Memaparkan catatan dengan label Kilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kilang. Papar semua catatan

Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan

Kilang den buek kempen untuk menyodarkan bebudak nih betapo ponting eh keselamatan dan kesihatan kito kek tompek kerojo domi menjamin kehidupan yang lobih sempurno. Di samping tu jugak, alam sekitar dilupo jangan untuk anak-anak kito hidup dengan sihat, menghirup udagho yang berosih.

Eden kono handle maso majlis perasmian eh. Ado la buek demo jalanan skit. Tapi nih demo jalanan kek dalam kilang yo. Demo fire drill, rawatan kecemasan (first aid) dan search & rescue. Sumo pasukan ERT yang buek tapi Bomba pun datang jugak interframe. Janji sumo dah settle. Terimo kasih dan jutaan penghargaan kepado komiti EHS, pasukan ERT dan jabatan SVS yang membori kerja samo yang 110% sepanjang majlis berlangsung.

MD-san tongah bori ucapan perasmian

Jabatan SVS yang baru lopeh berlari sambil menjorit Api! Api!

Pasukan ERT tongah berkawat untuk poie selamat an orang

Mangso yang pocah kepalo tapi buleh seletep balik 

Bomba: Mano api eh? Kitorang sirap motor yang ado kat dopan tu yo lah

Para old timer kilang den tongah survey lori Bomba tu untuk diboli tahun dopan

Caro-caro nak buek CPR kek orang pengsan.

Pertandingan menoko logo keselamatan

Apo yang menarik, acaro perasmian, fire drill dan demo tu dapek pujian dari Bomba sobab kilang lain tak peronah lagi buek camtu. Kek tompek lain, bilo fire drill mesti nak bakar-bakar pehtu panggil Bomba padam an api. Tekojut Bomba tu maso datang tak do api nak dipadam an. Tu yang diorang main tembak yo air kek motor bebudak nih.

Cumo yang tak best eh, baru tigo aghi kempen berjalan, dah ado duo kemalangan industri. Satu kek kilang 1 dan satu laie kek kilang 2. Semogo lopeh ni sumo orang dapek lobih berhati-hati.

IKLAN: Jawatan kosong


We are a well established Japanese Corporation with an international track record in the manufacture and sale of disposable medical devices and healthcare products. Our manufacturing plant in the Bangi Industrial Area is seeking for suitable qualified Malaysians to apply for the following positions :-

HUMAN RESOURCE OFFICER

Requirements :

• SPM / STPM with credits in English and Mathemathics.
• Diploma / Degree in Human Resource Management or related field with minimum 2 years experience in a manufacturing environment
• Familiar with ISO 9001:2000, ISO 14001 and OHSAS 18001
• Computer literate with good working knowledge in Human Resource Information System,
• Excellent interpersonal and communication skills in Bahasa Malaysia and English
• Energetic, self-starter with integrity and dedication
• Fresh graduates are encourage to apply.
• Must possess valid driving license and own transport.

IT OFFICER

• Diploma / Degree in Computer Science with minimum 2 years experience in IT management.
• Familiar with C++ Programming / .Net and Networking
• Possess MCSE certification will be an added advantage
• Excellent interpersonal and communication skills
• Independant, disipline and able to work extra hours
• Below 30 years of age

ACCOUNTS ASSISTANT / OFFICER

Requirements :

• Minimum Diploma in Accounting or LCCI or equivalent with at least 1 year working experience in a manufacturing environment
• Knowledge of QAD’s Systems will be given preference (Cash book & General Ledger)
• Resourceful, motivated and self-starter with integrity and dedication
• Excellent interpersonal and communication skills
• Below 35 years of age

HUMAN RESOURCE CLERK

Requirements :

• SPM / STPM with credits in English and Mathemathics.
• Knowledge of activities related to Human Resource and Administration
• Familiar with ISO 9001:2000, ISO 14001 and OHSAS 18001
• Good exposure to the manufacturing environment
• Computer literate with good working knowledge in Miscrosoft Office
• Excellent interpersonal and communication skills in Bahasa Malaysia and English
• Female, below 30 years of age

TECHNICIANS – PRODUCTION & MAINTENANCE

Requirements :

