101 Impian Den

Berikut adalah impian den...

Diri Sendiri
1. Ado perniagaan sendiri. Den jadi toke.
2. Boli ghumah semi-D kek Putrajaya
3. Full modified kereto Perdana V6 den
4. Longkapkan kelongkapan ghumah dengan perabot terbaik
5. Longkapkan kelongkapan ghumah dengan peralatan eleltrik yang terbaik
6. Bukak kodai makan
7. Website den dapek hit sampai 10 juta
8. Website den generate income dengan iklan
9. Meniago secara online dan generate RM250k
10. Kodai makan den dapek income RM1 juta
11. Ado koleksi kereto Proton Satria GTi (full modified)
12. Ado koleksi kereto Proton Putra (full modified)
13. Den ado basikal moutain bike dengan full modified parts
14. Den ado basikal road bike paling hebat
15. Den ado basikal lipat paling mahal - carbon
16. Upgrade ke kereto Mitsubishi Evolution
17. Den ado team racing kereto - main drag / SNF
18. Den bukak kopitiam dengan berkonsepkan Liverpool
19. Den dapek compete dalam racing kereto
20. Den compete dalam rally
21. Den gi tengok World Cup - Bola
22. Den dapat gi tengok World Cup - Rugby
23. Bukak rangkaian restoren di Lembah Klang
24. Den masuk jamboree mtb yang berprestij di Malaysia
25. BMI dalam perfect
26. Fitness dan stamina terbaik
27. Ada set gym kek ghumah
28. Banyak maso dengan famili dari maso dengan kojo
29. Poi umrah tetiap tahun
30. Poi Haji
31. Pakai kereto Porsche Carerra Turbo
32. Boli Porsche 959 - RARE! - Collective item
33. Melancong setiap bulan
34. Berzakat dengan semaksimum yang buleh

Famili

Parents
35. Renovate ghumah pusako omak den
36. Renovate kodai kopi omak den tu
37. Hantar diorang ni poi haji
38. Pastikan diorang dapat medical check up setiap tahun
39. Sentiasa diorang dapat rawatan di pusat rawatan terbaik
40. Bolikan abah den kereto apo yang dio nak

Uwan
41. Den jago uwan den kek ghumah den
42. Ado private nurse serve uwan den all the time
43. Rawatan dan check up di pusat rawatan terbaik

Wife
44. Setup dio jadi wanita paling hot dalam dunio
45. Bolikan kereto beetle atau Mini Cooper. Kalau duo-duo dio nak pun buleh
46. Wardrobe khas
47. Rumah dengan complete spa dan what so ever.
48. Poi haji dengan den
49. Umrah setiap tahun dengan den
50. Medical check up - pastikan sentiaso sihat
51. Hantar dio poi kojo dan jomput balik korjo
52. Bawak dio poie shopping kek mano-mano dio nak
53. Setupkan kodai bisnes untuk dio
54. Sayang dio hari hari

Anak-anak
55. Semuo cukup kasih sayang
56. Pendidikan terbaik
57. Suasana kehidupan lengkap untuk pembesaran sempurna
58. Pakaian longkap
59. Cukup makanan dan zat untuk membosar
60. Sihat sentiaso
61. Persikataran kehidupan yang selamat dan sihat
62. Didik dengan agamo Islam dengan selongkap eh
63. Den yang ajar diorang mengaji
64. Ado playground kek ghumah
65. Sumo ado bilik sorang satu
66. Ado kolam ghonang kek ghumah untuk bebudak nih

Adik-adik
67. Support study diorang sampai abis
68. Support bisnes diorang kalau diorang nak buek bisnes
69. Sponsor majlis perkahwinan diorang
70. Support mano-mano yang nak penambah nilai kehidupan diorang

Mak mertuo
71. Pastikan kesihatan dio dalam keadaan terbaik
72. Renovate ghumah eh
73. Bagi dio sumber pendapatan kek kampung eh
74. Antar dio poi haji jugak
75. Bawak dio melancong

Adik beradik ipar
76. Support kerjaya diorang
77. Support kalau diorang nak berubah dan menambah nilai

