Memaparkan catatan dengan label Gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar. Papar semua catatan

Wak Jesse James - Gone in 60 Seconds...

Akhirnya, beberapa hari sebelum genapnya setahun akoo menghantar Wak Jesse James (WJJ608) ke tembok dan ke longkang (24/06/2010), WJJ telah meninggalkan akoo pada 19/06/2011. Kira-kira sebulan lagi sebelum genap 4 tahun akoo bersama WJJ walaupun pernah 4 bulan berpisah lantaran WJJ dimasukkan ke wad kecemasan dan juga menjalani fisioterapi. 

Masa tu, hari Ahad dalam pukul 3 petang. Akoo keluar seorang gi minum. Ummi ngan Pria Ganteng (PG) tidur. Ummi kurang sihat jadi akoo tak nak kejutkan dia. Akoo minum kat Old Timer Cafe sensorang. Minum ice blended yang sehari sebelumnya memang akoo dah teringin nak minum. So lepak je la sensorang sambil baca paper. Dah dekat nak masuk Asar akoo pun balik. Cadangnya nak lalu kat Tasik Permata. Kalau-kalau ada orang jual layang-layang nak beli boleh layan dengan uMMi dan PG. Tapi akoo gi pusing kat belah lain plak. 

Sampai kat umah dalam 4.50 tu akoo naik solat jap. Turun balik, akoo pun bawak PG kuar. Memang tak de niat nak naik WJJ pun walaupun akoo memang parking kat luar pagar. Akoo bawak PG jalan kaki pusing-pusing sampai ke taman. Tapi ada sekali tu akoo mandang ke arah rumah akoo dari jauh. Ada nampak macam kereta Wira kaler biru park depan umah. Tapi akoo tak de suspek ape-ape. Akoo terus bawak PG sampai ke taman layan dia main kuda, gelongsor, buaian tanpa terdetik sebarang perasaan yang lain macam.

Bila dah nak gelap skit, akoo pun pujuk la PG untuk balik sambil lalu kat depan nursery dia. Macam biasa la ayat PG - "tak nak yah" (tak nak gi sekolah). Then masa akoo dah masuk lorong rumah akoo, akoo perati ke arah rumah akoo tak nampak dah WJJ kat belakang kereta Meon yang akoo pinjam sejak dari bulan Januari aritu. Akoo baru je terpikir nak bawak masuk kereta Meon ke laman rumah. Rupanya tu la petanda yang memang akoo akan bawak masuk ke laman sebab WJJ dah tak lepak kat situ lagi dah. 

Sampai rumah akoo tengok kunci WJJ masih ada kat almari. Sah! Memang dah kena bawak lari. Akoo pun bagi tau kat uMMi dan start calling sesapa yang patut yang duduk kat area rumah akoo untuk bawak akoo gi balai. Acab tak free. Sudin tak de kenderaan. So Jimmy yang available. Dia la antar ke Balai Polis Bandar Baru Bangi. Lepas buat report, Polis Bangi suruh gi Balai Kajang jumpa dengan Pegawai Penyiasat. Memandangkan dah nak Maghrib masa tu, akoo mintak Jimmy antar akoo balik dan akoo mintak Sudin yang hantar plak. So lepas Maghrib Sudin datang ke rumah.

Akoo singgah kilang jap amik salinan IC, lesen ngan geran. Gi kat Pegawai Penyiasat (IO), soalannya suma dah ada template so dia key-in je. Pastu print. Dah settle. Dia suruh gi amik salinan report kat Balai BBB. Akoo pun terus ke sana. Rupanya, salinan buleh amik time office hour je. Terus ke Seksyen 4, minum sambil makan malam. Akoo tak lalu makan masa tu. Tapi bukan sebab sedih ke ape. Sebab rojak yang akoo order tu tak sedap. Ali (PMC) call akoo. Dia cakap - "ai? lepak minum?! tak gi operasi carik ke?" Memang akoo tak gi carik pun. Sebab setahu akoo, percentage kejayaan operasi mencari setakat yang akoo tahu adalah - kosong. So akoo rasa baik akoo tidur awal untuk gi kerja esok. 

