Hatyai Trip 25-28 Februari 2010

Rombongan nih adalah anjuran kilang den. Kali nih den bawak uMMi ikut poie tapi Pria Ganteng kono tinggal dok ngan Opah. Kalau den tak bawak uMMi, den ghaso den pun tak nak poie.

Khamis, 25/02
Berkumpul kek MT1, osah ghamai eh oghang. Bebudak yang poie pun sumo dah dressing dah. Padahal naik bas kaghang nak tido yo.

Jumaat, 26/02
Pukol 12.00 tongah malam, sumo bas begoghak. Ado semilan (9) bas sumo eh. Bas Persiaran milik Pearl Holiday. Drebar eh duo (2) oghang - Vellu & sapo tah tak ingat. Tour Guide eh amoi namo eh Wai-Wai. Kelakar amoi ni dio suko cakap "Ibu-ibu, bapak-bapak, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, saudara dan saudari."

Sampai kek Rawang beghonti sekali dan lopeh tu den toghuih tido sampai la time nak subuh kek RNR Gurun. Maso nak solat subuh tu imam tu tanyo, "Kita buat sujud sejadah no." Punyo la panjang surah yang dio baco sampai time baco doa tu ado oghang yang tongah tunggu tu sound - "Orang lain pun nak semayang jugak. Ada beribu lagi orang tunggu." Lopeh tu toghuih ke CTC Changlung makan nasik lomak.

Dalam pukul 9 tu ado la kek sempadan. Maso kek Imigresen Malaysia, takdo masalah main cop yoh. Lopeh dah shopping kek Free Trade Zone Bukit Kayu Hitam tu la bermulo eh masalah. Bas nak keluar parking ke jalan pun amik maso sejam! Lopeh tu dari keluar parking nak ke Sadao (pintu masuk Thailand) amik lagi sejam lobih. Nasib baik la kek imigresen Thailand tak lamo - dah bayar duit under table ghupo eh. Hampeh sungguh! Kali ini bas dapek Tour Guide Thailand plak. Patut eh dapek yang bulih cakap BM tapi budak tu datang plak so anak tokey (Cino Thailand) yang ganti. Yang tak best eh dio nih (Ah-Him) tak buleh cakap BM dan bas kitoghang tak dapek banyak info pasal Hatyai.

Memandangkan maso dah terlambek. Agenda amik gambar dibatalkan. Buek ponek yo pakai baju yang diorang dah sediokan. Dah la sompit. Toghuih poie makan tongahari (pukul 2 lobih) kek area Hatyai. Semejo duduk lapan (8) oghang tapi lauk eh buleh makan sepuluh (10) oghang. Memang pueh la makan. Sampai ke malam konyang eh. Kemudian dibawak ke kodai jual kacang2. Ado la boli kacang gajus ngan kerepek durian skit. Dan kemudian eh ke Nora Plaza yang ado jual barangan kulit yang mahal. Tak poie pun tak po.

Kemudian barulah dibawak check in ke Asian Hotel. Den ngan uMMi memang dah lotih. Mandi2, solat terus tertido sampai ke tongah malam. Dah maleh nak bangun dah, toghuih sambung tido sampai esok eh. Polik oghang lain caghik kitorang tak jumpo.

Sabtu, 27/02
Sarapan di hotel. Banyak gak juadah tapi den tak yakin nak makan. So den makan roti bakar ngan air kupi yo dan jugak sedikit salad. Sompek la gi pusing kek pasar tengok udang galah bosar. Tapi tak do boli apo-apo. Kek Thailand ni kodai yang paling banyak adalah - 7-Eleven. Den poie kek situ dan boli air Nescafe Expresso yang ado cop Halal Thailand yang tak do kek Malaysia ni dengan rogo 12 Bath. Manih! Laie manih daghi air nescafe kek Malaysia.

Agenda pertamo adalah amik gambar beramai-ramai kek apo tah namo tompek tu. Dan lopeh tu poie ke Pantai Songkhla yang konon eh ado lagenda ikan duyung. Pantai eh skit yo. Ado la patung ikan duyung. Apo yang best pun den tak tahu. Maso den dok Paka, Terengganu laie banyak pantai yang lawa-lawa. Bergando-gando lawa eh daghi pantai Songkhla tu. Jadi pado den itu adalah lawatan yang tak membawa apo-apo makno melainkan bebudak nih amik gambar kek patung tu yoh.

Tapi lopeh tu kitoghang dibawak ke satu pasar ni (ala-ala Pasar Payang kek Kuala Terengganu). Kek sini Wai-Wai cakap ado kodai jual Gucci, Prada dan memacam brand yang hebat tapi tiruan. Walaupun uMMi tak berminat nak boli handbag tapi kitoghang round jugak la caghik. Tapi tak jumpo pon. Yang jumpo adalah kodai jual Warcoal!!! Pueh hati uMMi shopping Warcoal. Dengan modal dalam RM120 buleh dapek tigo (3) bra dan mpek (4) panties. Warcoal original yo bukan tiruan. Ado duo (2) kodai yo kek situ yang jual.