• Diploma in Mechanical / Electrical / Mechatronic Engineering with at least 2 years experience in a manufacturing environment
• Experience and knowledge of process engineering / device maintenance program will be an added advantage.
• Excellent interpersonal and communication skills in Bahasa Malaysia and English
• Independent and self-motivated with good interpersonal skills.
• Male, 25 – 30 years of age

PRODUCTION OPERATOR

Requirements :

• Minimum SPM with some experience in a manufacturing environment.
• Excellent interprsonal and communication skills in Bahasa Malaysia
• Independent, disipline and able to work on syif basis.
• Female, 18 – 33 years of age

Interested candidates are invited to submit their applications with full personal resume including details of working experience, contact telephone number and a recent photograph (n.r) to :

Human Resource Manager
MEDITOP CORPORATION (M) SDN.BHD (Co.No. 183811X)
Lot 1, Jalan P/1B, Kawasan Perindustrian Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi. Selangor Darul Ehsan.
e-mail : hr@meditop.com.my

Closing date : 20th June 2010

Only shortlisted candidates will be notified.

Nota: Untuk jawatan operator, tak payah buek resume tapi datang kek kilang tu untuk 'walk in interview' setiap hari (Isnin-Jumaat) dari pukol 8.00 - 9.30 pagi. Datang lambek tak kono layan. Jangan lupo bawak sijil SPM sekali maso datang interview tu.

Majlis pocah tanah kek kilang den

Hari ni, Khamis 27 Mei satu majlis pocah tanah kek kilang den sempono nak buek penambahan bangunan kek kilang nombor 2. Presiden dari Jopun, Watanabe-san datang untuk menjayakan majlis nih. Jadi dalam maso terdokek nih kilang den akan ado ‘construction’ kek area parking lot.

Kali ni den terlibat jugak la dalam majlis nih. Kiro eh meeting dengan contractor pun den join gak. Tapi den banyak handle dengan pihak kantin yang sediokan air, makan-makan dan juga barangan untuk ustaz yang nak buat ‘pagar’.

Majlis bermulo kek surau belakang dengan bacaan Yasin, solat hajat dan bacaan doa oleh ustaz-ustaz seramai ompek orang. Sementagho tu yang lain datang lepak kek foyer. Ustaz ni pakai campuran garam kasar dan lado hitam. Ditanam kek ompek penjuru dan ditabur di sepanjang perimeter eh. Maso ustaz ni tanam dan tabor tu, hampir semuo orang termasuk presiden, delegasi Jopun yang lain, MD, contractor yang berbangso Jopun, Cino dan India dan eksekutif rakyat tempatan pun berjalan bersamo-samo ustaz. Tapi yang pasti ustaz ni berjalan dengan amat laju seperti mengikut cara Rasulullah berjalan.

Ustaz-ustaz tongah tabur campuran garam kasar dan lado hitam. Lopeh tu setiap penjuru eh ditanam kek dalam lubang.

Selosai majlis ustaz tu, upacaro ‘Kuwaire’ pulak. Kiro eh macam pocah tanah la nih. Bonggol tanah dipocah oleh orang tertontu. Lopeh tu presiden buat ucapan. Kemudian MD pulak berucap untuk majlis ‘Kampai’ pulak. Kampai ni kiro eh dalam bahaso omputih eh ‘toast’ atau bebudak Cino cakap ‘Yam Seng’. Pogang air dalam cawan, angkek ke udara dan jorit ‘KAMPAI’ kuek-kuek. Biaso eh diorang nih pakai arak atau ‘sake’ (arak Jopun) tapi kek sini diorang ni tau hormat jadi diorang pakai jus oren cap Tropicana.

Ni la ghupo eh majlis pocah tanah. Acaro 'Kampai' tak sompek nak amik gambar.

Mari makan coklat secara percuma


Kilang coklat nih sebolah kilang den yoh. Jomput la datang yoh. Percumo kato eh.

Gotong-royong kek kilang den

Pemuda 1: Ekao ni datang nak buek kojo ko apo?
Pemuda 2: Tak nampak den pogang pencakar ni?
Pemudo 3: Abih tu yang ekao pose maut ni apo hal?
Den: Korang ado raso nak kono lompang tak?

