Memaparkan catatan dengan label Safety and Health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Safety and Health. Papar semua catatan

Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan

Kilang den buek kempen untuk menyodarkan bebudak nih betapo ponting eh keselamatan dan kesihatan kito kek tompek kerojo domi menjamin kehidupan yang lobih sempurno. Di samping tu jugak, alam sekitar dilupo jangan untuk anak-anak kito hidup dengan sihat, menghirup udagho yang berosih.

Eden kono handle maso majlis perasmian eh. Ado la buek demo jalanan skit. Tapi nih demo jalanan kek dalam kilang yo. Demo fire drill, rawatan kecemasan (first aid) dan search & rescue. Sumo pasukan ERT yang buek tapi Bomba pun datang jugak interframe. Janji sumo dah settle. Terimo kasih dan jutaan penghargaan kepado komiti EHS, pasukan ERT dan jabatan SVS yang membori kerja samo yang 110% sepanjang majlis berlangsung.

MD-san tongah bori ucapan perasmian

Jabatan SVS yang baru lopeh berlari sambil menjorit Api! Api!

Pasukan ERT tongah berkawat untuk poie selamat an orang

Mangso yang pocah kepalo tapi buleh seletep balik 

Bomba: Mano api eh? Kitorang sirap motor yang ado kat dopan tu yo lah

Para old timer kilang den tongah survey lori Bomba tu untuk diboli tahun dopan

Caro-caro nak buek CPR kek orang pengsan.

Pertandingan menoko logo keselamatan

Apo yang menarik, acaro perasmian, fire drill dan demo tu dapek pujian dari Bomba sobab kilang lain tak peronah lagi buek camtu. Kek tompek lain, bilo fire drill mesti nak bakar-bakar pehtu panggil Bomba padam an api. Tekojut Bomba tu maso datang tak do api nak dipadam an. Tu yang diorang main tembak yo air kek motor bebudak nih.

Cumo yang tak best eh, baru tigo aghi kempen berjalan, dah ado duo kemalangan industri. Satu kek kilang 1 dan satu laie kek kilang 2. Semogo lopeh ni sumo orang dapek lobih berhati-hati.

Kilang SONY terbakar???


Cubo perhatikan gambar kek ateh ni botul-botul. Asap - ado. Air bomba - ado. Orang berkumpul - ado. Tapi apo yang tak kono kek gambar nih? Gate tak bukak, orang berkumpul dengan caro bersopan dan tak do orang luar menebeng kek situ. Jadi sebona eh ini adalah latihan kebakaran kek kilang SONY yang berhampiran ngan kilang den yang nombor satu. Maso nih den on the way nak poi sarapan ngan boss & Abang Din sebolum ke IR Department, Shah Alam

Tolong bagi signal masa nak masuk simpang!!!

Malam tadi den buek satu laie group kek Facebook (FB). Kali nih namo group eh lobih kurang macam tajuk entry kali ni. Yang den banggo tu, dalam tempoh sojam (satu jam) – member group tu dah 25 orang. Dan sebolum den tido malam tadi dah dokek nak 30 orang. Kigho rekod la tu. Yang best eh, yang join bukan setakat dari kalangan member den tapi kawan kepado kawan. Tak sabar nak tengok bilangan eh malam ni. Dapek tak dio potong bilangan member group BUDAK JOHOL yang skang dalam 420++ member.


Abaikan ceghito pasal group kek FB tu. Kito tengok pulak pasal budayo dan peghangai orang kito kek negaro Malaysia nih. Tak kigho la Melayu, Cino, India, Bajau, Kadazan, Iban atau Melanau sekali pun memang banyak ternampak kek jalan tak nak bagi isyarat keto atau muto bilo nak masuk simpang. Kito ponek menunggu ni nampak keto eh terhegeh-hegeh dari jauh. Elok yo sampai kek kito, dio masuk simpang kito tu. Kalau la dio boghi signal awal-awal kan sonang. Ado maso kito nak copek gak kan. Kuk (kalau) tau dio nak masuk simpang buleh la kito jalan dulu sementagho jolan bolah sanun tu clear tak do kegheto. Tah apo la maleh bona nak bagi signal. Memang dasar pemaleh ko, maso belajar ambik lesen dulu tido ko, lesen boli ko, omak abah eh larang dio boghi signal ko atau memang dasar pontingkan dighi sendiri pun buleh jadi jugak.

Seterusnya, kita abaikan la kemangkukan golongan pemaleh dan ponting kan diri sendiri ini. Tapi kito peringatkan diri sendiri dan keluarga kito pasal ponting eh bagi signal ni. Bukan setakat mengelakkan orang menunggu lamo dan menyakitkan hati tapi mondo nih dapek mengelakkan kemalangan jalan raya dan mengurangkan risiko kecederaan, kehilangan nyawo dan kerugian harto bondo. Jadi kepado kito yang sodar, tak maleh dan tak pontingkan diri sendiri ni – jangan lupo nak bagi signal bilo nak masuk simpang yoh. Anda mampu merubahnya.

Yang nih basikal punyo caro nak boghi signal sobab diorang nih tak do lampu signal

Tengok, snowmobile pun ado caro bagi signal. Tapi batmobile (keto Batman) tak tahu plak signal eh function ko tak.

Tidakkan berubah nasib sesuatu kaum/orang itu melainkan kaum/orang itu mengubahnya sendiri. - maksud ayat al-Quran.