Sampai kat rumah, akoo bawak keluar bateri dan try start kereta Iswara Meon. Hidup dengan jayanya. Then terus ke Seksyen 7 - basuh. Sudin lapar plak. So akoo minum lagi sekali.Settle basuh, isik minyak rupanya dah dekat 11.30 malam. Jadi akoo siap-siap nak tidur la. Susah gak nak tidur. Mungkin tadi minum kafein kot. So lambat la akoo tidur malam tu dan lambat la akoo gi kerja esoknya.

Esoknya akoo cakap kat boss nak masuk lambat skit sebab nak gi Balai. Tapi tak gi pun. Akoo masuk pukul 10.00 pagi. Tengok BOMBA buat inspection kat Phase 6. Then petang baru akoo gi Balai ngan antar report ngan dokumen kat Allianz Kajang. Pukul 3 akoo dah sampai rumah dan tidur sampai petang. Since datang kerja pun tak betul, akoo isik la borang cuti untuk hari tu. 

Wak Jesse James - WJJ608
Proton Satria GTi 
Julai 2007-Jun2011


PGPU2010 Bab 4 - Escaped from Pendang

Pagi Sabtu, 12 Jun kitorang siap awal. Poie ke Pendang jomput Mak Su Dek bawak gi pokan Pendang carik baju. Jadi sompek la kitorang sarapan dulu makan nasik lomak. Dan kendian eh lepak kek umah pengantin. Kalau semalam sepupu den yang kawin, ari nih pulak sepupu uMMi yang dipanggil Yang punyo kenduri pulak. Nikah eh dah lopeh malam tadi serontak ngan sepupu den tu nikah. Walaupun dalam kategori tetamu tapi den tak do masalah untuk nolong tapi nampak gayo eh tak tahu apo yang nak ditolong. Jadi den tolong tengok yo lah sambil melayan Pria Ganteng (PG) dongan 'Mo' (ball) yang tak tau sapo punyo.

Pasukan berzanji dan marhaban dari golongan old timer

Pagi tu ado la berzanji sikit kek ruang tamu dan den nampak ado satu kuih yang menarik perhatian den. Namo kuih tu kuih karas. Nampak macam best yo. Sementaro tu layan PG ngan Mo dio jugak la. uMMi ngan Mak Su Dek pun lepak jugak sobab tuan rumah cakap diorang ado orang yang akan handle. Jadi sah la kitorang kono jadi tetamu sahajo tak yah tolong.

PG dengan Mo

Jangan amik Mo Adam aaa....

Tak rela!!!!

Ooo... berlakon aje ke... Bukan kena kawin eh?

Baru la lega...

Tidaaaak..... (PG jerit kat cameraman)

uMMi dan PG 

Nah gi main jejauh...


Adus busan nye mainan tak power rangers nih

Mintak Adamnya Mo balik....

Tongah tunggu pengantin tu, PG dah mulo meragam. Nak tak nak den bawak dio masuk keto, idup an injin pasang air cond, buek susu bagi dio minum. Nak tido ghupo eh. Sementagho tu den pun layan la main game kek henpon. Tibo-tibo uMMi datang jongok cakap yang pengantin sumo dah datang dan bersanding apo sumo. Den ajak la diorang poie jenjalan kalau dah tak do apo nak buek. Kesudah eh ke utagho laie kito. Padang Besar here PG come.

Rasa tadi macam kat kenduri kawin. Ni kita nak ke mana plak nih?

Chuping kot nama tempat nih

Kata tempat gula. Tapi mana pokok tebunya?

Berhenti! Jangan cuba seludup tenggiling tau!

uMMi cakap menda tu macam oasis kat dalam FarmVile 

Ni kali keduo den sampai kek Padang Bosar nih. Dulu maso tahun 2008 maso Apis kawin poie naik bas ramai-ramai kali ni poie naik Angso Hijau yoh. Bajet tak banyak pun sebonar eh tapi nak berjalan nyo pasal alang-alan biar sampai kek sini. Bilo laie nak poie kan. Sekali baru sodar yang kasut khas PG untuk acara PGPU2010 tertinggal kek ghumah pengantin. Kono la dukung budak bertuah nih. Memang bertuah sobab ado kodai jual kasut Adidas untuk budak kocik. Mulo tu nak boli Crocs tapi tak do yang uMMi berkonan. Ujan lobek pulak maso tu jadi uMMi ngan Mak Su Dek yo lah yang poie shopping toto. Den ngan PG lepak kodai tengok baju 'gred super A'. Cadang nak boli jersi Jerman tapi tak boli jugak sobab saiz L yo yang ado. Sah-sah la den pakai S. Tapi PG gak yang happy layan budak mano tah main buih sabun.

