Memaparkan catatan dengan label Kenduri Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri Kahwin. Papar semua catatan

PGPU2010 Bab 3 - Bertunang 15 minit

Oleh sobab lambek kek uMMi poi Kota Setar ambik hantaran, den bawak la laju skit kek highway nak ke exit Alor Setar Selatan. Sekali maso nak sampai tu jem la pulak. Den dah agak dah mesti ado Polis Rajo di Malaysia. Den ghaso speed trap la nih. Logo tak kono tahan. Keluar kek tol dan toghuih halo ke pokan Alor Setar. uMMi cakap - Eh, tadi rasanya macam dah sampai kat sini. Sah la tadi Kota Setar yang diorang cakap tu sebona eh dah dokek Alor Setar dah.

PG tongah check pemandangan

Hotel kitorang duduk nih namo eh Hotel Rayyan, siap ado signboard tulih - Bukan muhrim dilarang menginap di sini. Den pun bukan muhrim dengan minah yang jago kaunter tu. Cemano la agak eh. Kalau dio tulih - Bukan muhrim dilarang menginap bersama-sama - mungkin lobih topat la kot. Den tanyo kek minah tu - Kat atas ni aje ke? Dio jawab - A ah. Den ingat an ateh tu setingkat yo lah tapi ghupo eh tingkat ateh sekali menapak la naik tanggo. Sampai bilik bersiap-siap la sobab khoba eh majlis start lopeh Maghrib kek Masjid Jalan Tandop.

Sayo terimo nikah eh... Eh? Ni majlis bertunang nih

Sampai kek masjid tu tongah nak solat Isyak rombongan termasuk bakal pengantin tongah lepak kek luar. Tunggu abih solat Isyak dulu den ghaso ghamai yang dah jamak maso Maghrib tadi dan ado sorang tongah tak sabar nak berjimak. Sementagho tu den dapek an tutorial caro-caro main Texas Hold-em Poker kek Facebook dari Angah Django. Tak sangko dio ado semilan akaun FB semato nak main Poker.

PG dengan selambo inter frame kek dopan tu. Kek belakang tongah majlis sarung cincin tunang.

Majlis bermulo dengan sesi pertunangan dengan Pak Cik Sulaiman menjadi perantagho eh. Peh tu Ocheik sarung cincin kek bakal menantu eh. Maso nih PG tongah warm up enjin. Dengan malu-malu dio peratikan keadaan sekeliling. Kendian jurunikah pun amik tugas dengan membaco segalo yang tertulis pasal nikah kepado Bang Teh Zaki a.k.a bakal pengantin. Bagus sebona eh mendongar sesi ni terutamo orang yang tongah ado masalah rumah tanggo dan jugak orang yang ghaso nak bermukah dengan selain yang halal. Pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin pompuan. Sah dengan sekali lafaz. Sah tak sabar dah nih. Maso nih PG dah mengganeh dah. Main koja-koja dengan kanak-kanak yang lain kek dalam masjid.

Tolong baco surah al-Baqarah dari ayat 145 sampai ke ayat 187. Boleh?

Selosai majlis kek masjid, semuo bergorak ke Taman Budiman untuk jamuan makan. Elok bona la tu sobab den memang tunggu time makan nih. Tu deh, siap ado layar gergasi untuk orang tengok bola tapi tak do amik gambar sobab bateri kamera dah abis tadi terlupo nak boli. Lauk malam tu memang terbaik. Sodap botul. Tu baru kenduri camtu-camtu yo. Esok eh punyo kenduri tak tahu laie la kan dan sememang eh den tak tahu cemano sobab den tak poie. Dan konyang makan, balik ke hotel. PG dah lotih dah. Tu la first time dio tido kek hotel.

Sleep like a baby. 

Satu hari dua kenduri

Kenduri Pertamo - Anak Wan Induk Siah

Pria Ganteng [PG] kek ateh ponteh


Tigo tingkat kek eh tu

Sabtu, 5 Jun tu den ngan PG gorak dari Bangi dalam pukul 10.05 pagi. Masuk yo kek highway PLUS dah jem kek simpang Nilai Utara.Ontah apo yang jem pun tak tahu sobab tak nampak sebarang eksiden kek situ Yang ado sebuah keto beronti kek topi jalan. Maso nih den dah aim satu keto Volvo V50 T5 kaler maroon dah den berjayo potong. Tetibo maso jem kek RNR Seromban keto tu ado kek dopan plak. Start clear yo jem, sesi main kojar-kojar secara berhemah ngan Civic, Accord, Vios dan tak ketinggalan V50 tersobut. Tapi den la yang kalah sobab PG tetibo merengek dan den kono beronti kek topi dan kelihatan susu topung dah tumpah kek lantai. Sampai yo kek Tampin dalam 11.30 tu Atok, Uwan, Pak Wan dan Mak Kak pun sampai jugak. Poie pulak antar Mak Kak kek bas stand dulu.

