Memaparkan catatan dengan label Beryl's. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beryl's. Papar semua catatan

Ni barulah buffet namo eh!

PG yang dah tak sabar nak keluar poie jalan-jalan sampai sanggup pakai selipar uMMi

Selopeh kurang berpueh hati dengan kemakanan coklat kek Beryl's maso ari Jumaat, kitorang ambik keputusan untuk repeat satu kali lagi. Lagipun uMMi berhasrat nak boli skit. Jadi maso hari Ahad potang lopeh poie Tesco Kajang, kitorang singgah la kek kilang coklat tu.

Nampak macam ghamai oghang jugak tapi dapek gak parking kek dopan pintu gate tu. Yes! Tak ghamai orang. Kali ni siap ado guard jago dan siap ado ghantai mo kek situ. Kaunter bukak duo kek tongah. Baghu la lapang sikit. Tibo-tibo nampak satu kelibat yang familiar. Sharif rupo eh dan Dik Dah pun ado kek situ. Dioghang pun baru sampai jugak.

Memandangkan tak do oghang, so tak yah beratur lah. Cokelat pun main tunjuk yo mano yang nak. Nak itu, itu dan itu. Yang nih tak nak. Tak nak oghang cakap, tak yah la bagi. Ha ha ha. Pueh hati makan cokelat walaupun ado budak kilang den tak nak datang sobab dio cakap Bangla buek cokelat pakai kaki. Tapi tak do plak nampak kek situ.

Dah pueh makan cokelat, masuk pulak ke dalam kodai eh. Ghambang mato. Den tak tahu nak pilih yang mano satu nak boli. Sumo pun uMMi yang pilih termasuk cokelat kentang goreng, cokelat durian dan cokelat love yang ado isik dalam eh. Sebolum tu memang dah dapek ghaso kek kaunter tu. Yang reject agak eh. Sebonar eh aghi Ahad punyo cokelat lagi banyak pilihan eh dari aghi Jumaat aritu.

Padan la tak do yang potong barisan, diorang lotak gangster jago kaunter. Mamat ni ado kemungkinan hangin sobab den tak nak terimo cokelat yang dio nak bagi kek den. Tak pun dio kono layan den sampai lapan boleh kali sobab nak makan cokelat. Lantak kao la. Ekao bukan tokeh pun kan?




Ni la gambar kek dalam kodai cokelat tu

Koba buffet, tapi....

.... sorang sebijik yo. Ado budak cakap:
Ini bukan buffet! Ini kudap-kudap aje!
Tak lain dan tak bukan, ini adalah cerito pasal den poie kilang coklat kek dopan kilang den tu. Konon eh nak mentedarah coklat konon sobab kek promosi eh cakap 'Jamuan coklat percuma' atau dalam bahaso penjajah eh 'Free chocolate buffet'.

Den dapek tau pasal ni dari budak opis lamo den kek Shah Alam dan lopeh tu den ado nampak banner eh tergantung kek dopan kilang tu. Pagi Jumaat tu den bersiap lambek gak. uMMi ajak poie sarapan kek McD dulu. Terserompak dengan senior den kek sekolah dulu - Smarbel. Dio ado syarikat trading sendiri bawak masuk barang dari China, Veitnam dan apo tah laie. Dio cakap apo yo bondo dio buleh import termasuk China Doll.

Dah konyang makan Big Breakfast tu, kitorang gorak ke kilang coklat tu. Punyo lah ramai orang sampai nak carik parking pun susah. Tigo kali pusing. Last-last parking kek topi jalan yoh. Nak masuk kono tulih namo dulu. Tak dapek dipastikan apo sobab eh kono tulih. Nak kato tak boghi datang duo kali, tak do pulak disobut eh. Yang disobut kek situ-
1. Makan la sebanyak mano yang ekao nak.
2. Tak buleh bawak balik. (Tapi den nampak ghamai yo orang bawak keluar)
3. Kalau lobih dan tak abih makan kono bayar. (Macam peronah dongar kek Red Wok aritu)

Kek pintu dio bagi la bokek keroteh sorang solai. Pria Ganteng [PG] pun amik jugak. Orang eh bersimpang siur. Tak tahu mano satu barisan eh. Jadi den beratur bolah sini, uMMi beratur bolah sanun. Punyo la beriyo beratur, orang lain datang main potong yo. Ado yang toghuih poie kek tompek coklat tu termasuk satu kelibat yang den kona. Yang den nak maghah tu, den nak jalan ni tapi satu akak nih selambo yo hadang untuk sedaro maro eh pulak. Den sound yo "Akak, orang nak jalan ni bagi la orang jalan dulu!" Nasib baik tak lompang yo kak tu tadi.

Tapi yang paling kelakar adalah caro nak bagi makan tu. Walaupun mulo eh koba buffet tapi setiap sorang diboghi sekotul untuk setiap jenis coklat yoh. Dah la tukang bagi eh lambek. Lopeh tu kedokut pulak tu. Boghi yo lah bilo orang mintak. Ini tak, berkigho macam plak dio tokeh eh. Padahal ghamai yo main cokuih (ambil) coklat tu. Cokuih satu masuk dalam mulut peh tu cokuih satu laie. Duduk yo kek dopan kaunter tu. Bagi den la, acaro eh tak terurus. Kok diboghi markah den bagi 2.5/5 ajo.

Dah amik satu round, bungkuih elok-elok masuk poket, balik. PG dah mulo meragam sobab ngantuk nak tido. uMMi nak boli coklat tapi ghamai orang. Tak dapek nak tunggu lelamo sobab arini Jumaat karang nak poie masjid pulak.

Lawa kilang ni tapi tak leh lawan kilang Willy Wonka


Punyo la semangat nak beratur, orang kek dopan tu semangat motong.


Dah nampak namo kilang eh?


Satu yoh!!! Teringat den kek acik Dewan Makan STJ


Ni la ghoman eh buffet coklet.

Mari makan coklat secara percuma


Kilang coklat nih sebolah kilang den yoh. Jomput la datang yoh. Percumo kato eh.