Keagamaan dan kerohanian
78. Menderma secara konsisten kepada masjid, surau dan seangkatan dengan nya
79. Membuat Masjid (beberapa masjid)
80. Membantu saudara baru dari segi kewangan dan mendalami ilmu
81. Menambah baik mano-mano surau kek shopping kompleks
82. Sponsor majlis ilmu kek masjid surau
83. Sponsor orang berbuko puaso
84. Bukak + maintain ghumah anak yatim
85. Derma secara konsisten kepada Majlis Agama Islam
86. Sponsor sekolah tahfiz, madrasah dan sekolah pondok
87. Buat surau kat taman perumahan
88. Buat program solat ke masjid
89. Program jom solat
90. Qurban setiap tahun - meningkat dari seekor ke seekor setiap tahun

Masyarakat
91. Sponsor rukun tetangga
92. Support program silaturahim kek taman
93. Support program membersihkan taman
94. Sponsor pasukan amal makruf nahi mungkar
95. Tubuhkan pasukan pemantau dan bertindak membantu jiran yang bermasalah
96. Van jenazah untuk kariah
97. Sponsor pasukan berbasikal
98. Sponsor jamboree mtb
99. Sponsor kegiatan sekolah
100. Berikan add on value kepada setiap penduduk dengan perniagaan den yang terbaik dari qualitinya

101. Konsisten dan istiqamah dengan semua yang di atas dan menambahkan setiap value yang ada dari masa ke semasa

Amin Ya. Allah! Akoo janji sedaya upaya untuk bertanggung jawab dengan setiap kurniaan-Mu. InsyaAllah.

Sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Dalam musibah yang melando nih, den berpogang dengan ayat 4 & 5 dari Surah al-Insyirah seporti mano artikel yang den copy dari blog Greenboc (http://greenboc.blogspot.com/)

Percayalah pada janji Allah. Sekalipun di saat kita diamuk gundah-gulana.

Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al-Insyirah: 5-6).

Tentu ayat di atas sudah tak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang hati kita masih saja lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul.

Percayalah...
“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”
‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."

Yakinlah saudaraku...
Bahawa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di ujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ya? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabb tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal.

Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.

Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syair,

Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.
Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.
Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.
Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolonganNya.

- Deasy Lyna Tsuraya (republika)


Wak Jesse James - Gone in 60 Seconds...

Akhirnya, beberapa hari sebelum genapnya setahun akoo menghantar Wak Jesse James (WJJ608) ke tembok dan ke longkang (24/06/2010), WJJ telah meninggalkan akoo pada 19/06/2011. Kira-kira sebulan lagi sebelum genap 4 tahun akoo bersama WJJ walaupun pernah 4 bulan berpisah lantaran WJJ dimasukkan ke wad kecemasan dan juga menjalani fisioterapi. 

Masa tu, hari Ahad dalam pukul 3 petang. Akoo keluar seorang gi minum. Ummi ngan Pria Ganteng (PG) tidur. Ummi kurang sihat jadi akoo tak nak kejutkan dia. Akoo minum kat Old Timer Cafe sensorang. Minum ice blended yang sehari sebelumnya memang akoo dah teringin nak minum. So lepak je la sensorang sambil baca paper. Dah dekat nak masuk Asar akoo pun balik. Cadangnya nak lalu kat Tasik Permata. Kalau-kalau ada orang jual layang-layang nak beli boleh layan dengan uMMi dan PG. Tapi akoo gi pusing kat belah lain plak. 

Sampai kat umah dalam 4.50 tu akoo naik solat jap. Turun balik, akoo pun bawak PG kuar. Memang tak de niat nak naik WJJ pun walaupun akoo memang parking kat luar pagar. Akoo bawak PG jalan kaki pusing-pusing sampai ke taman. Tapi ada sekali tu akoo mandang ke arah rumah akoo dari jauh. Ada nampak macam kereta Wira kaler biru park depan umah. Tapi akoo tak de suspek ape-ape. Akoo terus bawak PG sampai ke taman layan dia main kuda, gelongsor, buaian tanpa terdetik sebarang perasaan yang lain macam.

Bila dah nak gelap skit, akoo pun pujuk la PG untuk balik sambil lalu kat depan nursery dia. Macam biasa la ayat PG - "tak nak yah" (tak nak gi sekolah). Then masa akoo dah masuk lorong rumah akoo, akoo perati ke arah rumah akoo tak nampak dah WJJ kat belakang kereta Meon yang akoo pinjam sejak dari bulan Januari aritu. Akoo baru je terpikir nak bawak masuk kereta Meon ke laman rumah. Rupanya tu la petanda yang memang akoo akan bawak masuk ke laman sebab WJJ dah tak lepak kat situ lagi dah. 