Sampai buek kali keduo tu, masuk dewan dan den makan cendol dulu. Pueh hati makan cendol yang ado banyak isik eh tak macam cendol kek Bangi. PG yang dah makan bubur sebolum keluar rumah tadi den suap an dengan nasik minyak lauk ayam. Laju yo makan eh. Ternyato dio ghoma nasik minyak. Tapi maso ni dio masih tak nak kek orang lain laie. Maun kek den yo. Kek orang lain tak nak. Wan Induk Siah ni pangkat omak sedaro kek abah (adik arwah atuk) jadi pengantin nih pangkat pak sedaro kek den walaupun lagi mudo dari den. Sebolum pukul 1.00 kitorang dah blah jadi tak sompek nak jumpo pengantin.

Kenduri keduo - Anak Chegu Dini


Blah dari dewan tu den tumpang keto Atuk PG poi plak ghumah Chegu Dini yang anak bongsu eh, Zalazlan kawin. Osah ghamai orang. Nak makan kono beratur. Maso nih den makan sikit yo. Kojap peh tu Yusyahrul Nizar sampai dengan isteri dan anak perempuan berusia 7 bulan. Den pulak deal ngan Atuk nak antar PG balik Johol dulu. Poie ke dewan kenduri pertamo tu amik susu eh baring an PG kek keto Atuk dan maun deh. So PG balik ikut Atuk den ke ghumah Chegu Dini balik.

 
 

Ngam-ngam sampai, pengantin pun baru sampai jadi dapek la den amik gambar skit. Dabel pulak tak bawak kamera DSLR eh sobab tak terpogang bilo nak pogang anak. Lopeh tu dio pun blah sobab anak eh dah mulo meragam. Jadi den tinggal sorang sambil tunggu Lan settle sesi-sesi rutin eh. Sampai pulak Megat Zulkarnain, wife eh senior den kek STJ yang den tak tahu namo botul eh dan menyusul tak lamo lopeh tu pasangan Khairul Nizam Ibrahim dan Kazila Abdullah bersama anak-anak. Kali ni lamo skit lepak berborak sambil Lan pun join samo. Tibo-tibo kelibat yang den ghaso sojak dari sekolah dulu den tak peronah jumpo den nampak - Khairiza Razali bersamo toman eh yang merupokan senior F5 maso kitorang F1. Kendian den, Ayoi & Kazie pun blah dari situ. Maso nak blah tu Amelia dan keluargo pulak sampai. Sompek hai-hai dan bai-bai yo lah.


Elok yo den sampai kek keto, satu panggilan dari numbor yang den tak save, den angkek dan sorang manusio sosek bernamo Azri Rasid tanyo den arah nak poie umah Chegu Dini dan den tolong poie jomput dio kek tongah pokan Tampin tu. Jadi den datang balik ke rumah Chegu Dini buek kali ketigo. Maso Acid datang ni, pengantin sodang sibuk bergambar dengan kaum keluargo dan barisan penanggah. Jadi kitorang kono tunggu turn untuk berbual dengan Lan.


Maso ni lah datang lagi beberapo orang iaitu, Shazli Hasbi dan Siti Nurbaya dan pasangan Norafidah Nordin yang masing-masing membawa askar menyerang khemah jamuan yang mano penanggah pun dah balik. Kono la kaum kerabat Chegu Dini menyediokan sedikit makanan buat Shaz yang lapar akibat menempuh jem dari Ampang ke Tampin. Selosai sesi berburak, mengutuk, menasihat orang untuk beronti isap rokok, kami sumo blah dari ghumah Chegu Dini dan tinggalkan Lan dan Farah untuk membasuh periuk belango. Nampak sangat Lan sengajo cubo nak suruh kitorang lepak lobih lamo supayo dio dapek escape tugasan basuh periuk. Nasib baik Acid dapek menghidu taktik kotor Lan dan mengajak den blah sekali ateh alasan nak berkonvoi dan dio kono balik Seroting yang jauh. Akhir kato tahniah untuk Lan dan Farah semoga berbahagio sampai bilo-bilo.