PG jugak yang shopping boli kasut baru

Bang, kenapa belon nih asik pecah je bila Adam pegang?

So lopeh selosai memboli kitorang pun blah. Hari pun dah nak golap. Mak Su Dek ngan Pak Uda Ad nak balik so kitorang antar terus ke Pendang. Kitorang pulak patah balik ko Alor Setar sobab nak carik Radix Friend Chcken (RFC). Tapi yang tak best eh hajat nak makan Jo Cendol kek Changloon tak kesampaian. Ikuti sambungan RFC di Bab 5 siri pengambaraan PGPU2010.

uMMi ngan Pak Uda Ad yang sarat dengan barang shopping

Terkini, Michael Ballack dispot di Malaysia

Michael Ballack yang tak bermain untuk German rupanya datang lepak kek Malaysia dan telah dispot kek Bandar Baru Bangi. Beliau sporting sudi meluangkan maso untuk bergambar konang-konangan.



Pria Ganteng Day Out - Zoo Negara

Sompek posing sebolum masuk zoo

Semalam tibo-tibo uMMi tanyo den ado nak poie mano tak ari Sabtu. Den cakap tak do sobab den ingat nak lepak berkomeh kek ghumah. uMMi cakap dio nak bawak Pria Ganteng [PG] gi tengok gajah kek Zoo Negara. Den tak do masalah lagi pun ado la dalam 20 tahun den tak poie kek Zoo Negara atau mano-mano zoo kek dunio ni. Tahun 2003 ado can nak poie maso Bett menganjurkan rancangan Lawatan Encik Badol dengan bebudak Melayu.Com (MDC) tapi den poie NS Wanderers tour to Perak.

Adam nak gi tengok bangau la uMMi...

Keluar rumah pun agak lambek skit dalam pukul semilan (9) sobab PG tongah berselero nak makan. Poie plak sarapan dulu kek Asam Pedas. Cadangan asal memang nak makan tak berapo boghek tapi den makan nasik gak tapi dalam kuantiti yang tak banyak la. Nasib baik la minyak dah isik malam tadi ngan angin tayar sekali jadi lopeh siap makan toghuih yo ke zoo takdo menyinggah memano sampaikan bateri untuk kamera pun lupo nak boli tapi nasib baik tak pakai flash banyak jadi bateri yang sedio ado dapek jugak amik dalam 160 gambar.

PG: uMMi, Adam nak lepak ngan bangau tu bole?
uMMi: Tak bole la Adam. Nanti basah kat dalam air tu.

Lopeh uMMi boli teket, kitorang masuk dan poi boli teket tram pulak. Drebar tram tu tak bagi naik. Dio suruh poi tengok 'Persembahan haiwan' dulu. Jadi eh kitorang pun poi la kek tompek yang dio cakap tu dan show dah start kitorang duduk dopan sekali. Ado pertunjukkan burung, anjing laut dan singo laut. Yang kelakar maso burung kakak tua amik duit kek penonton. Orang bosar yo buleh budak kocik tak buleh. Ado pulak yang cakap, "Singapore boleh apesal sini tak boleh?"

Kek kandang badak sumbu tido. Ni lori yang ditinggal kek situ. Main panjek yoh.

So lopeh abih show kitorang naik tram pusing kandang binatang. Sampai kek stesen nombor ompek kitorang turun dan tengok harimau, singo, tapir dan PG berehat sekojap lopeh tengok bangau terobang kek kolam tu. Binatang kek sini sumo melepak yo tak best langsung. Puma tido, cheetah tido, singo lepak kek belakang pokok, tapir pun tido, badak sumbu tido tapi harimau bolang tak tido tapi dio mundar mandir dalam keadaan kebosanan. Maso tu pun dah tongah hari den dah maleh nak berjalan jadi naik tram balik pusing bolah ateh pulak. Tengok unto pun dari ateh tram yo lah dan balik semulo kek pintu dopan.

