Majlis pocah tanah kek kilang den

Hari ni, Khamis 27 Mei satu majlis pocah tanah kek kilang den sempono nak buek penambahan bangunan kek kilang nombor 2. Presiden dari Jopun, Watanabe-san datang untuk menjayakan majlis nih. Jadi dalam maso terdokek nih kilang den akan ado ‘construction’ kek area parking lot.

Kali ni den terlibat jugak la dalam majlis nih. Kiro eh meeting dengan contractor pun den join gak. Tapi den banyak handle dengan pihak kantin yang sediokan air, makan-makan dan juga barangan untuk ustaz yang nak buat ‘pagar’.

Majlis bermulo kek surau belakang dengan bacaan Yasin, solat hajat dan bacaan doa oleh ustaz-ustaz seramai ompek orang. Sementagho tu yang lain datang lepak kek foyer. Ustaz ni pakai campuran garam kasar dan lado hitam. Ditanam kek ompek penjuru dan ditabur di sepanjang perimeter eh. Maso ustaz ni tanam dan tabor tu, hampir semuo orang termasuk presiden, delegasi Jopun yang lain, MD, contractor yang berbangso Jopun, Cino dan India dan eksekutif rakyat tempatan pun berjalan bersamo-samo ustaz. Tapi yang pasti ustaz ni berjalan dengan amat laju seperti mengikut cara Rasulullah berjalan.

Ustaz-ustaz tongah tabur campuran garam kasar dan lado hitam. Lopeh tu setiap penjuru eh ditanam kek dalam lubang.

Selosai majlis ustaz tu, upacaro ‘Kuwaire’ pulak. Kiro eh macam pocah tanah la nih. Bonggol tanah dipocah oleh orang tertontu. Lopeh tu presiden buat ucapan. Kemudian MD pulak berucap untuk majlis ‘Kampai’ pulak. Kampai ni kiro eh dalam bahaso omputih eh ‘toast’ atau bebudak Cino cakap ‘Yam Seng’. Pogang air dalam cawan, angkek ke udara dan jorit ‘KAMPAI’ kuek-kuek. Biaso eh diorang nih pakai arak atau ‘sake’ (arak Jopun) tapi kek sini diorang ni tau hormat jadi diorang pakai jus oren cap Tropicana.

Ni la ghupo eh majlis pocah tanah. Acaro 'Kampai' tak sompek nak amik gambar.
3 Responses
  1. Yusri Says:

    pehhh belum sampai 3 jam berlangsung acara dah keluar dlm blog...uncle joe ni mmg up 2 date la hehe


  2. Ringgo Says:

    uncle joe.. macam mano pulak jopun ni buleh amik ustaz ni buek pagar2 neh .. jopun ni kona ko ustaz2 neh..


  3. Joe Radzif Says:

    Yusri, dah dari pagi kena set menda nih, akoo dah malas nak bekerja semalam. jepun pun mengular lama sangat tu yang sempat nak update blog. ha ha ha

    bro, Jepun nih mintak local Malayu untuk handle...