. Konon eh nak mentedarah coklat konon sobab kek promosi eh cakap 'Jamuan coklat percuma' atau dalam bahaso penjajah eh 'Free chocolate buffet'.

Den dapek tau pasal ni dari budak opis lamo den kek Shah Alam dan lopeh tu den ado nampak banner eh tergantung kek dopan kilang tu. Pagi Jumaat tu den bersiap lambek gak. uMMi ajak poie sarapan kek McD dulu. Terserompak dengan senior den kek sekolah dulu - Smarbel. Dio ado syarikat trading sendiri bawak masuk barang dari China, Veitnam dan apo tah laie. Dio cakap apo yo bondo dio buleh import termasuk China Doll.

Dah konyang makan Big Breakfast tu, kitorang gorak ke kilang coklat tu. Punyo lah ramai orang sampai nak carik parking pun susah. Tigo kali pusing. Last-last parking kek topi jalan yoh. Nak masuk kono tulih namo dulu. Tak dapek dipastikan apo sobab eh kono tulih. Nak kato tak boghi datang duo kali, tak do pulak disobut eh. Yang disobut kek situ-
1. Makan la sebanyak mano yang ekao nak.
2. Tak buleh bawak balik. (Tapi den nampak ghamai yo orang bawak keluar)
3. Kalau lobih dan tak abih makan kono bayar. (Macam peronah dongar kek Red Wok aritu)

Kek pintu dio bagi la bokek keroteh sorang solai. Pria Ganteng [PG] pun amik jugak. Orang eh bersimpang siur. Tak tahu mano satu barisan eh. Jadi den beratur bolah sini, uMMi beratur bolah sanun. Punyo la beriyo beratur, orang lain datang main potong yo. Ado yang toghuih poie kek tompek coklat tu termasuk satu kelibat yang den kona. Yang den nak maghah tu, den nak jalan ni tapi satu akak nih selambo yo hadang untuk sedaro maro eh pulak. Den sound yo "Akak, orang nak jalan ni bagi la orang jalan dulu!" Nasib baik tak lompang yo kak tu tadi.

Tapi yang paling kelakar adalah caro nak bagi makan tu. Walaupun mulo eh koba buffet tapi setiap sorang diboghi sekotul untuk setiap jenis coklat yoh. Dah la tukang bagi eh lambek. Lopeh tu kedokut pulak tu. Boghi yo lah bilo orang mintak. Ini tak, berkigho macam plak dio tokeh eh. Padahal ghamai yo main cokuih (ambil) coklat tu. Cokuih satu masuk dalam mulut peh tu cokuih satu laie. Duduk yo kek dopan kaunter tu. Bagi den la, acaro eh tak terurus. Kok diboghi markah den bagi 2.5/5 ajo.

Dah amik satu round, bungkuih elok-elok masuk poket, balik. PG dah mulo meragam sobab ngantuk nak tido. uMMi nak boli coklat tapi ghamai orang. Tak dapek nak tunggu lelamo sobab arini Jumaat karang nak poie masjid pulak.

Lawa kilang ni tapi tak leh lawan kilang Willy Wonka


Punyo la semangat nak beratur, orang kek dopan tu semangat motong.


Dah nampak namo kilang eh?


Satu yoh!!! Teringat den kek acik Dewan Makan STJ


Ni la ghoman eh buffet coklet.

Majlis pocah tanah kek kilang den

Hari ni, Khamis 27 Mei satu majlis pocah tanah kek kilang den sempono nak buek penambahan bangunan kek kilang nombor 2. Presiden dari Jopun, Watanabe-san datang untuk menjayakan majlis nih. Jadi dalam maso terdokek nih kilang den akan ado ‘construction’ kek area parking lot.

Kali ni den terlibat jugak la dalam majlis nih. Kiro eh meeting dengan contractor pun den join gak. Tapi den banyak handle dengan pihak kantin yang sediokan air, makan-makan dan juga barangan untuk ustaz yang nak buat ‘pagar’.