PG: Takot la dengan binatang pelik nih.
Den: Ni zirafah bukan dari planet Zargus da

Dah sampai kek pintu dopan tu, uMMi ajak ke kandang zirafah ngan gajah. Binatang duo jenis ni yo yang berbaloi ditengok sobab diorang nih aktif skit. Lagi pun buleh diboghi makan yang disediokan oleh petugas zoo tapi kono bayar la dulu yoh. Zirafah diboghi makan daun pokok. Gajah pulak diboghi makan pisang. RM3 sahajo. Maso nih PG dah lotih agak eh tak pun dio takut tengok binatang yang bosar-bosar. Biaso tengok kucing yo kek ghumah kek zoo plak kucing eh bosar dan berbolang-bolang pulak tu.

PG: uMMi, nak naik kek leher dio buleh tak?
uMMi: Budak bertuah! Gi panjat sendiri. Tinggi tu!

Lopeh layan gajah ngan zirafah kitorang pun keluar. PG nak amik gambar ngan patung gajah pun dia takut. Jadi banyak gak binatang lain tak dapat tengok. Bahagian seranggo ngan reptilia tak sompek nak masuk. Kesimpulan eh duo-tigo jam memang tak cukup kalau nak pusing semuo tompek. Kalau bawak budak kocik memang kono bawak stroller kalau tak lotih la nak dukung terutamo budak 10kg++ nih. Cumo den dapek la togur Dato Ismail Hutson yang sodang melawat kandang ghimau. Dulu tengok dio berlakon drama yoh.

PG: Lari! Binatang hidung panjang nak makan Adam!
Den: Ni gajah la Adam. Dio tak makan orang da.

Keluar dari zoo dan terus gerak. Tiba-tiba PG meragam pulak nak duduk kek den yang tongah drive. Toghuih carik stesen minyak dan parking. Lapar ghupo eh. Suap an bubur. Lopeh tu dah ok skit, gorak balik dan singgah boli cendol sodap tapi sikit yo cendol eh. Yang banyak eh ais yo. Dio dah lolap dalam keto. Lamo gak dio tido kek ghumah tapi maso dio bangun tu dio menangih teresak-esak. Pueh pujuk tak maun berghonti sampai terbatuk-batuk baghu la dio nak beghonti. Mimpi kono makan ngan gajah agak eh.

PG: Dah nak balik? Horei!!!

Jualan murah di Manjaku

Dah makan coklat free di waktu siang, makan tak free tapi ada WiFi free kek Mattop Bariani di waktu malam acaro ari nih tamat di kodai baby Manjaku, Bandar Baru Bangi. Tak do la boli banyak cumo boli lampin pakai buang untuk Pria Ganteng [PG]. Cumo mamat PG ni aktif pusing-pusing kodai tu sambil bawak rago berodo. 
Kek gambar baby feveret eh


Ado nampak macam berkomunikasi tak?


Ni la deh ghoman eh rago berodo tu

Funniest Baby Face Contest (BFFC)


Adam Danial Mohd Radzif
Siti Norfadzilah Ismail
1 year 2 Months


Kembali ke Bagan Lalang setelah 2 tahun (agak eh)

Sebona eh poie Bagan Lalang dulu baru poie melawat umah Dang Anum. Bagan Lalang nih poie maso aghi Ahad lopeh pertandingan memancing peringkat kilang aritu. Baru ari nih ado maso nak update.

Lamo dah tak poie Bagan Lalang. Ghaso eh last poie maso sebolum den pindah ke Paka dulu. Dan maso Pria Ganteng (PG) masih di Loh Mahfuz pun ghaso eh pun tak do yo datang sanun. Dulu maso selalu poie pun tak ghamai pun oghang. Tapi kali ni poie humang ghamai eh. Keto bersusun sampai parking topi jalan yo. Nak berselisih pun susah. Teringat dulu2 tak do keto sanggup datang naik muto nak tengok sunset. Sayang gambar tu sumo dah ilang kek dalam hard disk yang PG kotuk sampai kemek tu.