Sampai rumah akoo tengok kunci WJJ masih ada kat almari. Sah! Memang dah kena bawak lari. Akoo pun bagi tau kat uMMi dan start calling sesapa yang patut yang duduk kat area rumah akoo untuk bawak akoo gi balai. Acab tak free. Sudin tak de kenderaan. So Jimmy yang available. Dia la antar ke Balai Polis Bandar Baru Bangi. Lepas buat report, Polis Bangi suruh gi Balai Kajang jumpa dengan Pegawai Penyiasat. Memandangkan dah nak Maghrib masa tu, akoo mintak Jimmy antar akoo balik dan akoo mintak Sudin yang hantar plak. So lepas Maghrib Sudin datang ke rumah.

Akoo singgah kilang jap amik salinan IC, lesen ngan geran. Gi kat Pegawai Penyiasat (IO), soalannya suma dah ada template so dia key-in je. Pastu print. Dah settle. Dia suruh gi amik salinan report kat Balai BBB. Akoo pun terus ke sana. Rupanya, salinan buleh amik time office hour je. Terus ke Seksyen 4, minum sambil makan malam. Akoo tak lalu makan masa tu. Tapi bukan sebab sedih ke ape. Sebab rojak yang akoo order tu tak sedap. Ali (PMC) call akoo. Dia cakap - "ai? lepak minum?! tak gi operasi carik ke?" Memang akoo tak gi carik pun. Sebab setahu akoo, percentage kejayaan operasi mencari setakat yang akoo tahu adalah - kosong. So akoo rasa baik akoo tidur awal untuk gi kerja esok. 

Sampai kat rumah, akoo bawak keluar bateri dan try start kereta Iswara Meon. Hidup dengan jayanya. Then terus ke Seksyen 7 - basuh. Sudin lapar plak. So akoo minum lagi sekali.Settle basuh, isik minyak rupanya dah dekat 11.30 malam. Jadi akoo siap-siap nak tidur la. Susah gak nak tidur. Mungkin tadi minum kafein kot. So lambat la akoo tidur malam tu dan lambat la akoo gi kerja esoknya.

Esoknya akoo cakap kat boss nak masuk lambat skit sebab nak gi Balai. Tapi tak gi pun. Akoo masuk pukul 10.00 pagi. Tengok BOMBA buat inspection kat Phase 6. Then petang baru akoo gi Balai ngan antar report ngan dokumen kat Allianz Kajang. Pukul 3 akoo dah sampai rumah dan tidur sampai petang. Since datang kerja pun tak betul, akoo isik la borang cuti untuk hari tu. 

Wak Jesse James - WJJ608
Proton Satria GTi 
Julai 2007-Jun2011


Apo cerito Facebook?


Den nak bagi tau nih, dah lobih duo bulan den tak bukak FB den tu. Ontah la. Maleh nak bukak. Tu yo. Apo cerito kek sanun a? Tapi tu la, bebudak nih selalu plak tu update kek sanun sampai aritu den tak tahu ado mini reunion bebudak STJ 1996 kek Cyberjaya. Sorry la geng, den tak tahu dan tak prepare nak join. Lain kali la yoh. SMS la den. Den tak bukak FB.

Selopeh sepuluh bulan

Akhir eh, selopeh lobih sepuluh bulan den tak update blog nih, den update jugak. Sbolum nih den sibuk skit kek opis. Laie pun, Jopun nih kengkadang suko usha kek monitor komputer den tu. Dah la bukan monitor lcd ko led ko, tak best plak tu peh tu kono usha yo kan. Mano la tahan. Tu yang maleh den nak update tu. Nak update kek ghumah den maleh. Mejo den kek opis plak kek tompek orang lalu lalang. Jangan kan Jopun yo yang usha, minah kilang pun usha monitor den. Apo la oghang opis nih buek agak eh? Duduk kek dopan komputer yoh. Kojo ko main game? Baik la turun kek production tolong pasang tiub ko, connector ko, bancuh gam ko tak pun tolong lipek kotak. Tu la tu, Jopun nih maghin pun peronah yo suruh den tolong bebudak operator pasang tiub kek department PVC. Kalau den layan an Jopun nih, maun den kono golak an kek Kahlid (supervisor PVC).