Sabtu, 22 Mei 2010 - Setolah gagal bergotong-royong bulan lopeh kerano hujan yang turun mencurah-curah, bulan nih satu lagi sesi gotong royong dicadangkan dan tolah berjaya dianjurkan tadi. Tapi kali ini io membabitkan keduo-duo kilang jadi eh den kono handle kilang nombor 2. Bebudak ni dah berkumpul sojak seawal sebolum jam 9 pagi. Den sampai dalam 8.50 dan naik ke pantry dan makan ghuti yang tertinggal semalam. Ghamai gak yang datang nih ado lobih kurang 60 orang.

Tetibo Inose-san jongok kek pantry dan tanyo "Breakfast ka? 9 o'clock yo! Have to start" Den pun ngangguk dan bawak peralatan turun bawah. Mulo mintak Encik Zaini selaku pengurus production kilang nombor 2 nih start tapi dio suruh den jugak. Jadi den pun start panggil semuo orang dan mintak beratur dalam 3 barisan dan mulo mengagih tompek. Ado 3 tompek. Tobing bolah kilang, divider tongah dan tobing jalan bolah sanun. Sumo dibokalkan sarung tangan, penyopit kuih, pencakar dan pencakar sampah.

Elok yo mulo bekojo, hujan pulak turun tapi sikit yo lah. Sambung balik kojo. Tapi sekojap lopeh tu lobek pulak. Memasing poie kek bawah foyer lepak den lepak kek pondok pengawal yo. Ado duo orang jopun duduk bawah pokok yo bilo makin lobek baru lah nak ke pondok pengawal. Kendian kojap tu hujan beronti dan semuo sambung bekojo sampai la ke traffic light. Dalam pukul 10 lobih skit tu sumo dah siap dan kemudian eh menjamu selero kek kantin makan mee goreng.

Gambar sejurus mulo gotong-royong.

Lagi satu tahun

Haghi nih, umur den cukup laie setahun menjadikan umur den gonap menjadi ____ tahun. Macam artis la pulak kan berahsio umur. Bukan la nak berahsio bona tapi den nak ajak korang toko berapo umur den yang sebona eh. Sonang yo nak toko den bagi hint dan clue eh. Kalau ditanyo kek orang ari nih, den akan cakap umur den baru 27 tahun. Mudo beberapo tahun dari umur den yang botul. Ini disobab an dulu den dah ghugikan ompek tahun maso lopeh SPM dulu. Dah buleh agak umur den beghapo kan? Sonang yoh.

Nak dijadikan ceghito, bebudak jabatan den aghini sebulat suagho belanjo makan kek Nasi Ayam Gemas (Gomeh). Kebetulan ari nih memang full house yang datang kecuali Siti ngan Kak Ina yang menjaga kaunter lobi masing-masing. Boss yang bercuti pun datang dengan longkap kemejo longan panjang. Hebat botul boss den nih, cuti pun pakai kemejo longan panjang tuck in lagi.

Den tak nak ceghito pasal menu sobab dari dulu den nak makan nasik ayam madu tak dapek-dapek. Tadi pun den makan nasik goreng ayam yo. Cumo den nak berterimo kasih kek semuo yang terlibat dalam menjayokan majlis makan-makan ni. Walaupun pagi tu den berlakon cuti padahal den lepak kek lobi kilang satu.
Barisan peserta lelaki


Barisan peserta wanita dan 'Pencinta Wanita'


Ala comelnye kek ni. Terima kasih semua.

Setahun sudah berlalu….

….Februari Mei muncul kembali dengan kehangatan semalam….

Begitulah lirik lagu nyanyian Alleycats yang kemudian eh dinyanyikan balik oleh orang kampung den (kunun-kunun eh) – Hattan.

Sebona eh nak bagi tau, ari nih, tarikh ini, 18 Mei setahun lopeh adalah haghi pertamo den kojo kek kilang den skarang. Kigho eh dah setahun la den bekojo kek sini. Dan aghi ni kigho eh dah masuk tahun yang keduo kek sini. Sekojap yo ghaso eh dan setahun. Untuk rekod, kojo den kek sini lagi lamo berbanding maso kojo kek Paka yang hanyo bertahan selamo semilan (9) bulan sahajo.

Tapi eh, den kek kilang no. 2 nih bolum cukup setahun laie sobab den mulo kek sini dulu pado 15 Jun 2009. Macam-macam perkaro terjadi sepanjang setahun kek sini. Mulo-mulo dulu orang tak suko tapi skang pun masih orang tak suko. Yo la kan, sapo plak yang suko kono ganggu kebebasan eh. Dulu sonang-sonang nak keluar poie bank skarang dah kono pantau. Kalau dulu nak cuti tanpa gaji panjang-panjang skarang kono buek surat pulak dulu.

