Memaparkan catatan dengan label Akta Kerja 1955. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta Kerja 1955. Papar semua catatan

Berhenti kerja

(bukan ceghito pasal den beghonti kojo aa...)

Ada beberapa cara seseorang itu boleh berhenti kerja atau menamatkan/ditamatkan kontrak pekerjaan. Antara cara-caranya adalah

1. Berhenti atas kerelaan sendiri dengan memberi notis.
2. Berhenti atas kerelaan sendiri tanpa memberi notis.(abscond / cabut lari) - satu kesalahan
3. Diberhentikan kerja disebabkan masalah disiplin (kena buang kerja)
4. Diberhentikan kerja atas sebab prestasi tak bagus (poor performance - not a missconduct/masalah disiplin)
5. Diberhentikan kerja atas sebab kompeni tutup
6. Diberhentikan kerja atas sebab vss
7. Ditamatkan perkhidmatan kerana melanggar syarat kontrak (breach of contract)
8. Menamatkan perkhidmatan kerana sudah cukup umur persaraan.

Sebelum itu haruslah difahami konsep perhubungan antara majikan-pekerja mengikut Akta Kerja 1955.
Majikan - sediakan kerja dan bayar upah (harian/mingguan/bulanan)
Pekerja - Datang kerja pada waktu yang ditetapkan dan buat kerja.

Di sini hanya akan membincangkan beberapa jenis pemberhentian sahaja.

Kes 1 - Berhenti dengan notis.
Pekerja memberi notis kepada majikan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam kontrak. Sekiranya tiada dinyatakan di dalam kontrak maka Seksyen 12 (2) Akta Kerja 1955 adalah terpakai.

The length of such notice shall be the same for both employer
and employee and shall be determined by a provision made in
writing for such notice in the terms of the contract of service, or,
in the absence of such provision in writing, shall not be less than—
(a) four weeks’ notice if the employee has been so employed
for less than two years on the date on which the notice
is given;
(b) six weeks’ notice if he has been so employed for two
years or more but less than five years on such date;
(c) eight weeks’ notice if he has been so employed for five
years or more on such date:
Provided that this section shall not be taken to prevent either
party from waiving his right to a notice under this subsection.

Apabila pekerja telah menghantar notis untuk berhenti, majikan tiada hak untuk menghalangnya.

Pekerja atau majikan boleh menggantikan tempoh tersebut dengan sebarang bayaran yang setimpal. Sebagai contoh, tempoh notis sebulan dibayar dengan nilai sebulan gaji oleh mana-mana pihak. Sekiranya pekerja tidak mahu menunggu tempoh sebulan notis maka pekerja tersebut membayar sebulan gaji kepada majikan. Manakala majikan tidak mahu pekerja tersebut bekerja dalam tempoh notis, majikan perlu membayar sebulan gaji kepada pekerja tersebut.

Kes 2 dan Kes 7 ada kena mengena.
Rujuk kepada Seksyen 15 (2)

An employee shall be deemed to have broken his contract
of service with the employer if he has been continuously absent
from work for more than two consecutive working days without
prior leave from his employer, unless he has a reasonable excuse
for such absence and has informed or attempted to inform his
employer of such excuse prior to or at the earliest opportunity
during such absence.
Ini adalah perkara yang sangat biasa terjadi terutamanya di sektor perkilangan. Apabila sudah tidak minat nak bekerja di tempat tu maka pekerja tersebut tidak datang bekerja lagi tanpa memberi sebarang notis. Ini merupakan satu perlanggaran kontrak di mana jika dirujuk kepada konsep hubungan majikan-pekerja, pekerja harus datang untuk bekerja. Majikan mempunyai hak untuk menuntut haknya di mahkamah untuk memerintahkan pekerja yang cabut lari tersebut membayar ganti rugi mengikut notisnya. Namun sangat jarang sekali majikan membuang masa untuk menuntut sebulan gaji notis seorang operator pengeluaran di mahkamah.

Akibat dari perlanggaran kontrak - Seksyen 15 (2), seseorang pekerja itu boleh ditamatkan kontrak perkhidmatannya mengikut peruntukan di dalam Seksyen 13 (2) yang berbunyi

Either party to a contract of service may terminate such
contract of service without notice in the event of any wilful breach
by the other party of a condition of the contract of service.
Rumusannya, pekerja yang tidak datang kerja lebih dari dua (2) hari berturut-turut tanpa kebenaran (ponteng) tanpa alasan yang boleh diterima dan tidak memberitahu atau cuba untuk memberitahu majikan telah memecahkan kontrak perkhidmatan dan boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa notis.

Untuk kes sedemikian, terdapat juga pekerja yang telah beberapa hari tidak datang bekerja dan tiba-tiba muncul semula di tempat kerja. Apa yang perlu dibuat adalah halang pekerja itu dari masuk ke kerjanya dan jalankan soal siasat kenapa pekerja itu tidak hadir bekerja. Apa yang lebih baik, beri pekerja tersebut surat tunjuk sebab dan minta dia jawab pada waktu itu juga. Ada beberapa situasi yang biasanya berlaku selepas itu.

1. Pekerja gagal beri penjelasan yang baik (alasan tak boleh diterima dan sengaja tidak memberitahu ketidak hadiran)
- Tamatkan perkhidmatan atau
- Beri peluang menyambung pekerjaan tetapi disertakan dengan surat amaran terakhir

2. Pekerja ada alasan yang boleh diterima tapi sengaja tidak beritahu
- Tamatkan perkhidmatan atau
- Beri peluang menyambung pekerjaan tetapi disertakan dengan surat amaran

3. Pekerja ada penjelasan yang baik (alasan yang boleh diterima dan kenapa gagal beritahu)
- Terima semula bekerja tetapi boleh diberi sesi kaunseling atau peringatan.

Antara alasan popular di mana pekerja gagal untuk memberitahu majikan (tak boleh diterima)
1. Tiada kredit
2. Tiada nombor telefon pejabat
3. Takut kena marah
4. Tidak tahu yang kena beritahu majikan sekiranya tidak dapat hadir bekerja
5. Telefon bimbit rosak
6. Tiada duit shiling untuk telefon pejabat menggunakan telefon awam

Semoga nota ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada rakan-rakan yang merupakan seorang pekerja ataupun seorang majikan. Ini kerana banyak kes salah faham berkenaan penamatan kontrak perkhidmatan. Apa yang lebih mengejutkan, seorang operator di kilang akoo yang terlibat di dalam kes ini (kes 2 & 7) telah meminta untuk akoo menyerapkan semula dalam perkhidmatan. Maaf akoo tidak boleh berbuat demikian kerana pemberhentiannya sebelum ini adalah dengan cara perlanggaran kontrak dan bukannya dengan cara yang sah. Lagipun kilang akoo mempunyai polisi untuk tidak mengambil semula pekerja yang telah berhenti kerja walaupun dengan cara yang sah (dengan notis) melainkan mempunyai alasan yang sangat-sangat kukuh (special case).