Jadi sobab dah lamo bona tak update, kiro eh theme yang lamo tu dah basi la. Ni den dah tukar pado yang baru. Yang baru nih namo template eh - Theater Room. Yang lamo tu den tak ingat la plak namo eh. Kiro ngam la nih kan. Beghojam jugak la den carik tadi nak jumpo yang ngam eh. Kepado Black (Warehouse), den harap ekao bukak la blog den nih sobab ado la beberapo kali ekao tanyo den bilo nak update kan? Ni kalau tak baco, bukak opis Senayan sok den picit lubang pusat kao. Enjoy...

Amir HyperJamz (ProtonCoupe.Com) kemalangan


Member nih, Amir seorang ahli ProtonCoupe.Com telah kemalangan di Jalan Bangi Lama semalam. Kecederaan eh parah jugak tapi dilaporkan stabil di Hospital Kajang. Gambar nih den amik malam tadi selepas member dia towing kereta tu dari tempat kejadian ke depan rumah dia.

Arghh... keto mahal tu!


Adus, den no komen la. Yang nih pun den rembat kek forum ProtonCoupe.Com.

Marked & Spotted: Toyota Starlet


Toyota Starlet nih memang antaro keto yang den minat. Turbo pulak tu. Tapi dah berumur dah kereto nih. Kalau nak boli pun kono bayar cash. Tak pun buek la personal loan. 1300cc sahajo nih. Den memang peronah berhajat nak boli keto nih tapi uMMi tak minat. Jadi simpan yo lah hajat tu bilo sampai dah kayo sok. Amin.

Proton kini boleh berbangga

Bacaan lanjut:
http://miros-road-safety.blogspot.com/2010/07/will-honda-car-failure-jeopardy-your.html


Masak-masak ujung minggu

Ujung minggu aritu, kebotulan memang tak do aktiviti terancang. Lagi pun keto bukan eh ado nak poie berjalan. Fairlady Z tu tak dapek den nak bayar down payment eh. Jadi dok kek ghumah yo den pun kluar poie pasar boli la ikan kerapu, ikan kombung, sotong (bukan sedaro Paul), ayam ngan brokoli. Plan nak masak bakar-bakar yo. uMMi masak la ikan kerapu ngan sotong bakar peh tu ayam masak topung dan resipi yang lazat - brokoli masak topung. Osah sodap eh. Den plak nak buek cili makan ngan tempoyak tu dengan cili koghing. Kesudah eh sampai ke ari ni (Selasa) pun bolum yo elok 100% poghut den nih.

Menu of the day - Brokoli masak topung.

Kojo kosong: Operator diperlukan (pompuan sahajo!)

Kilang den sememang eh kekurangan operator pengeluaran ghamai pulak tu. Jadi macam-macam caro dah dibuek untuk tarik perhatian penganggur atau orang yang nak tukar kojo. Iklan pun dah dibuek macam gambar kek bawah nih. Lotak iklan kek belakang bas kilang.


Semalam pulak den ngan boss den sampai ke Giant Nilai buek survey. Kebotulan pulak ado satu gerai tu masuk sokkabar Berita Harian dan diorang bagi la paper tu percumo kek orang yang lalu lalang. Boss den nego ngan diorang nak masuk an flyers kojo kosong kek dalam sokabar yang diorang nak bagi kek orang tu. Mulo eh tak setuju siap telipon boss eh. Tapi boss den nego baik punyo dan bagi upah diorang KFC. Bukan susah pun, yang masuk an flyers ke dalam sokkabar tu den, boss den ngan Bang Din.



Lopeh pado tu pusing jugak kek sekitar Nilai tu poie la kek 7-E. Kan ado notis board diorang tu kan. Mulo eh nak tampal kek situ tapi 7-E punyo polisi plak tak leh nak iklan kojo kosong kek notis board eh. Jadi kitorang pun blah dan poie survey kek Semonyih pulak. Mulo eh ke KFC Pelangi Semonyih tu dan singgah kek Petronas pulak. Member sekolah den dulu, He-Man skang jagi stesen minyak tu skang. Jadi memang tak do masalah la nak tolong lotak iklan ngan edarkan iklan kek situ. Sompek la berbughak ngan bos den. Bos den cakap nak amik He-Man kojo kek kilang den jadi supervisor. Padahal kek situ pun dio dah jadi penolong pengurus.

