Setahun sudah berlalu….

….Februari Mei muncul kembali dengan kehangatan semalam….

Begitulah lirik lagu nyanyian Alleycats yang kemudian eh dinyanyikan balik oleh orang kampung den (kunun-kunun eh) – Hattan.

Sebona eh nak bagi tau, ari nih, tarikh ini, 18 Mei setahun lopeh adalah haghi pertamo den kojo kek kilang den skarang. Kigho eh dah setahun la den bekojo kek sini. Dan aghi ni kigho eh dah masuk tahun yang keduo kek sini. Sekojap yo ghaso eh dan setahun. Untuk rekod, kojo den kek sini lagi lamo berbanding maso kojo kek Paka yang hanyo bertahan selamo semilan (9) bulan sahajo.

Tapi eh, den kek kilang no. 2 nih bolum cukup setahun laie sobab den mulo kek sini dulu pado 15 Jun 2009. Macam-macam perkaro terjadi sepanjang setahun kek sini. Mulo-mulo dulu orang tak suko tapi skang pun masih orang tak suko. Yo la kan, sapo plak yang suko kono ganggu kebebasan eh. Dulu sonang-sonang nak keluar poie bank skarang dah kono pantau. Kalau dulu nak cuti tanpa gaji panjang-panjang skarang kono buek surat pulak dulu.

Sumo tu den anggap sebagai satu cabaran dan dugaan. Bak kato boss den, bukan sonang nak pueh kan hati semuo orang. Ado maso eh perkagho yang kito tak suko dan tak pueh hati pun kito kono buek jugak ateh namo arahan boss dan ateh sobab kojo makan gaji. Kalau kojo sendiri lain ceghito. Nak buek, buek. Tak nak buek, tak yah buek. Nak kojo, kojo. Tak nak kojo, tak yah kojo. Ujung bulan orang makan nasik, kito makan pasir la jawab eh. Ulek dalam batu buleh hidup. Tu ulek. Cubo kau duduk dalam batu tu den nak tengok. Biaso eh orang duduk kek batu nih dah poie mengadap Ilahi dah.

Sempono ari nih, den nak ucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada keluarga, abah, omak, uwan, uMMi, Pria Ganteng dan adik-beradik yang lain, rakan sejabatan, boss, haji L, Ain, Kak L, Zura, Rizal, Azza, Yani, Kak Y, Kak I, Siti, Mai dan rakan sepejabat di kilang 2, dan semuo rakan sekilang yang lain dan jugak orang yang tak suko kek den nih. Mogo2 kito sumo maju jayo dan dilimpahi kurnia Allah hendak-Nyo.
4 Responses
  1. Tukar Tiub Says:

    terima kaseh kerana
    meletakkan logo
    anti nuklear

    marilah kita sama sama
    berusaha membuat kebaikan
    dan menentang yang batil

    cheers
    isham


  2. Joe Radzif Says:

    tak de masalah bro....


  3. Tanpa Nama Says:

    Tahniah ... seronok gak baca info kat blog ni


    hasan abrar..


  4. Joe Radzif Says:

    Terima kasih Chegu Hasan
    masih segar diingatan kena tampar dengan chegu dulu
    he he he