Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan

Sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Dalam musibah yang melando nih, den berpogang dengan ayat 4 & 5 dari Surah al-Insyirah seporti mano artikel yang den copy dari blog Greenboc (http://greenboc.blogspot.com/)

Percayalah pada janji Allah. Sekalipun di saat kita diamuk gundah-gulana.

Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al-Insyirah: 5-6).

Tentu ayat di atas sudah tak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang hati kita masih saja lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul.

Percayalah...
“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”
‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."

Yakinlah saudaraku...
Bahawa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di ujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ya? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabb tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal.

Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.

Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syair,

Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.
Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.
Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.
Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolonganNya.

- Deasy Lyna Tsuraya (republika)


Selopeh sepuluh bulan

Akhir eh, selopeh lobih sepuluh bulan den tak update blog nih, den update jugak. Sbolum nih den sibuk skit kek opis. Laie pun, Jopun nih kengkadang suko usha kek monitor komputer den tu. Dah la bukan monitor lcd ko led ko, tak best plak tu peh tu kono usha yo kan. Mano la tahan. Tu yang maleh den nak update tu. Nak update kek ghumah den maleh. Mejo den kek opis plak kek tompek orang lalu lalang. Jangan kan Jopun yo yang usha, minah kilang pun usha monitor den. Apo la oghang opis nih buek agak eh? Duduk kek dopan komputer yoh. Kojo ko main game? Baik la turun kek production tolong pasang tiub ko, connector ko, bancuh gam ko tak pun tolong lipek kotak. Tu la tu, Jopun nih maghin pun peronah yo suruh den tolong bebudak operator pasang tiub kek department PVC. Kalau den layan an Jopun nih, maun den kono golak an kek Kahlid (supervisor PVC).


Jadi sobab dah lamo bona tak update, kiro eh theme yang lamo tu dah basi la. Ni den dah tukar pado yang baru. Yang baru nih namo template eh - Theater Room. Yang lamo tu den tak ingat la plak namo eh. Kiro ngam la nih kan. Beghojam jugak la den carik tadi nak jumpo yang ngam eh. Kepado Black (Warehouse), den harap ekao bukak la blog den nih sobab ado la beberapo kali ekao tanyo den bilo nak update kan? Ni kalau tak baco, bukak opis Senayan sok den picit lubang pusat kao. Enjoy...

Mintak ‘susu’ boleh tak?

Bekalan GULA semakin berkurangan

Krisis gulo kek Malaysia nih....

Semalam maso den bawak Pria Ganteng [PG] jalan-jalan naik muto pusing-pusing singgah la kek kodai ‘air buah gelas besar’. Den tengok tak banyak buah kek tompek buek air eh. Yang ado limau, epal ngan lemon yo. Jadi den mintak la lemon. Den pun mintak la air lemon tapi akak yang amik order tu jawab:

Mintak susu boleh tak? Gula tak de.

Den pun tak jadi nak boli air dan bawak PG balik ghumah. Paghah la cam nih kalau bekalan gulo makin tak do kek pasaran. Ni sapo la punyo kojo sampai gulo pun tak do nih. Tektik nak naik kan hargo gulo ko? Kerajaan tak leh nak handle ko masalah ni? Harap-harap tak jadi masalah la yoh. Sobab semonjak duo monjak nih, bilo nak ghayo orang Melayu yo mulo lah gulo tak cukup la, gulo nak naik ghogo (harga) la.

Aghi tu maso lalu kek kilang gulo yang kek Perlis pun tak do pun tobu kek situ. Yang ado tanaman yang seakan soghai yo. Pak Da Ad cakap soghai wangi. Apo pulak tak do tobu kek situ. Mano pulak poie yeh?

Jangan copek melatah, siasat dulu boto² yoh!

Bukan la niat den nak menghasut atau memburuk-burukkan mano-mano pihak tapi den ghaso nak tulih pasal nih. Umum tahu yang kisah budak lelaki berumur 15 tahun mati kono tembak kek kepalo oleh pegawai kerajaan yang bersenjata api kek Shah Alam.
Ado macam-macam versi ceghito pasal ini. Ado yang cakap arwah ngan kawan eh penjenayah yang merompak dan dijumpai parang. Ado ceghito lain cakap diorang nih bergesel dengan keto mewah dan lopeh tu kono kojar plak dengan pegawai kerajaan yang bersenjata api dengan motosikal. Keto eh terbabas selopeh kono tembak tayar eh dan arwah plak kono tembak kek kepalo eh.
Den bukan nak salah an sesapo skang ni. Samo ado arwah atau yang penembak. Cumo den harap perkagho nih diambik serius oleh pihak yang bertanggung jawab. Bukan apo, nyawo manusio bukan ado ganti eh. Kalau dalam hudud kono Qisas dah. Nyawo ganti ngan nyawo. Sanggup? Pegawai kerajaan yang bersenjata api ni la harapan rakyat untuk menjago keamanan kito jadi bilo jadi cam ni cemano pulak perasaan rakyat marhaen ni. Ado pepatah Melayu cakap 'harapkan pagar, pagar makan padi' tapi kalau dalam kes cam ni buleh jadi 'harapkan pagar, pagar tak leh diharap'.
Harapan den dan mungkin harapan semuo orang supayo kes ini dapek diselosaikan dengan sebaik-baik eh. Sapo yang salah kono bertanggung jawab. Kepado keluargo arwah diharap banyak-banyak bersabar dugaan Allah ni. Kalau boto arwah seorang yang baik sepoti mano yang diperkatokan, mako Allah sayang kek dio dan tak nak dio terus bergelumang dengan dunio yang ponoh doso ni. al-Fatihah buat adik Aminulrashid.