Sumo tu den anggap sebagai satu cabaran dan dugaan. Bak kato boss den, bukan sonang nak pueh kan hati semuo orang. Ado maso eh perkagho yang kito tak suko dan tak pueh hati pun kito kono buek jugak ateh namo arahan boss dan ateh sobab kojo makan gaji. Kalau kojo sendiri lain ceghito. Nak buek, buek. Tak nak buek, tak yah buek. Nak kojo, kojo. Tak nak kojo, tak yah kojo. Ujung bulan orang makan nasik, kito makan pasir la jawab eh. Ulek dalam batu buleh hidup. Tu ulek. Cubo kau duduk dalam batu tu den nak tengok. Biaso eh orang duduk kek batu nih dah poie mengadap Ilahi dah.

Sempono ari nih, den nak ucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada keluarga, abah, omak, uwan, uMMi, Pria Ganteng dan adik-beradik yang lain, rakan sejabatan, boss, haji L, Ain, Kak L, Zura, Rizal, Azza, Yani, Kak Y, Kak I, Siti, Mai dan rakan sepejabat di kilang 2, dan semuo rakan sekilang yang lain dan jugak orang yang tak suko kek den nih. Mogo2 kito sumo maju jayo dan dilimpahi kurnia Allah hendak-Nyo.

Belasungkawa: Bapa Kak Liza (HR) kembali ke rahmatullah

Den mewakili uMMi, Pria Ganteng dan seluruh keluargo mengucapkan takziah kek Kak Liza (Puan Haliza) senior officer Jabatan Sumber Manusia kilang den atas pemergian ayahanda sebentar tadi. Jenazah dikatokan tongah diuruskan kek rumah Allahyarham kek Kampung Abu Bakar Baginda. Den ngan Boss dan Ain tadi sompek poie melawat kek rumah eh tapi tak dapek nak masuk. Mogo Kak Liza dan keluargo meneghimo pemergian Allahyarham dengan redha.

Al-Fatihah

Jamuan perpisahan dan sambutan hari lahir

Tadi sebolum semayang Jumaat, telah berlangsung satu majlis simple di Anje Beriani Gam Johor di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Tujuan eh adalah berlaku duo pekagho.

1. Majlis perpisahan Puan Fadzilah (Kerani Jabatan Sumber Manusia) yang akan menamatkan perkhidmatannya di kilang nih dan bekojo kek tompek lain. Last day eh Selasa minggu dopan.
2. Sambutan hari lahir Cik Siti (Receptionist tersohor kilang No.1) yang menyambut kelahiran eh yang ke-3x hari ini.

Den mewakili famili-famili den, (famili 1 - uMMi & Pria Ganteng dan famili 2 - para pekojo Jabatan Sumber Manusia kilang den) mengucap an selamat maju jayo kek Puan Fadzilah. Dan jugak selamat menyambut hari lahir kek Cik Siti dengan ucapan semogo panjang umur dan dicopek an jodoh. Dah ado oghang ngusha aghi-aghi tu apo tak dilayan yoh.

Kehadiran majlis (selain yang dirai) - den, Boss, Haji L, Ain, Kak L, Azza, Zura, Bang Din dan Yani
 

Pertandingan memancing peringkat kilang den

Sabtu, 17 April telah berlangsung pertandingan memancing peringkat kilang yang dibuek kek Kolam Air Masin Semonyih (Semenyih). Pertandingan ini terbukak kepado pekojo kilang dan ahli keluarga. Banyak yang dapek ikan siakap. Den seporti biaso la, datang nengok yo. Bukan ghoti mancing nih. Tapi ado yo elok eh tak ghoti mancing nih kuk dah ketagih susah yo dibuek eh. Sampai ke tongah malam, tongah laut dan tongah apo yang buleh laie kemaghuk nak mancing. Maun muncung uMMi kek den. Ni ado la sikit gambar buek tatapan sumo.

Ni antagho ikan terawal yang ditangkap. Godang tak?