Majlis bermulo kek surau belakang dengan bacaan Yasin, solat hajat dan bacaan doa oleh ustaz-ustaz seramai ompek orang. Sementagho tu yang lain datang lepak kek foyer. Ustaz ni pakai campuran garam kasar dan lado hitam. Ditanam kek ompek penjuru dan ditabur di sepanjang perimeter eh. Maso ustaz ni tanam dan tabor tu, hampir semuo orang termasuk presiden, delegasi Jopun yang lain, MD, contractor yang berbangso Jopun, Cino dan India dan eksekutif rakyat tempatan pun berjalan bersamo-samo ustaz. Tapi yang pasti ustaz ni berjalan dengan amat laju seperti mengikut cara Rasulullah berjalan.

Ustaz-ustaz tongah tabur campuran garam kasar dan lado hitam. Lopeh tu setiap penjuru eh ditanam kek dalam lubang.

Selosai majlis ustaz tu, upacaro ‘Kuwaire’ pulak. Kiro eh macam pocah tanah la nih. Bonggol tanah dipocah oleh orang tertontu. Lopeh tu presiden buat ucapan. Kemudian MD pulak berucap untuk majlis ‘Kampai’ pulak. Kampai ni kiro eh dalam bahaso omputih eh ‘toast’ atau bebudak Cino cakap ‘Yam Seng’. Pogang air dalam cawan, angkek ke udara dan jorit ‘KAMPAI’ kuek-kuek. Biaso eh diorang nih pakai arak atau ‘sake’ (arak Jopun) tapi kek sini diorang ni tau hormat jadi diorang pakai jus oren cap Tropicana.

Ni la ghupo eh majlis pocah tanah. Acaro 'Kampai' tak sompek nak amik gambar.

Mari makan coklat secara percuma


Kilang coklat nih sebolah kilang den yoh. Jomput la datang yoh. Percumo kato eh.

Gotong-royong kek kilang den

Pemuda 1: Ekao ni datang nak buek kojo ko apo?
Pemuda 2: Tak nampak den pogang pencakar ni?
Pemudo 3: Abih tu yang ekao pose maut ni apo hal?
Den: Korang ado raso nak kono lompang tak?

Sabtu, 22 Mei 2010 - Setolah gagal bergotong-royong bulan lopeh kerano hujan yang turun mencurah-curah, bulan nih satu lagi sesi gotong royong dicadangkan dan tolah berjaya dianjurkan tadi. Tapi kali ini io membabitkan keduo-duo kilang jadi eh den kono handle kilang nombor 2. Bebudak ni dah berkumpul sojak seawal sebolum jam 9 pagi. Den sampai dalam 8.50 dan naik ke pantry dan makan ghuti yang tertinggal semalam. Ghamai gak yang datang nih ado lobih kurang 60 orang.

Tetibo Inose-san jongok kek pantry dan tanyo "Breakfast ka? 9 o'clock yo! Have to start" Den pun ngangguk dan bawak peralatan turun bawah. Mulo mintak Encik Zaini selaku pengurus production kilang nombor 2 nih start tapi dio suruh den jugak. Jadi den pun start panggil semuo orang dan mintak beratur dalam 3 barisan dan mulo mengagih tompek. Ado 3 tompek. Tobing bolah kilang, divider tongah dan tobing jalan bolah sanun. Sumo dibokalkan sarung tangan, penyopit kuih, pencakar dan pencakar sampah.

Elok yo mulo bekojo, hujan pulak turun tapi sikit yo lah. Sambung balik kojo. Tapi sekojap lopeh tu lobek pulak. Memasing poie kek bawah foyer lepak den lepak kek pondok pengawal yo. Ado duo orang jopun duduk bawah pokok yo bilo makin lobek baru lah nak ke pondok pengawal. Kendian kojap tu hujan beronti dan semuo sambung bekojo sampai la ke traffic light. Dalam pukul 10 lobih skit tu sumo dah siap dan kemudian eh menjamu selero kek kantin makan mee goreng.