Ahad tu seperti biaso melingkar kek tilam ngan PG yang aktif main. Tetibo uMMi tanyo, "ada nak gi memana tak ari nih? Rasa macam nak gi suatu tempat la." Den dah buleh baco pemikiran eh dan dah agak dio nak gi Bagan Lalang. Maso tu masih tongahari. Jadi tunggu la ghodup skit baru gorak. Sampai kek sanun time Asar so lopeh Asar minum jap tunggu ghodup skit laie baru turun ke pantai. Maso tu air jauh kek tongah dan maso kitorang turun tu air baru nak pasang.

Dah lotih main kek pantai, PG sambung main kek playground plak. Main gelongsor la deh dan jugak sompek tengok lombu yang ado kek situ. Tunggu Maghrib jap dan lopeh tu makan sea food kek tompek biaso. Balik dah la malam esok eh nak kojo. Lotih la jugak tapi tak po pengalaman tu.

Makan dulu sebolum bermain kek pantai

Proses penyesuaian dengan pasir pantai

Ekspresi muko budak 10kg++ yang tongah excited poie pantai

Air dah start pasang

Sekali pandang PG buek gayo macam Sinchan


uMMi tongah buli PG


Ceria main kek playground

Alkisah Pria Ganteng sepanjang seminggu

Hari Senayan (Isnin) 5 April - Pria Ganteng sudah pun berusia 1 tahun, 1 bulan dan 15 hari tapi eh, baru la hari ni mamat nih nak di cucuk untuk 1 tahun punyo. Dah lewat sebulan setongah. Selambo yo. Cucuk kek Klinik Ummi Salihah macam biaso. Sompek timbang, dah 10.2kg dah budak bertuah nih. Tapi maso cucuk tu dio macam terkojut skit tapi nangih skit yo la. Yang paling ponting dio tak domam.

Hari Rabu Tok eh cakap dio tak tido siang. Maso makan malam, lotak la dio kek kusi eh. Tapi osah la lalok mamat ni. Buleh time dio mengunyah ayam tu dio tido duduk. Osah kelakar eh. Bilo den kojut dio tersodar dan tergolak. Dalam lalok tu buleh pulak dio golak. Tapi sekojap tu yo lah, lopeh tu dio tido balik sodang ayam ado dalam mulut eh. Toghuih la angkek dan lotak kek tilam. Sompek la rakam video eh. 

Jumaat malam Sabtu lopeh makan malam kek Warta, uMMi ajak poie Putrajaya. Dio nak bawak Pria Ganteng lepak kat Dataran Masjid Putra. Tapi tu la terlupo nak bawak kamera, amik gambar pakai kamera henpon yang tak canggih je la. Ghiang boto budak comel nih berlari-lari. Sampai nak dighobut eh mainan budak lain. 


Sabtu potang yang agak coghah kitorang kuar berjalan kek Bangi je. Lopeh makan kek Nasi Ayam Gemas uMMi ajak gi Manjaku untuk boli barang budak bertuah ni. Sementaro nak boli barang, bawak la dio ke tingkat ateh sambil main gelongsor. Seperti biaso la, tak bawak kamera. Yang clear, gambar dio main keto yo.


Ahad, pagi-pagi lagi dah pocahkan cawan. Maso tu den takdo kek tompek kejadian. Tapi uMMi cakap dio memang takut la. Ini bukan barang pertamo yang dio pocah an. Dulu dah pocah an tembikar yang Mak Num bagi dan jugak balang nescafe. Ari nih Pak Long Mamat eh ngan Opah datang. Sementaro tu den bawak la Pria Ganteng ni poie kodai nak boli ais. Buleh pulak kek kodai tu nak main kojar-kojar. Bertuah punyo budak. 

Cumo yang tak best eh minggu nih, budak comel nih tak nak makan kecuali biskut baby byte tu. Ghisau dan tension dibuek eh kek den ngan uMMi. Poning dibuek eh. Tak tahu nak bagi makan apo. Padahal sebolum nih membujur lalu melintang patah, sumo pun ditalo eh.