Nota kaki: Sebonar eh kodai-kodai kek situ memang ado jual barang-barang tiruan tu tapi diorang suruk. Kalau nak kono poie kek kodai berkenaan dan mintak diorang keluarkan dari persembunyian eh. Ini bak kato bos den yang memang nak boli handbag tu.
Balik dari pasar tu bas tak antar jadi kono naik tuk-tuk dengan kadar bayaran 20 Bath. Padahal dokek yo antagho pasar tu dengan hotel tapi tak terdayo nak bejalan doh. So poie plak carik kodai makan halal - ado duo (2) kodai yang dokek dengan hotel. Satu namo eh Restoren Hamid (mulo eh den ingat kodai mamak) satu laie Restoren Salma. Den ngan uMMi makan kek Salma. Makan nasik goreng ngan air teh duo (2) oghang makan kono dalam 155 Bath.

Pukul 5.00 potang (4.00 waktu Thailand) kitorang naik bas ke satu kampung yang ado 'Pasar Terapung' di mano oghang jual makanan di dalam perahu. Kali ni tak sumo oghang poie sobab nak poie kono bayar 200 Bath padahal naik bas Pearl Holiday gak tu. Yang ini den kurang setuju. Sobab Pasar Terapung ni amat menarik dan lagi best dari poie tengok patung ikan duyung kek Songkhla tu. Tapi tak termasuk dalam rancangan. Macam-macam makanan dijual dengan harga 20 Bath. Memang pueh hati tapi memang dah bajet nak belanjo 120 Bath sahajo. Ado la makan nasik kerabu ayam, otak-otak goreng, udang topung dan beberapo makanan yang lain.

Malam eh, mulo la acara yang tertangguh semalam - berjalan tengok baghang kek pasar malam sambil pikir nak boli hadiah nak bagi kek opis. Sebonar eh ado banyak pasar malam kek keliling Hatyai ni tapi memandangkan dah lotih dan uMMi pun dah sakit-sakit kaki, jadi pusing kek area hotel tu yo lah. Tengok t-shirt nak boli tapi tak berkonan. Tengok rogo pun mahal. (Nak kono rajin tawar baru buleh dapek murah) Awak plak maleh nak menawar. Kalau ado yang bekonan, mintak kurang skit kalau dapek toghuih boli. Boli la kotam gogheng ngan udang galah gogheng. Peh tu boli la key chain sebanyak-banyak eh. Dan siap balik hotel dan tido.

Ahad, 28/02
Morning call agak awal, pukul 6 pagi. Subuh pun tak masuk laie. Turun sarapan den ngan uMMi terus potong barisan sobab nak makan ruti yo. Check-out pukul 8.00. Tapi bas tak jalan-jalan sobab pihak hotel tengah buat checking. Ghupo eh ghamai yo yang meghembat towel. Kemudian terus goghak ko Sadao. Bolah balik nih ikut bas memasing. Ado bas yang singgah kek Duty Free laie sekali. Maso kek imigresen Thailand tak do masalah, imigresen Malaysia tak do masalah, kastam Malaysia pun tak do masalah (tak check langsung beg) dan kek PPH pun tak do masalah. Jadi perjalanan yang lancar sampai la ke Bangi. Tapi yang jadi masalah eh kek kilang, bateri keto pulak kong. Terpakso la bertulak nak idupkan injin. Sian uMMi yang dah tak sabar nak jumpo Pria ganteng. Kek umah den tak do off enjin. Kunci pintu pagar dan biar yo injin hidup.


Welcome to Thailand




Nora Plaza tompek jual barangan kulit yang mahal


Salah satu shopping complex kek area Hotel Asian




Map Hatyai - free kek lobi hotel


Ni bebudak satu bas - Bas No.5 kecuali budak lelaki baju bolang hijau yang berhidung bolang




Pantai Songkhla yang ada lagenda ikan duyung. 




Kodai yang jual Warcoal tu kek bolah kiri bawah sekali yoh.


Tuk-tuk 20 Bath untuk kemano-mano asalkan dalam Hatyai.




Bilik hotel yang seleso dan ado bath tub. (Lupo nak amik gambar)




Nasik ayam kerabu.


Air limau cap Coca-Cola. Gelas buleh bawak balik samo macam McD.


Floating Market




Udang Galah gogheng. Gambar kotam lupo nak amik.

3 Responses
  1. mekchu Says:

    seronot ye.. kesian pria ganteng kat umah..


  2. C.e.T.o.T Says:

    mandi berdua2 la tu dalam bath tub? hahahahaha.. bagos2.. sekali sekala kena berdua untuk feel the love more depth.


  3. Joe Radzif Says:

    akoo tau ko selalu buat macam nih kan?