Gambar sejurus mulo gotong-royong.

Kilang SONY terbakar???


Cubo perhatikan gambar kek ateh ni botul-botul. Asap - ado. Air bomba - ado. Orang berkumpul - ado. Tapi apo yang tak kono kek gambar nih? Gate tak bukak, orang berkumpul dengan caro bersopan dan tak do orang luar menebeng kek situ. Jadi sebona eh ini adalah latihan kebakaran kek kilang SONY yang berhampiran ngan kilang den yang nombor satu. Maso nih den on the way nak poi sarapan ngan boss & Abang Din sebolum ke IR Department, Shah Alam

uMMi belanja makan malam

Walaupun pado mulo eh macam tak jadi nak kuar makan sempono birthday den, tetapi uMMi betanyo maso kek ghumah lopeh balik kojo. "Nak makan mana?" So den pun jawab la, "Red Wok". Jadi eh bersiap la lopeh maghrib tu dan bergorak la ke Red Wok, Taman Kajang Impian sebolah dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Restoren Cina Muslim khabarnya. Tetapi buat masakan ala Korea.

Mulo eh duduk kek sebolah sayap kanan dan tengok menu. Ghupo eh ado buffet jugak kek sini. Steamboat buffet. Memandangkan hargo makan ala-carte pun laie mahal dari buffet, kitorang pun pilih untuk makan buffet dan kono la pindah ke sayap kanan. Ado duo pilihan buffet - steamboat dan sizzling steamboat. Kitorang pilih sizzling steamboat.

Memang banyak pilihan sampai tak termakan. Makanan yang dah siap masak pun ado jugak. Memang pueh hati la makan kek situ. Cumo uMMi yo lah yang tak pueh makan sobab mamat Pria Ganteng (PG) ni buek ragam. Siang tu kek umah tok eh ghamai orang dengan ado 3 orang baby termasuk dio. Cucu tok eh datang dari JB. Tu yang leko nak main sampai tak tido tu. PG skang nih memang jarang sangat tido siang. Kalau tido pun sekojap yo. Di pendek an ceghito, bilo dah PG asik nak meragam, kitorang pun beronti makan dan balik.

Maso on the way balik tu uMMi ajak boli kek kek Secret Recipe. Mulo eh dio nak boli an whole cake. Den cakap tak yah la boli slice sudah. So uMMi request kek cheese. Den pun pilih la Hazel Cheese ngan Black Forest Cheese, bungkus dan bawak balik. Sampai ghumah, den yang sememang eh sakit kepalo dari potang tu terus baring dah lolap sampai ke sebolum subuh.

Den ambik peluang kek sini nak ucapkan terima kasih kek uMMi ateh sambutan kelahiran tahun ini. Kepado sesapo yang nak tahu lebih lanjut pasal Red Wok buleh lawati http://redwok.wordpress.com/

Inilah set-up untuk sizzling steamboat


Kaunter tompek nak membayar


Antaro peserta sea food yang ado


Budak PG yang tidak mahu pandang kamera


Budak bertuah waktu sebelum meragam

Lagi satu tahun

Haghi nih, umur den cukup laie setahun menjadikan umur den gonap menjadi ____ tahun. Macam artis la pulak kan berahsio umur. Bukan la nak berahsio bona tapi den nak ajak korang toko berapo umur den yang sebona eh. Sonang yo nak toko den bagi hint dan clue eh. Kalau ditanyo kek orang ari nih, den akan cakap umur den baru 27 tahun. Mudo beberapo tahun dari umur den yang botul. Ini disobab an dulu den dah ghugikan ompek tahun maso lopeh SPM dulu. Dah buleh agak umur den beghapo kan? Sonang yoh.

