Selasa, Julai 27, 2010
|
By Joe Radzif
Ujung minggu aritu, kebotulan memang tak do aktiviti terancang. Lagi pun keto bukan eh ado nak poie berjalan. Fairlady Z tu tak dapek den nak bayar down payment eh. Jadi dok kek ghumah yo den pun kluar poie pasar boli la ikan kerapu, ikan kombung, sotong (bukan sedaro Paul), ayam ngan brokoli. Plan nak masak bakar-bakar yo. uMMi masak la ikan kerapu ngan sotong bakar peh tu ayam masak topung dan resipi yang lazat - brokoli masak topung. Osah sodap eh. Den plak nak buek cili makan ngan tempoyak tu dengan cili koghing. Kesudah eh sampai ke ari ni (Selasa) pun bolum yo elok 100% poghut den nih.
Menu of the day - Brokoli masak topung.
Khamis, Mei 27, 2010
|
By Joe Radzif
Hari ni, Khamis 27 Mei satu majlis pocah tanah kek kilang den sempono nak buek penambahan bangunan kek kilang nombor 2. Presiden dari Jopun, Watanabe-san datang untuk menjayakan majlis nih. Jadi dalam maso terdokek nih kilang den akan ado ‘construction’ kek area parking lot.
Kali ni den terlibat jugak la dalam majlis nih. Kiro eh meeting dengan contractor pun den join gak. Tapi den banyak handle dengan pihak kantin yang sediokan air, makan-makan dan juga barangan untuk ustaz yang nak buat ‘pagar’.
Majlis bermulo kek surau belakang dengan bacaan Yasin, solat hajat dan bacaan doa oleh ustaz-ustaz seramai ompek orang. Sementagho tu yang lain datang lepak kek foyer. Ustaz ni pakai campuran garam kasar dan lado hitam. Ditanam kek ompek penjuru dan ditabur di sepanjang perimeter eh. Maso ustaz ni tanam dan tabor tu, hampir semuo orang termasuk presiden, delegasi Jopun yang lain, MD, contractor yang berbangso Jopun, Cino dan India dan eksekutif rakyat tempatan pun berjalan bersamo-samo ustaz. Tapi yang pasti ustaz ni berjalan dengan amat laju seperti mengikut cara Rasulullah berjalan.
Ustaz-ustaz tongah tabur campuran garam kasar dan lado hitam. Lopeh tu setiap penjuru eh ditanam kek dalam lubang.
Selosai majlis ustaz tu, upacaro ‘Kuwaire’ pulak. Kiro eh macam pocah tanah la nih. Bonggol tanah dipocah oleh orang tertontu. Lopeh tu presiden buat ucapan. Kemudian MD pulak berucap untuk majlis ‘Kampai’ pulak. Kampai ni kiro eh dalam bahaso omputih eh ‘toast’ atau bebudak Cino cakap ‘Yam Seng’. Pogang air dalam cawan, angkek ke udara dan jorit ‘KAMPAI’ kuek-kuek. Biaso eh diorang nih pakai arak atau ‘sake’ (arak Jopun) tapi kek sini diorang ni tau hormat jadi diorang pakai jus oren cap Tropicana.
Ni la ghupo eh majlis pocah tanah. Acaro 'Kampai' tak sompek nak amik gambar.
Jumaat, April 30, 2010
|
By Joe Radzif
Tadi sebolum semayang Jumaat, telah berlangsung satu majlis simple di Anje Beriani Gam Johor di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Tujuan eh adalah berlaku duo pekagho.
1. Majlis perpisahan Puan Fadzilah (Kerani Jabatan Sumber Manusia) yang akan menamatkan perkhidmatannya di kilang nih dan bekojo kek tompek lain. Last day eh Selasa minggu dopan.
2. Sambutan hari lahir Cik Siti (Receptionist tersohor kilang No.1) yang menyambut kelahiran eh yang ke-3x hari ini.
Den mewakili famili-famili den, (famili 1 - uMMi & Pria Ganteng dan famili 2 - para pekojo Jabatan Sumber Manusia kilang den) mengucap an selamat maju jayo kek Puan Fadzilah. Dan jugak selamat menyambut hari lahir kek Cik Siti dengan ucapan semogo panjang umur dan dicopek an jodoh. Dah ado oghang ngusha aghi-aghi tu apo tak dilayan yoh.
Kehadiran majlis (selain yang dirai) - den, Boss, Haji L, Ain, Kak L, Azza, Zura, Bang Din dan Yani
Selasa, April 13, 2010
|
By Joe Radzif
Dah duo kali Sabtu berlalu dalam bulan April nih dan dah duo kali kilang den menganjurkan aktiviti peringkat kilang. Sabtu pertamo tolah berlangsung eh pertandingan bowling peringkat kilang. Pertandingan ini anjuran oleh Kelab Sukan dan Rekreasi melalui oghang kuek eh, Fahmir. Den pun join jugak. Main kali ni kek Mines. Mulo dalam pukul 1 tongah hari sampai pukol limo gak eh. Ado duo sesi, den main sesi yang pertamo sampai pukol tigo (3) tapi sobab markah den terlalu rondah untuk keduo-duo game (77 & 77) den pun balik awal sobab dah tau tak kan monang punyo.
Sabtu yang baru-baru nih pulak telah dijadualkan majlis bergotong royong di kilang no.1. Walaupun den nih base kek kilang no.2 tapi boss den (yang berbaju putih) dan jugak boss Jopun kilang no.2 mengarahkan den untuk datang. Sebonar eh majlis ini atas dasar 'volunteer' sapo nak datang, datang. OT pun tak dibayar.
Pagi tu pulak dari pukol onam (6) pagi dah ujan kek Bangi nih. Jadi den pun datang la lambek skit sambil memboli nasik lomak dulu. Sampai yo kek kilang memang dah ramai orang lepak. Jopun-Jopun nih sumo lepak kek kantin. Den yang memang sememang eh nak makan poie la ke kantin. Kono togur dengan anak boss Jopun - 'You late 5 minutes ne!" Den jawab la "rain ne!" dan terus makan nasik lomak.
Ado sorang engineer mintak den tolong tunjuk caro buek blog. Jadi lepak la kek opis sambil update blog mamat tu. Mulo-mulo yo nak kono ajar lopeh tu pandai dah. Silap-silap lagi advance dari den lopeh nih. Yo la kan, engineer tu, mesti la otak power cam den gak. Hujan plak macam tak nak beronti. Jopun2 nih pun dah blah main golf agak eh. Kitorang pun turun dari opis dan ke kantin untuk makan jamuan yang telah disediakan.
Kesimpulan eh hujan telah menggagalkan aktiviti gotong royong kali ini. Nak tangguh Sabtu nih tak buleh sobab ado pertandingan memancing peringkat kilang. Jangan terkojut aaa, kilang den ado pertandingan memancing tu... Tahun nih buek kek Semonyeh (Semenyih) kek kolam air masin.