Tak de mood nak kerja aghi ni...

Bukan la sobab den nak gi Hatyai malam nih, Tapi sobab ado kemungkinan den kono tembak ngan boss den aghi nih. Bukan satu bondo tapi buleh jadi sampai duo (2) bondo berkaitan dengan kojo. Adus... hilang toghuih mood den nak kojo aghi nih. Ini sumo mulo daghi panggilan telefon finance manager semalam.

Baghu yo cakap, ni boss den dah telefon. Nasib baik la dio tanyo pasal kes nak poie Jabatan Tenaga Kerja (dulu dikenali dengan nama Jabatan Buruh) atau omputeh cakap - Labour Department. Pukol sepuluh nih ada meeting kek JTK Bandar Baru Bangi. Ni nak buek final discussion kek Plant1. (den kojo kek Plant2)

Confirmed By Default

Training: Termination of Employment
Trainer: Mr. Vivek
Venue: MEF (Malaysian Employer Federation)
Date: 18th & 19th February

Intro dah cakap omputeh tu. Jangan comeh yo. Everything is under control. Ni adalah kali ketigo atau keompek den datang training kek MEF ni. Tapi kali keduo dengan Mr. Vivek. Tak sangko dio cam laie den walaupun last time den training dalam bulan 7 tahun lopeh. Kuek gak ingatan oghang tuo tu.

Mr. Vivek ni memang antagho oghang yang otai dalam bidang akta macam Akta Kerja dan Akta Perhubungan Perindustrian. Duo akta yang ponting kepada semuo oghang yang bekojo kek Malaysia nih tak kigho la samo ado jagi pekojo atau pun jadi bos.

Tapi apo yang menaghik eh, dio plak yang pinjam den punyo frasa untuk diguno pakai dalam training dio yang akan datang. Frasa tersobut adalah - 'CONFIRMED BY DEFAULT' Merujuk kepada satu kes mahkamah berkenaan probationer (orang yang dalam percubaan) yang dah onam (6) bulan kojo di satu firma guaman kek Ipoh, Perak. Lopeh onam bulan dio tak dapek apo-apo sughat pemberitahuan samo ado confirm atau sambung probation. Kendian dio mintak cuti tahunan dan diluluskan. Tapi lopeh-lopeh tu dio diberontikan kojo. So bilo fight kek mahkamah perindustrian, hakim memutuskan - walaupun tak do sughat yang mengatokan dio dah confirm tapi dengan pemboghian cuti tahunan itu menunjukkan dio dah confirm.

Den pun cakaplah 'Confirmed by Default'. Den ingat an Mr. Vivek pun pakai term tu. Ghupo eh dio tak peghonah pakai lagi. So dio cakap (lebih kurang) "Walaupun saya mengajar, tapi saya tetap belajar. Hari ini saya belajar satu benda baru dari Encik Radzif - Confirmed by Default". Sampai maso nak bagi sijil pun disobut eh laie bondo tu - Confirmed by Default.

Banggo pulak ai den semalam. Tapi den ghaso macam den dapek frasa tu daghi oghang lain maso den poie training kek tompek lain. Tapi tak po la. At least den ado bondo nak dibanggo kan. Jangan terlalu banggo dighi sudah.

Cabut gigi

Gigi geraham den nih memang dah berlubang lamo dah. Sojak tahun 2006 laie. Ni sumo sobab den suko ratah tulang ayam la ni. Dulu dah peghonah nak cabut maso tahun 2007 tapi doktor tu suruh datang kendian sobab bongkak. Lopeh tu den maleh nak datang. Kok kono time sakit - menahan yo lah. Gigi tu pun dah tinggal separuh dah pun.

Rayo Cino kali ni gigi tu sakit la balik. Dah duo (2) haghi sakit tak ilang, den pun amik keputusan untuk cabut. Malam tadi gi survey klinik kek Bangi ni. Mulo gi Al-Haj (panel kilang den) tapi appointment eh ponoh. Lopeh tu den poie la tengok kek Sekysen 8 ado la satu klinik ni namo eh Lisa Alis. Den tengok dio bukak pukol 9.00 pagi. So tak do la lambek bona. Malam tadi ado la sejam sekali den terjago. Sakit agak eh. Sampai termimpi-mimpi.

Pagi den masuk opis dulu. Lopeh tu dalam 8.45 baru kuar gi sarapan dulu takut kalau jadi cabut karang kok lapar plak kan. Sampai kek klinik Lita Alis tu ado la dalam tigo (3) orang menunggu. So den daftar dan balik ke ghumah sekojap. Gosok gigi dulu bagi wangi skit doktor nak check.