Nak dijadikan ceghito, bebudak jabatan den aghini sebulat suagho belanjo makan kek Nasi Ayam Gemas (Gomeh). Kebetulan ari nih memang full house yang datang kecuali Siti ngan Kak Ina yang menjaga kaunter lobi masing-masing. Boss yang bercuti pun datang dengan longkap kemejo longan panjang. Hebat botul boss den nih, cuti pun pakai kemejo longan panjang tuck in lagi.

Den tak nak ceghito pasal menu sobab dari dulu den nak makan nasik ayam madu tak dapek-dapek. Tadi pun den makan nasik goreng ayam yo. Cumo den nak berterimo kasih kek semuo yang terlibat dalam menjayokan majlis makan-makan ni. Walaupun pagi tu den berlakon cuti padahal den lepak kek lobi kilang satu.
Barisan peserta lelaki


Barisan peserta wanita dan 'Pencinta Wanita'


Ala comelnye kek ni. Terima kasih semua.

Setahun sudah berlalu….

….Februari Mei muncul kembali dengan kehangatan semalam….

Begitulah lirik lagu nyanyian Alleycats yang kemudian eh dinyanyikan balik oleh orang kampung den (kunun-kunun eh) – Hattan.

Sebona eh nak bagi tau, ari nih, tarikh ini, 18 Mei setahun lopeh adalah haghi pertamo den kojo kek kilang den skarang. Kigho eh dah setahun la den bekojo kek sini. Dan aghi ni kigho eh dah masuk tahun yang keduo kek sini. Sekojap yo ghaso eh dan setahun. Untuk rekod, kojo den kek sini lagi lamo berbanding maso kojo kek Paka yang hanyo bertahan selamo semilan (9) bulan sahajo.

Tapi eh, den kek kilang no. 2 nih bolum cukup setahun laie sobab den mulo kek sini dulu pado 15 Jun 2009. Macam-macam perkaro terjadi sepanjang setahun kek sini. Mulo-mulo dulu orang tak suko tapi skang pun masih orang tak suko. Yo la kan, sapo plak yang suko kono ganggu kebebasan eh. Dulu sonang-sonang nak keluar poie bank skarang dah kono pantau. Kalau dulu nak cuti tanpa gaji panjang-panjang skarang kono buek surat pulak dulu.

Sumo tu den anggap sebagai satu cabaran dan dugaan. Bak kato boss den, bukan sonang nak pueh kan hati semuo orang. Ado maso eh perkagho yang kito tak suko dan tak pueh hati pun kito kono buek jugak ateh namo arahan boss dan ateh sobab kojo makan gaji. Kalau kojo sendiri lain ceghito. Nak buek, buek. Tak nak buek, tak yah buek. Nak kojo, kojo. Tak nak kojo, tak yah kojo. Ujung bulan orang makan nasik, kito makan pasir la jawab eh. Ulek dalam batu buleh hidup. Tu ulek. Cubo kau duduk dalam batu tu den nak tengok. Biaso eh orang duduk kek batu nih dah poie mengadap Ilahi dah.

Sempono ari nih, den nak ucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada keluarga, abah, omak, uwan, uMMi, Pria Ganteng dan adik-beradik yang lain, rakan sejabatan, boss, haji L, Ain, Kak L, Zura, Rizal, Azza, Yani, Kak Y, Kak I, Siti, Mai dan rakan sepejabat di kilang 2, dan semuo rakan sekilang yang lain dan jugak orang yang tak suko kek den nih. Mogo2 kito sumo maju jayo dan dilimpahi kurnia Allah hendak-Nyo.

SYABAS tapi hampas

Sekali laie buek adik den yang bekojo dengan SYABAS jangan ambik hati ah. Aritu baru yo kutuk Bandar Tasik Puteri eh. Ni kutuk pulak majikan eh. Bukan nak kutuk sebona eh tapi nak share my opinion dan experience yoh.

