Sabtu, Jun 18, 2011
|
By Joe Radzif
Den nak bagi tau nih, dah lobih duo bulan den tak bukak FB den tu. Ontah la. Maleh nak bukak. Tu yo. Apo cerito kek sanun a? Tapi tu la, bebudak nih selalu plak tu update kek sanun sampai aritu den tak tahu ado mini reunion bebudak STJ 1996 kek Cyberjaya. Sorry la geng, den tak tahu dan tak prepare nak join. Lain kali la yoh. SMS la den. Den tak bukak FB.
Rabu, Mei 05, 2010
|
By Joe Radzif
Malam tadi den buek satu laie group kek Facebook (FB). Kali nih namo group eh lobih kurang macam tajuk entry kali ni. Yang den banggo tu, dalam tempoh sojam (satu jam) – member group tu dah 25 orang. Dan sebolum den tido malam tadi dah dokek nak 30 orang. Kigho rekod la tu. Yang best eh, yang join bukan setakat dari kalangan member den tapi kawan kepado kawan. Tak sabar nak tengok bilangan eh malam ni. Dapek tak dio potong bilangan member group BUDAK JOHOL yang skang dalam 420++ member.
Abaikan ceghito pasal group kek FB tu. Kito tengok pulak pasal budayo dan peghangai orang kito kek negaro Malaysia nih. Tak kigho la Melayu, Cino, India, Bajau, Kadazan, Iban atau Melanau sekali pun memang banyak ternampak kek jalan tak nak bagi isyarat keto atau muto bilo nak masuk simpang. Kito ponek menunggu ni nampak keto eh terhegeh-hegeh dari jauh. Elok yo sampai kek kito, dio masuk simpang kito tu. Kalau la dio boghi signal awal-awal kan sonang. Ado maso kito nak copek gak kan. Kuk (kalau) tau dio nak masuk simpang buleh la kito jalan dulu sementagho jolan bolah sanun tu clear tak do kegheto. Tah apo la maleh bona nak bagi signal. Memang dasar pemaleh ko, maso belajar ambik lesen dulu tido ko, lesen boli ko, omak abah eh larang dio boghi signal ko atau memang dasar pontingkan dighi sendiri pun buleh jadi jugak.
Seterusnya, kita abaikan la kemangkukan golongan pemaleh dan ponting kan diri sendiri ini. Tapi kito peringatkan diri sendiri dan keluarga kito pasal ponting eh bagi signal ni. Bukan setakat mengelakkan orang menunggu lamo dan menyakitkan hati tapi mondo nih dapek mengelakkan kemalangan jalan raya dan mengurangkan risiko kecederaan, kehilangan nyawo dan kerugian harto bondo. Jadi kepado kito yang sodar, tak maleh dan tak pontingkan diri sendiri ni – jangan lupo nak bagi signal bilo nak masuk simpang yoh. Anda mampu merubahnya.
Yang nih basikal punyo caro nak boghi signal sobab diorang nih tak do lampu signal
Tengok, snowmobile pun ado caro bagi signal. Tapi batmobile (keto Batman) tak tahu plak signal eh function ko tak.
Tidakkan berubah nasib sesuatu kaum/orang itu melainkan kaum/orang itu mengubahnya sendiri. - maksud ayat al-Quran.