Aksi pemancing handalan. Ni cawangan kilang No.2

Anak comel 10kg++ ni pun ado. Elok yo duduk kek Nek Lah. Gambar kanan tu adalah pemancing wakil dari Jopun. Yang pakai cap hijau dapek gak ikan godang. Yang sonyum tu tak dapek apo.
Ikan ni den tengok orang tu ngahik. Sonang yo gayo eh. Tahun dopan den masuk pulak lah.

Den tak tahu keputusan ponoh eh. Tapi den tahu Samsudin dari Warehouse Plant 1 monang ikan eh boghek 4kg++. Dah la duo minggu lopeh monang main bowling minggu lopeh pulak monang mancing. Kigho eh kek kilang den nih dah tak do bulan April dah. Lopeh ni kito pakai namo bulan Samsudin pulak.

BIAA – HSE (BHSE) inaugural meeting

Bangi Industrial Administrative Association (BIAA) telah selamat membukak lagi satu sub-committeenya yang terbaru iaitu BIAA – Health, Safety & Environment yang disingkatkan dengan nama BHSE. Jadi eh, Encik Devan (Hitachi Electronic) telah memanggil satu meeting di antara pengamal HSE di dalam kelompok BIAA yang dilangsungkan di HEPM. Turut hadir adalah pengerusi BIAA – Encik Azman (Hosiden).
Yang datang meeting tu ado dalam nambleh (16) orang yang mewakili tigobleh syarikat yang bernaung di bawah BIAA. Sebona eh ado jugak syarikat yang tak antar wakil. Den ngan Haji Latib wakil untuk kilang den. Tapi den datang lambek sobab pagi tu poie training kek PERKESO Petaling Jaya. Kigho eh maso den masuk meeting tu, diorang dah separuh jalan dah sampai den pun tak tahu apo bondo sangat.

Apo yang pasti meeting ini adalah peringkat permulaan dan tak disobut sebagai meeting yang pertamo pon. Meeting yang pertamo-tamo akan berlangsung bulan dopan kek Denso pado 18 Mei. Tarikh yang samo untuk den cukup setahun kojo kek kilang den skang nih. Sebona eh, tahun lopeh den ado email kek Encik Azman (Pengerusi BIAA) tu pasal nak tubuhkan HSE committee peringkat BIAA ni tapi macam tak do feedback yang den harapkan. Jadi den pun diam yo la. Macam tajuk blog ni la kan. Sapo la den nih….

Bebudak kilang domam blog

Den memang dari dulu ado buek blog tapi dah lamo tak update. Tu pun yang den buek sebolum den masuk kojo kek kilang den skang nih. Domam blog kek kilang nih asal eh boss den yang bawak. Tu pon sobab dio kono buek blog ateh sobab tugasan subjek MIS untuk course MBA eh. Memulo tu den la tompek rujukan eh. Siap tanyo melalui telefon la sobab dio kek kilang no.1 dan den plak kek kilang no.2 tapi lopeh tu dio plak yang laie advance siap carik template untuk blog eh. Den dulu pakai template standard yoh.

Bebaru nih sorang laie kono jangkitan eh. Seporti yang den cakap kek entry sebolum nih, sorang engineer nih tongah bersemangat nak buek blog. Mulo eh pasal makanan buatan sendiri tapi kini dah melangkah lebih jauh untuk menjana pendapatan melalui blog. Osah hebat eh. Den pun tak peronah terpikir nak buek cam tu. Skang nih den ditugaskan untuk menerokai bidang ini.

Dalam diam-diam ado sorang laie sudah domam jugak. Best friend kek engineer tadik tu la. Tapi mamat yang sorang nih lebih bersifat penyayang ala-ala pencinta wanita gitu. Dio nak buek blog berasaskan penyatu paduan keluarga. Murni sungguh niat suci mamat nih. Sungguh den respek. Den dulu pun ada terpikir nak buek website/forum untuk famili uwan bolah omak den tapi bolum ado kesempatan laie.

Den nak tengok sapo laie pulak yang akan kono jangkitan ni. Nampak eh sumo yang kono nih kek kilang no.1 yo. Kilang no.2, internet eh limited. Setahu den ado duo orang yo ado access internet selain Jopun la. Dan jangan terkojut ado yang buek bisnes online lopeh nih. Hebat hebat.