Pagi tadi lopeh siap mandi den turun bawah dan bukak paip kek sinki dapur. Kepush!!! Ha ambik kao! Air bukan main hitam eh keluar kek paip tu. Dah sah malam tadi ado masalah yang melibat an paip utamo kek area Bangi nih. Den pun begogeh keluar dah tutup kepalo paip utamo. Tapi den ghaso air hitam tu dah masuk dalam tangki kek ghumah den nih.

Balik yo potang tu, dongan harapan air dari tangki ke paip bilik air bawah masih jeroneh (jernih) mandi an la mamat Pria Ganteng ni. Sompek basah an badan eh yo lopeh tu air dah koghuh (keruh) dah. Jadi eh PG mandi kobao yo lah. Tapi tak po Tok eh cakap dah mandi dah dalam pukul limo potang tadi.

Den pun bukak kepalo paip utamo dan bukak paip kek sinki. Nah kao! Kalah air kupi kaw kaler eh. Sompek den ambik skit masuk dalam gelas. Untuk buek ambik gambar konang-konangan sambil dipos an kek Facebook. Nasib den dah tutup kepalo paip. Kuk tak, laie la hitam air kek dalam tangki tu. Tu pun den mandi tadi ado ghaso tak berapo seleso kek badan ghaso lokit. Kuk budak kocik mandi maun bekudih kek gatal eh.

Air paip SYABAS yang bolum ditambah susu untuk dijadikan neskepi tarik

Den peronah komplen kek pekojo SYABAS pasal bondo nih. Dio cakap 'ala flushing tangki biaso la cam ni'. Apo? Flushing? Purging? Cuci tangki air? Ni yang kaler hitam nih karat la ni agak eh? Kalau masuk dalam poghut agak eh kono kanser tak? Cirit birit tak? Kalau bawak mandi pehtu gatal-gatal buleh claim bayaran perubatan kek SYABAS tak? Kalau ado yang mati minum air ni SYABAS nak tanggung tak?

Kalau nak cuci tangki ko apo ko, buang la air tu kek longkang ko, sungai ko, tali air ko. Apo tak leh lak? Takut Jabatan Alam Sekitar (DOE) saman? Takut Karam Singh Walia report dalam Aduan Rakyat? Abih tu sumpah seranah pengguno, doa orang teraniayo cemano pulak? Tak beghokek (berkat) rezoki tu tau la, kuk beghulek (berulat) poghut tu sok. Memang buleh filter air tu. Tapi sumo orang ado filter koh? SYABAS nak sponsor filter koh? Kalau ado filter pun beghapo kali pulak nak kono cuci atau tukar filter eh? Cammon la, kitorang rakyat marhaen nih pengguno yang membayar bil walaupun pado dasar eh kerajaan Selangor tolong bayarkan. Tapi cukai lain totap kito kono bayar gak. Cukai pintu, cukai tanah, cukai tingkap, cukai gril cukai pintu pagar segalo macam cukai laie la kan.

Agak eh la, orang SYABAS sanggup tak nak mandi ngan air cam ni. Kalau minum dah sah tak sanggup melainkan den tambah gulo biar manih skit lopeh tu claim ni air neskepi 'O'.

Funniest Baby Face Contest (BFFC)


Adam Danial Mohd Radzif
Siti Norfadzilah Ismail
1 year 2 Months


Apolah nasib sukan Malaysia ni

Skarang nih ado duo sukan tahap antarobangso yang pasukan Malaysia ambik bahagian. Satu eh hoki dan satu laie badminton Pialo Thomas. Hoki masih dalam saingan dan nampak positif la jugak tapi eh badminton agak memualkan dan memalukan.

Mulo eh aritu monang tanpa bertanding lawan ngan Nigeria. Jadi tak do la isu sangat kalau kalah maun jadi isu la tu. Peh tu lawan Jopun. Memang kalau ikut ateh keroteh memang Malaysia selaku bekas johan lapan boleh (18) tahun yang lopeh memang laie handa la dari Jopun tapi cerito lapan boleh tahun lopeh tak yah nak dok ulang la kalau pemain skang sumo tak leh nak harap. Pendek an cerito kalah 3-2 lawan Jopun. Malu den kek Jopun-Jopun yang ado kek kilang nih sobab sebolum tu den yakin monang. Untuk Nota: Bik Mama datang tengok game malam tu.

