Sabtu malam yang double trouble

SAFEE Sali (kiri) memerhatikan gol sendiri Mohd Aliff Samsudin membolehkan 
Selangor menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan, di Paroi.
(Gambar ehsan Berita Harian Online)

Pepahal pun den nak mintak maaf la sobab den dah janji tak nak cerito pasal bola laie dah selagi den tak cerito pasal bondo lain. Tapi den tak do data nak ubuh pasal Pertandingan Bowling peringkat kilang den. Jadi eh den lotak la cerito pasal bola laie. Bukan apo, NC MILAN dah layak ke final Pialo FA walaupun kalah kek tompek sendiri oleh jaringan sendiri jugak. Tapi sobab dah monang 2-1 kek Shah Alam, dapek la kelobihan gol kek kandang lawan jadi penontu kejayaan NC MILAN.

Den tengok pun maso 10 minit yang terakhir yo kek #801 - channel terbaru kek rangkaian sukan Ass-tro. Kelakar den tengok diorang main. Yang NC MILAN eh asik nak melambek-an permainan. Kono tungkai (tackle) tergolek berguling-guling. Yang Selangor eh paneh memanjang siap nak menampar budak. Macam budak-budak. Malu den tengok kualiti permainan bola sepak kek Malaysia ni. Cemano la nak ajak oghang macam den nih nak poie stadium. Kalau main macam Real Madrid ko Barcelona ko best gak la nak poie tengok kek stadium. Yang bertambah kelakar tu, lopeh ref tiup wisel penamat, celebrate macam dah monang World Cup. Padahal baru monang kek semi. Kek final bolum tontu buleh monang lawan Kodah laie.

Tapi tu la, macam aritu jugak, ado jugak satu team lagi yang kalah kek tompek sendiri. Jap eh korang cuba perhatikan gambar kek bawah nih. (Cubo tengok yang pakai baju merah tu)


(Gambar ehsan Yahoo.co.uk)
0 Responses