Bilo sampai balik kek klinik tu den tunggu la sekojap ado duo (2) oghang masuk dan den pon masuk. Bilik rawatan nombor 2. Doktor Cino. (tak sompek plak tanyo namo eh) Dio tanyo nak buek apo. Den cakap la nak cabut gigi geraham tu. Dio plak tunjuk la gigi lain yang berlubang skit. Dio tanyo nak tampal tak. Den cakap lain kali. Maso tu den ado la bawak duit dalam RM125. Bajet memang cukup la sobab ado budak cakap kek situ cabut gigi dalam RM85 yo.

Dio pun mulo bius. Sakit gak kono jarum tu. Tapi den layan cerito kek TV. Lopeh dah kobeh tu dio mulo cabut. Longkung-longkang. Di tenyeh-tenyeh eh gigi tu. Ditokan-tokan eh. Den tahan la kan. Doktor tu cakap jangan keraskan badan! Tak kogheh an cemano dah ekao dok tokan-tokan gusi den. Kuek pulak tu. Lamo gak la bertarung sampai dapek cabut sumo eh. Takdo la sakit bona. Tapi kalau nak cabut gigi haghi-haghi - tak do la doh. Sebolum kluar tu den cakap terima kasih kek doktor tu. - Thanks doctor. (cakap London gitu)

Kek kaunter pekojo klinik tu bagitau pasal ubat yang nak kono makan. Dio tanyo nak MC tak. Den cakap nak. Dio tanyo beghapo haghi. Den cakap la beghapo haghi yang buleh. Duo (2) ko tigo (3) haghi pun den tak do hal. Sekali kawan eh tu cakap - Sehari aje la mana boleh beri dua hari. Cheh! Ghogo cabut gigi tu - RM110!!! Humangai... Kalaulah den suruh doktor tadi tu tampal, malu den tak cukup duit. Kono plak poie ATM seboghang jalan. Maso nak blah dari kaunter tu ado satu minah bawak anak ngan bibik eh togur - Macam kenal aje. Den peghati balik. Tak cam langsung. Sapo dek eh. Dio salah oghang tu.

So den pun balik la ke ghumah. uMMi suruh tido. Tapi sampai skang pun den tak tido laie. Lapar nih. Tapi tak leh nak makan. Daghah banyak lagi nih. Makan Ghuti dulu la cam nih.

Posting yang pertama

Salam semuo...

Agak eh ado la dokek setahun den tak menaip atau meng'upload' sebarang penulisan yang disobut oghang sebagai 'blog' nih. Sebolum nih ado jugak den try buek 'blog' nih. Antagho 'blog' yang peghonah den buek:

1. Blog Liverpool - (http://padang-anfield.blogspot.com/) - last post 20/3/2009
2. Blog Pria Ganteng - (http://putra-adamdanial.blogspot.com/) - last post 10/3/2009

Maso tu den bekojo kek Paka, Terengganu. Memang releks kojo kek situ. Haghi2 nengok laut yang membiru dan menghijau. Tak yah gi jauh, pantai kek dopan opis den pun dah cukup lawa dah.

Lopeh yo lahir Pria Ganteng den tu, maso makin mencemburui den. Yo lah kan, oghang dah ado anak, kono la lobihkan perhatian kek anak tu. Kang kok maghah plak uMMi eh. Kendian, bulan 5/2009 den pindah plak kojo kek Bandar Baru Bangi. Laie la sibuk ngalahkan wakil rakyat. (Den agak yo lah yang wakil rakyat tu sibuk. Sibuk apo tu den tak tau la.)

Sekaghang dah bulan 2/2010. Pria Ganteng den pon dah nak masuk setahun. Lasak eh bukan main. Tapi 'maso' tu kigho dah OK skit la. Ado la 'free' eh skit. Budok kechek (Budak kocik - Nurse kek Paka panggil dio) tu pun dah pandai bawak diri sendighi dah. Cubo la biar an, sekojap tu kaghang dah nak manjek tanggo. Ponah la sekali maso dio dalam umur 8-9 bulan manjek tanggo kek ghumah nih secara solo. Tau-tau yo dah sampai deh kek ateh, ditulak eh pintu bilik air. Den maso tu tongah nak mandi. Buleh dio 'slammed' ateh lantai bilik air tu sobab nak main air. Botuah boto! Menjoghit den panggil uMMi eh. Syukur tak do apo.

So kali ni den nak buek 'blog' yang oghang puteh cakap - 'general' kalau orang kito cakap - 'umum' kalau tv cakap 'U' dan kalau den cakap - 'open - tanpa sebarang pengkhususan'. So sapo nak baco buleh baco, sapo tak nak layan tak po, den tak pakso. Tapi kalau nak togur buleh la tulih komen yoh. Membino atau tak tu terpulang la. Kalau nak kutuk pun, den bukan buleh laghang ekao punyo kehondak dan kemahuan.

Selamat....