Game lopeh tu secaro undian lawan Denmark. Konon eh kalah lawan Jopun aritu nak ngelak dari jumpo team yang laie kuek la. Konon eh tak mungkin lawan China ko Indonesia ko kek suku akhir. Kek den tu adalah satu jawapan yang menunjuk an team Malaysia tak kuek. Kuk yo kito kuek, pedulik la lawan sapo pun mesti monang. Sekali laie pendek an cerito, Malaysia monang lawan Denmark 3-2 jugak. Hafiz la penyelamat eh. Aritu dio yang buek kalah, kali ni dio buek monang pulak. Untuk Nota: Bik Mama tak datang tengok game malam tu.

Separuh akhir lawan ngan China. Nak cerito pun maleh. 3-0 kalah. Straight. Satu set pun tak do monang. Sumo pun kalah. Hafiz tak sompek main langsung jadi tak leh salahkan dio kali nih. Yang menarik eh, sumo yang kalah tu pun sebangso dengan yang monang tu. Untuk Nota: Bik Mama ngan isteri datang tengok game.

Sapo nak salahkan? Nak salahkan BAM? Nak salahkan politik dalaman badminton Malaysia? Nak salahkan pemain? Nak salahkan Bik Mama yang setiap kali datang yo team Malaysia kalah? Nak salahkan penyokong yang terlalu mengharapkan Malaysia monang? Nak salahkan BAM lambek booking Stadium Putra untuk training? Nak salahkan sapo? Tak yah salahkan sesiapo. Dah pasukan tak kuek dan pemain tak cukup hebat. So terimo yo la hakikat sukan Malaysia tak do yang buleh diharap laie. Baik badminton, baik sepak takraw, bola sepak langsung tak yah nak diharap la.

Salah ke aku nak gi tengok orang main badminton?

Hari itu 13 Mei...

Sepuluh tahun lopeh (tahun 2000), hari Sabtu den ngan Boni dan Azura round town kek KL. Den bawak EX5 legend den, Boni ngan Legendary EX5 ABL dan Azura ngan RX-Z eh. Sebolum tu kono ingat, Azura (namo sebonar) memang lelaki sejati bukan pompuan a.

Malam tu gorak dari Balakong ambik Azura kek Plaza Pheonix dan toruih gorak ke KL. Den maso tu tak pandai sangat jalan KL lagi. Boni pandai skit Azura lagi la tak pandai. Mulo-mulo gorak ke tongah bandar KL kek area yang banyak maksiat tu - Jalan P. Ramlee. Tengok oghang yo la kitorang ni bukan eh kaki clubbing ni. Sepanjang den duduk kek KL sekali yo den masuk Planet Hollywood tu pub sobab ado event budak ajak. Kalau tak, langsung tak peronah nak masuk. Tak ghoti.

Buleh pulak maso ni terpisah, den ngan Boni dan Azura tertinggal kek situ. Bayangkan la maso tu tahun 2000 handphone memang barang ekslusif yang bukan sumo orang ado. Nasib baik Boni ado dengan line 010 eh tu. Jadi eh Azura call dio pakai public phone. Si Boni pulak tak nak masuk town jadi dio suruh den poie jomput. Dio bagi direction yo. Kepalo hotak eh. Dari sorang sosek, sampai eden pun sosek samo. Tapi jumpo jugak la.

Lopeh pado tu kitorang jumpo balik dan gorak balik bertigo. Pusing sanun pusing sini. Lopeh tu nak poie Uptown yang sangat glamer maso tu. Den ngan Boni yang duduk kek Skudai, JB pun tau keglameran eh. Maso tu jalan kek area Damansara tu bolum siap lagi. Tol pun bolum ado laie. Kitorang bawak la slow-slow maso tu dan sebona eh salah jalan. Maso tu jugak ado satu group RXZ sekali ngan kitorang. Sumo mat rempit siap bawah awek lagi.

