Caro-caro nak buek resume yang baik

Resume yang baik adalah asas dan kunci kepado kejayaan seseorang untuk dapek kojo. Walaupun sebagus mano kelayakan atau pengalaman yang ekao ado tapi kalau resume tak baik, tak longkap dan tak menarik tak dapek jugak nak bagi tukang baco/tapis resume tu untuk pandang. Dan kalau resume ekao tak dipandang oleh tukang tu, cemano dio nak baco dan perasan tontang kehebatan ekao tu.

Resume yang baik tak semesti eh mesti lotak semuo perkaro kek dalam tu, tak semesti eh banyak kaler-kaler, gambar-gambar, grafik atau table yang bersinar-sinar. (Lainlah kalau dalam bidang multimedia, graphic designer atau yang pekerjaan yang fancy-fancy nih) Resume yang baik mesti ringkas, padat, longkap dan sonang untuk mencari detail yang diperlukan. Ringkas tu biaso eh orang cakap jangan lobih dari 2 muko surat. Sonang nak carik detail tu maksud eh setiap detail tu ado kepalo tajuk eh dan disusun dalam bentuk yang tersusun.

Perkaro-perkaro yang perlu ado dalam resume. (ikut turutan)

1. Personal detail. (tak perlu terlalu detail)
- Namo, Alamat (totap/surat menyurat), No. IC, No. Tel, e-mail
- Gambar – ni optional. Buleh lotak atau tak. Kalau tak mintak, tak yah lotak
- Tak yah lotak terlalu detail macam tinggi, boghek, warna kegomaran, hobi, warno mato dan lain-lain melainkan kalau dimintak

2. Career objective (cth: Seeking a full time employment as a professional singer)

3. Strength and weakness (biaso orang tak tulis pun weakness ni tapi biaso ditanyo dalam interview).
- An independent, creative can work at minimum supervision
- Hard worker, fast leaner and team player.

4. Education background and professional certificate (tak yah detail sangat)
- nyatakan cert (SPM/Dip/Deg/Master/Professional Cert), tahun grad, jurusan dan institusi

5. Working experience (susun dari latest sampai yang terdahulu)
- perlu disobut tempoh kojo dari bilo sampai bilo, jawatan, namo kompeni dan alasan kenapo beronti
- untuk kojo yang terkini – kono tulih gaji
- perlu dihuraikan tentang kojo yang ekao buek. Cth: managed a cost saving project on electricity consumption. Supervised bla-bla-bla. Coordinated bla-bla-bla.
- report to who dan berapo ramai subordinate
- Then tambah skit kalau ado involvement dalam komiti-komiti yang luar dari kojo macam – Welfare committee chairman and an active member of grand annual dinner committee.

6. Related training
- kono nyatokan namo training, bilo, institusi atau trainer

7. Computer skill / other skill
- bagi tau la software apo yang ekao mahir, Office ko, Lotus ko, Internet Explorer kompem ekao pandai kan
- Untuk jawatan relate dengan IT - bondo nih kono tulih sebolum working experience dan dalam working experience kono sobut setiap major program, software, system atau server yang kito guno/mahir.

8. Language

9. Extra curricular
- yang nih tambahan-tambahan yang relate dengan kojo la
- cth macam boleh bawak forklift ko, ada buat part time auditor kat luar ko
- sebarang penglibatan positif diluar kerja pun buleh

10. Additional Info
- Willing to travel tak
- bilo available
- expected salary (yang ni wajib tulih - dan tak kisah kalau nak tulih kat atas sekali pun)

11. Reference (lotak 2 cukup dan kalau buleh immediate superior. elakkan lotak namo lecturer lagi kalau dah 3-4 tahun abih belajar)

Do and Don't
- Kalau send by email - convert la file document dalam bontuk pdf.
- elakkan buat terlalu fancy
- guno font yang agak bosar dan sonang nak baco
- seragamkan table untuk semuo table
- kalau banyak muko surat - lotak nombor muko surat
- buek la header n footer skit tapi simple sudah
- kepada fresh graduate - tak payah lotak la kalau setakat jadisub komiti maso sekolah darjah 6 atau tingkatan-tingkatan. kalau botul ekao seorang yang aktif - lotak 2-3 komiti atau kelab atau persatuan yang strong dan menunjukkan kredibiliti ekao sebagai sorang yang responsible dan accountable.
0 Responses