Isnin, April 12, 2010
|
By Joe Radzif
Dah la tak do live. Seri pulak tu. 0-0. Samo macam Man U jugak. Torres tak main langsung. Kek bench pun takdo. Striker harapkan Ngog de Ngok. Paling hampir nak gol pun percubaan Ryan Babel pada minit ke-62 tu pun kono tiang. Mungkin tak nak bagi injured si Torres tu nak lawan semi-final dengan Athletico Madrid nih. Kuk monang boleh masuk final. Kuk lagi best lawan Fulham balik.
Sabtu, April 03, 2010
|
By Joe Radzif
Benfica : (2 - 1) : Liverpool
(Agger)
Ref: Keluar kao budak itam!!!
(Gambar ehsan Soccernet.com)
Nampak eh ini lah kekalahan ketigo berturut-turut The Reds kepada pasukan Portugal ini. Sebolum ini telah kalah 1-0 (away) dan 2-0 (Anfield) maso dalam Champions League tahun 2005/06 di peringkat pusingan keduo (last 16). Yang paling mengecewakan adalah maso tu Liverpool dalam perjalanan nak mempertahankan kejuaraan dengan ehsan UEFA. Sebab season sebolum eh tu hanyo dapek numbor limo (5) dalam liga EPL.
Kekalahan 2-1 di Estadio da Luz menyaksikan The Reds bermain sepuluh oghang selopeh Ryan Babel disuruh keluar padang kerano kad kuning keduo pado minit yang ke-30. Tapi separuh maso pertamo Liverpool masih mampu mempertahankan kedudukan 1-0 selopeh Daniel Agger buek gol pado minit yang ke-9. Tapi Benfica monang 2-1 selopeh dapek penalti pado minit 59 dan 79 yang disempurnakan oleh Oscar Cordozo.
Tapi tak po. Kalau main 10 oghang kek tompek lawan pun hanyo kalah sobab referee yang bagi can, jadi ado peluang nak monang kek Anfield pulak. Apo-apo hal pun sebona eh den tak tengok pon game ni. Den terjago maso rehat half time den tengok result Liverpool lead 1-0. Den raso la konfiden buleh monang. Sekali ghupo eh main 10 oghang. Patut la kalah 2-1.
Selasa, Mac 30, 2010
|
By Joe Radzif
Liverpool: (3 - 0) :Sunderland
Torres (2)
Johnson
Jaringan Torres pada setiap separuh masa telah memastikan kemenangan Liverpool ke atas Sunderland di Anfield lewat petang Ahad (waktu GMT-0). Ini juga menamatkan badi 'bola pantai' yang menyebabkan kekalahan The Reds di awal musim ini sewaktu bermain di gelanggang lawan.
Kemenangan ini melonjakkan Liverpool ke tangga kelima (5) untuk seketika sebelum dipotong semula oleh Manchester City yang juga mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Wigan Athletic yang beraksi 10 orang.
Yank OUT!!!!!!!!
Tengkiu Torres....
Isnin, Mac 22, 2010
|
By Joe Radzif
Tu la deh adat permainan, ado monang dan ado kalah dan juga buleh jadi seri kalau main secara liga. Liverpool nampaknya keciwa kek Old Trafford malam tadi. Nak buek cemano kalau referee pun nak main untuk Man U. Punyo la tak do apo sontuh-sontuh tapi player Man U tergolek dog kek dalam kotak penalti. Mascherano sampai kono kad kuning. Den dah nampak something wrong kek situ dan dah agak dah mesti Man U monang punyo. Jadi eh full time - Man U: 2 (Rooney, Park Ji Sung) Liverpool: 1 (Torres)
Ni la wajah pelakon terbaik malam tadi. Oghang yang kek belakang pakai baju kaler biru tu la player yang numbor tigo boleh (13) team Man U maso tu.