Aktiviti kek kilang den

Dah duo kali Sabtu berlalu dalam bulan April nih dan dah duo kali kilang den menganjurkan aktiviti peringkat kilang. Sabtu pertamo tolah berlangsung eh pertandingan bowling peringkat kilang. Pertandingan ini anjuran oleh Kelab Sukan dan Rekreasi melalui oghang kuek eh, Fahmir. Den pun join jugak. Main kali ni kek Mines. Mulo dalam pukul 1 tongah hari sampai pukol limo gak eh. Ado duo sesi, den main sesi yang pertamo sampai pukol tigo (3) tapi sobab markah den terlalu rondah untuk keduo-duo game (77 & 77) den pun balik awal sobab dah tau tak kan monang punyo.


Sabtu yang baru-baru nih pulak telah dijadualkan majlis bergotong royong di kilang no.1. Walaupun den nih base kek kilang no.2 tapi boss den (yang berbaju putih) dan jugak boss Jopun kilang no.2 mengarahkan den untuk datang. Sebonar eh majlis ini atas dasar 'volunteer' sapo nak datang, datang. OT pun tak dibayar.

Pagi tu pulak dari pukol onam (6) pagi dah ujan kek Bangi nih. Jadi den pun datang la lambek skit sambil memboli nasik lomak dulu. Sampai yo kek kilang memang dah ramai orang lepak. Jopun-Jopun nih sumo lepak kek kantin. Den yang memang sememang eh nak makan poie la ke kantin. Kono togur dengan anak boss Jopun - 'You late 5 minutes ne!" Den jawab la "rain ne!" dan terus makan nasik lomak.

Ado sorang engineer mintak den tolong tunjuk caro buek blog. Jadi lepak la kek opis sambil update blog mamat tu. Mulo-mulo yo nak kono ajar lopeh tu pandai dah. Silap-silap lagi advance dari den lopeh nih. Yo la kan, engineer tu, mesti la otak power cam den gak. Hujan plak macam tak nak beronti. Jopun2 nih pun dah blah main golf agak eh. Kitorang pun turun dari opis dan ke kantin untuk makan jamuan yang telah disediakan.

Kesimpulan eh hujan telah menggagalkan aktiviti gotong royong kali ini. Nak tangguh Sabtu nih tak buleh sobab ado pertandingan memancing peringkat kilang. Jangan terkojut aaa, kilang den ado pertandingan memancing tu... Tahun nih buek kek Semonyeh (Semenyih) kek kolam air masin.

Kembali ke Opis selepas seminggu

Tu tajuk pendek. Kalau tajuk panjang - Kembali buek kojo kek opis dari pagi sampai potang selopeh seminggu. Bukan lah kilang den cuti lamo bona. Ompek (4) aghi yo cuti ghayo Cino aghi tu. Tapi aghi tu den MC sobab cabut gigi. Lopeh tu duo (2) aghi poie training kek MEF. Hujung minggu tak kojo. Jadi eh, baghu aghi ni la den masuk opis dan bekojo secagho ponoh (masuk pagi balik potang).

Sepoti mano kebiasaan oghang, masuk opis check email dulu. Lopeh tu baghu la congak nak buek apo. Pepagi dah dikojutkan ngan budak yang kono buang 10 aghi lopeh datang nak bagi sughat rayuan ngan nak jumpo Inose-san. Inose-san cakap tak nak jumpo. Jadi den mintak la guard escort budak tu keluar. Tapi ghupo eh jumpo jugak. Syukur tak do kejadian yang tak diingini berlaku.

Dokek tongah aghi, staff baghu den sampai. Sebona eh tak do la baghu mano cumo dio ni dipindahkan daghi MT1 (kilang no.1) ke MT2 (kilang no.2) Jadi skang nih den ado duo (2) pekojo kek opis tak termasuk receptionist ngan uniform coordinator. Cumo yang tak best eh aghi ni, Inose-san ngan Yoshinori-san mintak den kontrol pekojo bawak masuk hand phone ke dalam kawasan cleanroom (production). Den cakap, kalau pihak production sendighi tak kontrol, cemano plak HR nak kontrol. HOD jabatan memasing pun selambo yo bawak hand phone kek dalam siap tayang kek anak buah. Cemano la operator tak ngikut.

Potang skit, hujan plak. Den sungkup kepalo ngan plastik bosar, ghodah hujan. Nasib baik la tak loncun.