Aktiviti minggu lopeh-lopeh (lamo dah ni)

Nih awal bulan Julai punyo aktiviti nih. Ujung minggu tu Pak Long kek Pria Ganteng (PG) ajak makan ikan siakap yang dio tangkap maso mancing. Jadi den pun pinjam la keto Red Knight ex-boss den yang merangkap jiran den - Haji Rose Ady. Terimo kasih la Haji. Asal eh nak pinjam ari Ahad yo tapi ari Sabtu tu den bawak uMMi ngan PG poie ke Alamanda boli barang dapur sekali ngan Opah dan Mak Su Dek.


Ghambang mato PG nak pilih bola mano satu. Kitorang boli yang kek telingo kanan PG tu.

Balik dari Alamanda singgah kek pasar malam Fasa 1, boli ikan kombung den mintak uMMi masak ala ikan bakar tu. Kono pulak teringat kek sotong bakar Jalan Bellamy, den mintak uMMi bakar sotong yang tak do kono mengono ngan Paul sekali. Best.



Esok eh tu aghi Ahad, kitorang poie kek umah Mak Sue Dek yang mano ado duo ekor ikan siakap yang Mak Sue Dek ngan Opah PG masak. Satu masak tigo ghaso dan sekor lagi masak stim. Pak Long Mat sekeluargo ngan Pak Da Ad pun ada tapi maso nak makan tu Mak Ngah Timah dah gi kojo. Den la tukang settlekan ikan tu untuk bagi sonang diorang nak basuh pinggan.

Red Knight ROCK!!!

Dalam gambar pun dah sodap nampak eh. Bolum makan laie tu.

Melawat Wak Jesse James (WJJ) di hospital (Part 2)

Eden amik cuti ari nih sobab nak poi tengok keto den - Wak Jesse James (WJJ) kek hospital eh kek Batu 10, Cheras. Tapi satu yang menakjubkan telah berlaku bilo WJJ tolah bertukar rupo dari bontuk asal (Satria) kepado keto yang kek bawah nih. Namo lain tapi pintu eh samo jugak - ado duo yoh. Best tak kalau buleh buek transformasi macam nih?



3.5L -V6. Mamat tu cakap road tax + insuran pun dalam RM5k setahun!

Ahaks, kan best kalau buleh jadi cam tu kan. Tapi kito bukan hidup kek syurgo. Kek dunio nyato nih kono la terimo hakikat yang Satria totap Satria tak kan jadi Fairlady Z. Gambar kek ateh nih den amik kek showroom Ally Azran yang mano member den, Affandy Ahmad kojo kek situ. Den singgah jap breakfast lopeh antar uMMi gi training kek Equatorial Hotel, Jalan Sultan Ismail.

Lopeh pado tu baru den poie tengok WJJ kek bengkel Kim Sang tu. Bro yang tolong tarik keto den aritu pun datang. Ado la kemajuan eh skit. Kalau aritu kek belakang, ari nih dah kek bawah atap. Adjuster pun dah datang tengok tapi diorang nak datang check sekali lagi. Toke bengkel plak takdo so kono deal lagi sekali lopeh orang insuran tu datang sekali lagi.



Totap sokong German! Sticker tak buang lagi tu biar la World Cup dah abis.

Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan

Kilang den buek kempen untuk menyodarkan bebudak nih betapo ponting eh keselamatan dan kesihatan kito kek tompek kerojo domi menjamin kehidupan yang lobih sempurno. Di samping tu jugak, alam sekitar dilupo jangan untuk anak-anak kito hidup dengan sihat, menghirup udagho yang berosih.

Eden kono handle maso majlis perasmian eh. Ado la buek demo jalanan skit. Tapi nih demo jalanan kek dalam kilang yo. Demo fire drill, rawatan kecemasan (first aid) dan search & rescue. Sumo pasukan ERT yang buek tapi Bomba pun datang jugak interframe. Janji sumo dah settle. Terimo kasih dan jutaan penghargaan kepado komiti EHS, pasukan ERT dan jabatan SVS yang membori kerja samo yang 110% sepanjang majlis berlangsung.

