Aktiviti kek kilang den

Dah duo kali Sabtu berlalu dalam bulan April nih dan dah duo kali kilang den menganjurkan aktiviti peringkat kilang. Sabtu pertamo tolah berlangsung eh pertandingan bowling peringkat kilang. Pertandingan ini anjuran oleh Kelab Sukan dan Rekreasi melalui oghang kuek eh, Fahmir. Den pun join jugak. Main kali ni kek Mines. Mulo dalam pukul 1 tongah hari sampai pukol limo gak eh. Ado duo sesi, den main sesi yang pertamo sampai pukol tigo (3) tapi sobab markah den terlalu rondah untuk keduo-duo game (77 & 77) den pun balik awal sobab dah tau tak kan monang punyo.


Sabtu yang baru-baru nih pulak telah dijadualkan majlis bergotong royong di kilang no.1. Walaupun den nih base kek kilang no.2 tapi boss den (yang berbaju putih) dan jugak boss Jopun kilang no.2 mengarahkan den untuk datang. Sebonar eh majlis ini atas dasar 'volunteer' sapo nak datang, datang. OT pun tak dibayar.

Pagi tu pulak dari pukol onam (6) pagi dah ujan kek Bangi nih. Jadi den pun datang la lambek skit sambil memboli nasik lomak dulu. Sampai yo kek kilang memang dah ramai orang lepak. Jopun-Jopun nih sumo lepak kek kantin. Den yang memang sememang eh nak makan poie la ke kantin. Kono togur dengan anak boss Jopun - 'You late 5 minutes ne!" Den jawab la "rain ne!" dan terus makan nasik lomak.

Ado sorang engineer mintak den tolong tunjuk caro buek blog. Jadi lepak la kek opis sambil update blog mamat tu. Mulo-mulo yo nak kono ajar lopeh tu pandai dah. Silap-silap lagi advance dari den lopeh nih. Yo la kan, engineer tu, mesti la otak power cam den gak. Hujan plak macam tak nak beronti. Jopun2 nih pun dah blah main golf agak eh. Kitorang pun turun dari opis dan ke kantin untuk makan jamuan yang telah disediakan.

Kesimpulan eh hujan telah menggagalkan aktiviti gotong royong kali ini. Nak tangguh Sabtu nih tak buleh sobab ado pertandingan memancing peringkat kilang. Jangan terkojut aaa, kilang den ado pertandingan memancing tu... Tahun nih buek kek Semonyeh (Semenyih) kek kolam air masin.
0 Responses