Sampai kek bawah jejantas tu, kitorang nak cross jalan sobab dah salah jalan. Tetibo ado duo buah keto beronti kek dopan bukak pintu dan orang kek dalam eh keluar teropo (terpa) kek kitorang. Den ngan Boni lepak yo lah sobab kitorang tak do masalah. Bebudak RXZ tu sumo bercerompo (bertempiaran) lari. Awek pun lari. Muto tinggal yo kek situ. Ghupo eh orang yang dalam keto tu polis. Dapek ditangkap eh sorang awek. Minah tu cakap "Saya keluar dengan pakcik je la". Raso nak golak pun ado tapi tongah comeh sebona eh ni. Mulo eh den ingat geng RXZ tu ado gaduh ngan geng keto. Ghupo eh polis yang kojar diorang. Tapi apo yang berlaku selopeh nih yang menarik.

Polis tu datang kek den tengok ateh bawah, tengok muto tapi tak usik apo-apo. Tapi Boni kono tangkap, kono gari dan kono masuk dalam boot keto. Diulang - ditangkap, digari dan dimasuk dalam boot keto. Azura terselamat sobab dio terkebelakang skit maso tu dan dio tak kono tahan. Den lopeh tu disuruh blah dari situ. Den termamai sekojap maso tu tak tau nak buek apo. Balik ke Serdang pun macam orang mabuk. Sampai bebudak umah Sharil Supi pun heran.

Rentetan lopeh tu, abang kek Boni marah den sobab tak repot kek dio. Boni masuk mahkamah ari Isnin dan mengaku tak bersalah dan muko eh keluar Berita Terkini pukul 4.30 potang sampai kecoh kek UTMJB tapi dio bernasib baik sobab tak kono buang dari UTM. Boni buek repot salah laku polis dan den sampai kono panggil ngan polis untuk buek keterangan. Ado beberapo kali den kono poie mahkamah majistret kek KL disobab an kes ni. Tapi kes main tutup cam tu yo sobab polis tak leh nak monang. Sobab ternyato kitorang tak salah tapi disabit atas kesalahan berlumba secara melulu.

Tahniah anda monang lapan boleh juta!!!

Den dapek SMS tang no nih - 014 551 6055 berbunyi cam nih

From: LION BIO-ZIP"SDN BHD.
TAHNIAH! SimCard 
Anda t'lah Berjaya
Cabutan BERTUAH
RM10.000
Seri:334479
Silla Call office:
014 5740979
DIANA IBRAHIM

Nak percayo ko tak nak. Den amik keputusan untuk tak percayo. Terimo kasihan.

Marked & Spotted: Mitsubishi Galant VR4 AMG


Antaro keto lamo-lamo yang den minat. Peronah den menyimpan hasrat nak boli keto nih tapi apokan dayo. Keto dah lamo nak kono lotak down payment tinggi. Kesudahan eh pakai yo la keto Proton den tu. Janji buleh bawak poi kojo, balik kojo dan bawak Pria Ganteng (PG) dan uMMi gi jalan-jalan ngan balik kampung.

Berbalik pado keto nih, dah beberapo kali den nampak keto nih kek dopan restoren Syed Petaling Jayo. Biaso eh den singgah kek kodai nih lopeh den antar dokumen kek SOCSO. Abang Din la yang ngajak makan kek sini. Den kalau datang sini sure makan nasik punyo. Mulo aritu den amik gambar macam curik-curik la kan tapi gambar tak lawa. Jadi yang kali nih, den selamba je poi kek keto tu, keluar an hand phone dan amik gambar. Kok tuan eh nampak maghah la agak eh. Bukan den nak curik. Den suko kek keto eh yo.