MD-san tongah bori ucapan perasmian

Jabatan SVS yang baru lopeh berlari sambil menjorit Api! Api!

Pasukan ERT tongah berkawat untuk poie selamat an orang

Mangso yang pocah kepalo tapi buleh seletep balik 

Bomba: Mano api eh? Kitorang sirap motor yang ado kat dopan tu yo lah

Para old timer kilang den tongah survey lori Bomba tu untuk diboli tahun dopan

Caro-caro nak buek CPR kek orang pengsan.

Pertandingan menoko logo keselamatan

Apo yang menarik, acaro perasmian, fire drill dan demo tu dapek pujian dari Bomba sobab kilang lain tak peronah lagi buek camtu. Kek tompek lain, bilo fire drill mesti nak bakar-bakar pehtu panggil Bomba padam an api. Tekojut Bomba tu maso datang tak do api nak dipadam an. Tu yang diorang main tembak yo air kek motor bebudak nih.

Cumo yang tak best eh, baru tigo aghi kempen berjalan, dah ado duo kemalangan industri. Satu kek kilang 1 dan satu laie kek kilang 2. Semogo lopeh ni sumo orang dapek lobih berhati-hati.

Resepi internet - roti bakar telur mata

Roti sedang beraksi di atas non-stick pan hadiah dari Giant
Pandangan atas
Pandangan interaktif.

Mungkin ado antaro korang dapek email pasal roti bakar lotak telur mato kobau nih kan. Jadi eh uMMi pun test la buek aritu. Ghupo eh dio dah peronah try sebolum nih maso den tak do kek ghumah. Excited la pulak ghaso eh. Memang best. Bakar pakai butter pulak tu tak do minyak. Nak tahu cemano cagho buek eh? Ala ekao tengok yo la gambar tu dan imagine yo lah. Kalau tak pun carik balik email yang ekao dapek tu.

PGPU2010 Bab 5 - Radix Fried Chicken

Dah lamo den dongar pasal Radix Fried Chicken (RFC) nih dan yang den tau ado kek Alor Setar yoh. Jadi eh peluang yang ado nih kono la digunokan sebaik eh. Den try kontek Dik Dah tanyo alamat eh dan Udo la yang dapek an detail dan direction eh, TAPI!? Kek mano deh? Macam la den tahu na jalan kek Alor Setar nih.

Dari Pendang, den masuk highway dan keluar kek Exit Alor Setar Utara. Apo yang den buek, den luruih kan jalan tu. Sumo traffic light den toghuih sampai la den ternampak kodai 'Kuih Tiao Iman' yang pernah den melantak dulu. Toghiuh lagi sampai la nampak signboard ke Stesen Bas Ekspres. Konon eh RFC tu dokek ngan stesen bas tu. Baru yo nak masuk simpang, dah nampak sebosar-bosar eh RFC tu. Torang bendorang dengan kaler oren.




Main parking yo topi jalan tu dan den masuk kek dalam. Ramai jugak orang yang beratur dan ado yang datang dari jauh tu order pun bukan main banyak laie macam nak kenduri dah. Kesudah eh, sampai kek den, apo yang den nak order sumo tak do. Ado yang dah abis macam nasik lomak. Ayam eh pulak tongah masak kono tunggu lobih kurang setongah jam laie. Oleh sobab den pun datang dari jauh jadi den pun tunggu la tak kiro la berapo lamo dio nak masak jangan sampai dio tutup pun tak masak lagi sudah. Den pun dah lupo apo yang den order malam tu. Tapi yang pasti raso eh memang buleh celen KFC.






Oleh kerano PG yang lotih dah tido kek dalam Angso Hijau jadi den bungkuih yo lah. Bawak balik makan kek hotel. Tak dapek la PG meraso ayam RFC sobab sumo eh dah selamat kek dalam poghut den ngan uMMi. Tercapai jugak la hasrat den nak makan RFC. Bilo lah agak eh RFC nak bukak cawangan kek lombah Klang nih. Mesti orang HPA pun berobut nak bukak cawangan kek sini.